Isnin, 8 Oktober 2012

Azmin Makan & Pijak Ahli - Khalid Gagap..!


Setelah Faekah dipaksa rela untuk 'akur' menghisap ice cream..petang tadi dalam mesyuarat Agong PKR cabang Kuala Selangor di Ijok yang dirasmikan oleh Khalid Gagap sekali lagi ahli ahli yang bertuhankan Azmin berkokok dan mengganggu perjalanan mesyuarat.

Khalid dalam ucapan perasmiannya berkata-...


Abdul Khalid yang juga Ketua Cabang Kuala Selangor turut kecewa dengan sikap segelintir ahli yang cuba memperlekehkan parti dan masih was-was dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang berhasrat untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya mengakui masih ada ahli yang sanggup ‘makan’ dan memijak ahli lain demi kepentingan diri sendiri sedangkan kita perlu bersatu serta bersikap matang dalam mencapai matlamat parti,” katanya.

Dalam mesyuarat yang dihadiri 153 ahli turut menimbulkan kekecohan apabila beberapa ahli mempertikaikan minit mesyuarat yang didakwa tidak mengikut perlembagaan termasuk tiada tandatangan pengesahan 
oleh Pengerusi Tetap sebelum minit itu disokong.

Lebih menggamatkan suasana, soalan bertalu-talu terbabit seolah-olah tidak menghormati perjalanan majlis sekali gus menjadikan keadaan dalam dewan kelam
-kabut dan menyebabkanPengerusi Tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.

Ahlinya, Mazli Saring menyelar tindakan meneruskan mesyuarat tersebut meskipun beberapa ahli mempersoalkan cara pengendaliannya yang didakwa tidak mengikut perlembagaan parti.

“Bagaimana kita mahu menawan Putrajaya sekiranya ahli jawatankuasa sendiri gagal mengendali mesyuarat kecil seperti ini dan sentiasa mengulangi kesalahan yang sama seolah-olah mereka tidak buat kerja dengan sempurna,” katanya.

Bunyi macam orang kecewa jer..sama kecewa macam Faekah la tu..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan