Rabu, 29 Februari 2012

Tok Pa Bakal MB Kelantan..

KOTA BHARU 29 Feb. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan akan memilih calon terbaik untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau berkata, tidak semestinya calon yang dipilih itu boleh memuaskan hati semua pihak kerana setiap orang tidak sempurna, bagaimanapun pucuk pimpinan parti akan membuat keputusan muktamad.

"Yang pastinya saya boleh beri jaminan sedaya upaya supaya calon yang akan bertanding adalah dipilih daripada yang terbaik,” katanya ketika sesi soal jawab pada majlis Malam Mesra bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, malam tadi.

Khabarnya Tok Pa akan mengepalai jentera UMNO dan Barisan Nasional Kelantan untuk menjatuhkan kepimpinan sesat Nik Najis dan PAS!

Tok Pa bakal menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan jika UMNO berjaya menawan Kelantan dalam PRU13 akan datang..InsyaAllah

Mudah mudahan hilang cerita cah keting dan puak agar dapat kita bersatu tenaga mengembeling keringat melaksanakan amanah ini..amin

Lu Fikir La Sendiri
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan