Jumaat, 23 Oktober 2009

Bajet 2010...Bajet Sulung PM Dato Seri Najib Yang Ulung!!!



Perdana Menteri merangkap Menteri kewangan 1 merangkap Presiden UMNO buat julung kalinya telah membentangkan Bajet Sulung beliau di Dewan Rakyat petang tadi.
Ucapan yang mengambil masa 2jam dengan 55 muka surat telah dimulakan dengan ayat suci Al-Quran Surah Al-Zukhruf ayat ke 32 yang bermaksud :
" Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhan mu wahai Muhammad? Kami telah menentukan antara mereka segala keperluan hidup di dunia ini dan kami juga telah meninggikan darjat sesetengah mereka melebihi sesetengah yang lain, semuanya ini supaya sebahagian daripada mereka mendapat kemudahan menjalani kehidupan daripada sebahagian yang lain"

Sebagai Kerajaan yang telah diberi amanah dan mengambil kira akan keperluan, kebajikan, keselamatan, kemajuan dan keharmonian rakyat maka bajet 2010 ini dilihat lebih realistik dan benar sesuai dengan keadaan ekonomi semasa negara dan dunia.

Yang jelas minyak, gas memasak, gas, rokok dan lain-lain keperluan berupa barangan dan perkhidmatan tidak naik.

Yang jelas bajet yang merangkumi bayi dalam perut hingga lah ke pesakit yang nak mati kerajaan jaga! kemudahan klinik 10 pagi-10 mlm, hospital baru, api, air, jalan raya, telekomunikasi, 80 sekolah baru akan dibina, pelajar Universiti seramai 100 ribu orang akan menikmati pinjaman pembelian notebook dengan bayaran RM50 sebulan,
nelayan, petani, peniaga, pemandu teksi dan lain-lain turut diambil kira oleh kerajaan.

Dana tekun terus ditambah, dana perniagaan juga disediakan dengan pakej baru yang lebih mesra dan mudah, UDA diberikan tanggungjawab untuk membangunkan 300 unit kedai desa yang memberi peluang kepada usahawan untuk meniaga di tempat strategik. Kemudahan Jalur Lebar di Kuala Lumpur sebagai printis sebelum dilaksana di bandar-bandar terpilih dalam tempoh 2 tahun. kakitangan kerajaan dari gred 41-54 juga berpeluang menikmati bayaran khas RM500 seperti mana jawatan sokongan baru-baru ini.

Banyak la kalau nak berterima kasih kepada kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO memang patut pun, Kalau reti berterima kasih maknanya reti lah bersyukur, Kalau dah reti bersyukur tentu Tuhan akan tambah nikmat tu...reti ker???

Dipenutup kata YAB Perdana Menteri telah menyebutkan bahawa :
" Sesungguhnya inilah bajet yang menelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. sesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat. Bulatkan tekad, tetapkan lah hasrat, menjunjung gagasan 1Malaysia, segala yang mustahil kan pasti menjadi nyata. 1Malaysia, Kemakmuran Bersama."

PAS, PKR dan DAP!!! cakap bolhe lah...boleh? boleh jalan lah...
BN! macam-macam ada!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan