Selasa, 27 April 2010

PAS Sedang Sabotaj DAP Di PRK Sibu...


KUALA LUMPUR, 27 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.

Beliau turut menyifatkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu hanya sebagai kemenangan sementara.

"Pengundi yang lebih celik dan tidak terikat dengan kerajaan mengundi PKR. Tapi pengundi yang terikat seperti Felda, Orang Asli dan di ladang-ladang, trendnya kepada BN.

"Kalau kita lihat masa depan negara yang kita harapkan lebih demokratik, rakyat lebih membaca dan mempunyai kesedaran, Umno/BN ini bukan parti untuk masa depan sebenarnya.

"Orang yang mempunyai kesedaran semacam sudah tidak percaya kepada Umno/BN tapi lebih percaya kepada komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.


KOMEN

Semasa BN ditentang di Batang Ai, Presiden PAS Haji Hadi menghina suku kaum disana kerana tidak mengundi pakatan haprak atas alasan mereka hina dan masih PAKAI CAWAT! Hari ini Sekali lagi Puak PAS menghina orang-orang miskin, penduduk felda, orang asli dan sama lah seperti Haji Hadi sebutkan itu apabila Setiausaha Agungnya mengatakan seperti mana yang anda boleh baca diatas.

Bagi Mustafa Ali dan PAS suku kaum dayak, iban dan lain-lain yang memakai cawat serta penduduk felda dan orang asli hanya segelintir rakyat yang keji, miskin, hina, bodoh, ketinggalan dan terkepung mindanya.

Sesungguhnya Setiausaha Agung PAS ini sedang menyediakan satu laluan lebih sukar dalam hubungan dengan mereka yang dia sebutkan itu...hari ini penduduk felda yang tahu bersyukur dan berterima kasih setelah mendapat nikmat pembangunan dari kerajaan BN selama ini telah berjaya melahirkan generasi felda yang berilmu dan berjaya.

Begitu juga orang asli dan penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak, ini kerana pembangunan dan kemajuan yang melimpah yang dirancang dan dibangunkan oleh kerajaan BN telah melimpah ruah masuk kedalam kawasan dan perkampungan mereka. Ianya boleh dibuktikan dengan mendengar wakil-wakil mereka berucap di Dewan Rakyat dan dewan Negara.

Malah hari ini kerajaan terpaksa pula menangani masaalah sosial dikalangan mereka dek kerana keterbukaan dan kemodenan yang mereka kecapi terkadang membuat sesetengah generasi muda 'tenggelam' dengan arus yang melanda....

PAS Terengganu dan PAS Kelantan pula buat apa untuk kesejahteraan rakyat? Bagi PAS, mereka memang mahukan kuda belang bodoh, dungu, bebal dan taksub untuk membontoti mereka kemana sahaja, kerana mengawal dan menjaga orang bodoh sama seperti menjaga lembu dan kambing...ikut teori Mustafa Ali la....

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Kemahiran berfikir malangnya tiada pada puak-puak PAS dan PKR. Tapi DAP pandai, pandai memanipulasi puak-puak yang tak pandai ini.

    BalasPadam
  2. apalah sibodoh pas ni cakap.saya ada sepuluh adik beradik,7 darinya graduate ipta,semua sokong bn.bukan menunjuk tapi kami sedar diri,walau gaji lumayan,tetap tak lupa siapa yang bagi biasiswa pada kami semua.jadi jgn anggap cuma orang2 asli dan felda saja sokong bn.orang2 bandar macam kami juga sokong penuh bn.memang oarang pas suka cakap ikut kepala lutut..

    BalasPadam
  3. kalau mustafa ali ade kat depan aku,aku rase dah xleh pggl mustafa ali da..kene pggl ARWAH Mustafa Ali....serious aku bengang..

    -anak felda-

    BalasPadam
  4. mentang mentang kat sana ramai orang CINA, PAS confident DAP boleh menang.....

    Masih ingat bagaimana KARPAL singh kata " You are diktator - few times " kepada Speaker Dewan.

    BalasPadam
  5. Itulah realitinya, BN selesa menang di kawasan pendalaman dan hulu2, kawasan di mana rakyat hanya mampu tengok TV3 dan RTM, hanya baca Utusan.

    BalasPadam