Ahad, 23 Ogos 2009

PRK N.11 PP... Kekalahan PAS Semakin Cerah!!!


Pengarah Jentera Pilihanraya PAS - hj mampoz telah menyatakan bahawa kadar pengundi dijangka merosot berikutan hari pengundian diadakan pada hari bekerja...kira beralas la tu.
Sedangkan hakikatnya Jentera PAS sudah gelabah puyoh, serba susah, serba tak kena, dah macam beruk mak yeh...

Mengikut kata sahabat penulis orang kuat PAS totok dalam perjumpaan kami tadi, beliau mengatakan bahawa kekuatan yang PAS miliki dalam PR yang lalu telah jauh berubah. Ini kerana banyak faktor semasa yang berlaku, Ianya boleh dikategorikan begini:

- Pemimpin-Pemimpin PAS setempat di Permatang Pasir yang merasa tidak puas hati sebenarnya atas pemilihan Salleh Man sebagai calon, mereka merasakan bahawa ada anak tempatan yang layak untuk mewakili mereka sebagai calon. Lagi pula Salleh Man ni orang Penaga yang sudah 6 kali terkucil...

- Perpecahan di dalam saf kepimpinan PAS dimana Pemimpin PAS Permatang Pasir diberitakan ialah dari saf haji Hadi dan nasarudin dan bukannya mereka yang pro kepada golongan erdogan.
Ini berikutan aruah dato hamdan dikenali sebagai orang yang menolak kumpulan erdogan.
Itu sebab apabila PAS meletakkan Haji mampoz sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya maka ramailah yang 'berbunyi' di belakang.

- Kumpulan atas pagar yang menjadi pengundi PAS dalam PRU yang lalu tidak memberikan 'signal' untuk menyokong PAS disebabkan prestasi Pakatan Pembangkang yang membentuk Kerajaan di Pulau Pinang GAGAL dalam janji-janji pilihan raya mereka yang lalu.

- UMNO telah berusaha keras dengan mengembalikan keyakinan ahlinya untuk menyokong parti keramat itu kembali.

- Pengundi cina tak peduli kepada keputusan Pilihan Raya ini kerana bagi mereka jika PAS kalah pun ianya tidak mengubah Kerajaan Negeri.

- Ada dikalangan pengundi bukan melayu yang ingin melihat kekalahan PAS supaya dapat 'mengajar' PAS dalam isu beer di Selangor. Ini secara tidak langsung akan menjadikan PAS lebih 'kerdil' di dalam Pakatan Perosak Rakyat.

Apapun sekarang PAS dah semakin terdesak! PAS dah semakin menggelupor!
Rakyat sudah semakin bijak! Rakyat mahukan pembangunan dan kemajuan!
Rakyat mahukan pembelaan dan mahukan mereka menerima limpahan kemajuan!
Rakyat sudah muak dengan politik sempit, bacul dan murahan!

PAS sudah tidak mampu berjanji kerana mereka tahu janji pembangunan yang mereka lemparkan akan menyebabkan mereka semakin dijauhi oleh pengundi. Hakikatnya pengundi tahu bahawa mengekalkan PAS hanya akan mengekalkan rakyat dan pengundi di dalam kemunduran dan terkebelakang dalam arus pembangunan. Itu sebab PAS berhempas pulas menjaja isu peribadi Rohaizat!

Faktor Anwar juga nampaknya sudah bukan lagi merupakan umpan yang menguntungkan. ini kerana pengundi di Permatang Pauh amnya dan Permatang Pasir Khususnya lebih mengenali Anwar dan mereka semakin jelak dan muak dengan agenda politik peribadi Bapak Pengkhianat tersebut...

Mai Adik Kakak! Pakat Pangkah BN!
Hidup UMNO!

Sedar-Sedarlah...

6 ulasan:

  1. Undi UMNO demi bangsa ku, agama ku dan tanah air ku. Di tempat bumi di pijak dan langit di junjung. Jangan biarkan kita di hina, di pijak, di sepak hingga tak tahu hala tuju termasuk anak kita dan cucu kita. Demi UMNO lah anak kita dapat masuk universiti dengan biasiswa. Jangan jadi Melayu di Singapura hingga kini, kesal tak sudah

    BalasPadam
  2. Salam,

    menang kalah PAS akan malu jua!

    BalasPadam
  3. jika sekali umnoBN tumbang..belum tentu akan kembali lagi..jadi sama2lah kita pastikan pakatan jahanam ini tewas

    BalasPadam
  4. salam shah,
    itu lah niat dato nenek dan ibu bapa semasa UMNO diwujudkan di Istana Besar Johor Bahru dahulu,Dan niat ini tidak pernah berubah dan semoga kita semua diberikan kekuatan untuk mempastikan parti Keramat ini kekal bagi generasi seterusnya...amin
    terima kasih sdr shah

    BalasPadam
  5. salam sdr Junah,
    PAS memang pun dari sejak penubuhannya sudah membawa pekung malu dan aib dan ianya akan diteruskan oleh puak-puak kuda belang taksub dan sesat ini di PP Insyaallah.
    terima kasih sdr

    BalasPadam
  6. salam kelambuharimau,
    dek kerana itu kita semua bertanggungjawab untuk mempastikan parti Keramat UMNO ini kekal berkuasa dan bermaruah sampai bila-bila Insyaalah...
    terima kasih sdr

    BalasPadam