Selasa, 30 April 2013

Kubur Kit Siang Sudah Ternganga..




Kit Sial sudah rasa bahangnya..kit sudah macam cacing babi kepanasan. Kit sial semakin jelas tanah kubur nya sudah terbuka luas untuknya di Gelang Patah cuma yang menambah parah kepada Kit Sial ialah rupanya bukan sahaja dia yang terlihat akan kuburnya malah kawan kawan sekutunya juga dijangka ramai yang bakal terkubur pada 5 Mei nanti...Insyaallah

GEORGETOWN: Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui menghadapi laluan sukar bertanding di Gelang Patah di Johor kerana kawasan Parlimen itu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN). 

Beliau berkata, faktor yang menyukarkan beliau untuk memenangi kerusi itu kerana BN menurunkan nama-nama besar untuk berkempen dan pengaruh kuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Lim terbabit dalam pertandingan satu lawan satu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman pada pilihan raya umum ke-13 Ahad ini. 


"Pada tahun 2008, BN menang dengan majoriti lebih kurang 9,000 (undi). Pada tahun 2004, BN MCA menang dengan majoriti 31,666," kata Lim pada ceramah pakatan pembangkang di Kolej Han Chiang di sini malam tadi. 

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi calon BN Tan Ah Heng dengan majoriti 8,851 undi, mengalahkan calon PKR, Zaliha Mustafa. 

"Ini kali pertama Johor menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Apa yang berlaku di Johor boleh mempengaruhi apa yang terjadi di Malaysia," kata Lim. - BERNAMA 


LU FIKIR LA SENDIRI

Kemenangan Barisan Nasional Semakin Jelas...

Anwar Ibrahim bakal lari malam meninggalkan negara sementara Kit Siang, Hadi, Karpal dan Nik Aziz pulak mungkin berturut turut meninggalkan kita semua kerana gagal menerima keputusan yang bakal menjelma pada 5 haribulan Mei nanti...insyaAllah.


PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menempelak pakatan pembangkang yang mendakwa Barisan Nasional (BN) telah tumbang sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.
Beliau berkata dakwaan tersebut tidak benar sama sekali memandangkan beliau telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dalam lawatannya ke neger-negeri di seluruh negara semasa tempoh berkempen sejak Ahad lepas.
"Saya sudah ke Sarawak, Melaka, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Perak. "Di Melaka tiada masalah kecuali Kota Laksamana, di Negeri Sembilan Menteri Besar yakin BN boleh menang lebih besar daripada 2008, Wilayah Persekutuan akan menang sekurang-kurangnya tiga atau empat kerusi tambahan, di Kedah sambutan luar biasa sehingga ada yang peluk cium saya.
"Kalau betul caranya Kedah boleh jadi negeri BN semula," katanya ketika berucap pada program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Gersik di sini.
Muhyiddin, yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, berkata walaupun mungkin sukar untuk memenangi semula Pulau Pinang namun beliau yakin BN akan mendapat pertambahan kerusi.
Katanya di Kelantan pula sudah jelas rakyat sudah tidak mahukan Menteri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang gagal menyelesaikan pelbagai isu dan memajukan negeri itu.
"Jadi kalau betul pembangkang dah menang, tunjukkan pada saya negeri mana yang mereka boleh menang besar," tegasnya sambil disambut tepukan gemuruh rakyat yang hadir.
Menyentuh mengenai Johor, beliau mempersoalkan kemampuan pembangkang mengambil alih negeri itu yang merupakan kubu kuat BN.
Katanya percubaan penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahu bertanding di Gelang Patah turut tidak disenangi rakyat Singapura yang bimbang pembangunan di Wilayah Iskandar akan terbantut.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin BN mampu memenangi pilihan raya umum kali ini sekali gus membentuk kerajaan semula dan menyambung segala perancangan yang telah dibuat sebelum ini.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis jamuan makan bersama penduduk Felda Sri Jaya di sini, Muhyiddin berkata negara memerlukan pemimpin berwawasan, mempunyai idea dan berani untuk membawa Malaysia ke tahap negara maju berpendapatan tinggi bagi tempoh tujuh tahun akan datang.
"Sebab itu dalam soal menjaga kebajikan, kita tak boleh berikan kepada orang yang tidak berpengalaman," katanya.
Beliau sebelum itu turut mengimamkan solat Isyak di Masjid Ubudiah Felda berkenaan. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri..!!!

Isnin, 29 April 2013

Syarat Kedua Sebagai Calon PKR

Selepas pengedar pil kuda tersenarai sebagai syarat kelayakan seseorang yang mahu menjadi calon parti keluar ramai ramai (PKR) kini ada lagi satu syarat dimana seseorang yang menderhaka kepada kedua ibu bapa juga merupakan kelayakan yang amat ditekankan bagi memenuhi syarat seseorang yang mahu menjadi calon PKR.

Pastinya syarat ini akan memenuhi kriteria yang ditetapkan kerana proses penderhakaan kepada iu bapa telah lama dipelopori oleh Timbalan Presiden parti songsang itu sendiri yang begitu berbangga menderhaka kepada ibunya mak tom...


Ibu Menangis, Berdoa Anak Kalah Kerana Jadi Calon PKR
Sunah Omar (kanan) menangis kerana kecewa dengan anaknya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding menjadi calon PKR, DUN Chini.
PEKAN: Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.
Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.
Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.
"Mula-mula saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR.
Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya menggigil menahan kemarahan apabila mengetahui anak saya diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.
"Saya cukup kecewa dengan tindakan anak saya itu kerana penyandang kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun bersama ahli Umno banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga saya," katanya.
Sunah yang menyertai Umno sejak berusia 21 tahun dan kini anggota Pergerakan Wanita Umno, Felda Chini Timur 3 berkata anaknya itu yang tinggal di Kuantan bersama suaminya tidak pulang ke rumah di sini sejak empat bulan lepas.
"Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.
"Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan Umno telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga saya," katanya.
Sunah berkata suaminya, Ab Kadir yang kini sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lepas hanya mampu menangis memikirkan tindakan anaknya itu.
"Saya bersama suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan saya sanggup turun padang membantu jentera Umno mempertahankan kerusi DUN Chini," katanya. -BERNAMA


Ahad, 28 April 2013

BN Mahu Menang Jantan...

BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak bercadang mendedahkan dalam tempoh terdekat dalang di sebalik insiden Lahad Datu, Sabah.
Katanya, jika pendedahan dibuat sebelum Pilihan Raya Umum 5 Mei ini, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.
"Jadi tunggulah lepas pilihan raya nanti saya rasa saat yang terbaik. Sekarang ini kita hadapi pilihan raya dulu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Nelayan Sungai Tiang di sini, Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Surendran yang mendesaknya mendedahkan nama tiga pemimpin pembangkang yang terlibat dalam insiden Lahad Datu.
Surendran dilaporkan berkata jika Ahmad Zahid gagal mengemukakan nama berkenaan dalam tempoh 24 jam, jelas menunjukkan ia adalah "fitnah" yang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN).
Ahmad Zahid berkata segala maklumat mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Saya tidak secara khusus menyebutkan sesiapa. Kenapa perlu melenting. Kenapa perlu memberikan amaran dalam tempoh 24 jam dan sebagainya," katanya.
Semalam, beliau berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah itu. -BERNAMA
LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Setahun Baru Fuziah Moron Klimaks..!


Kena tunggu setahunya baru fizikal Moron ni klimaks..soalnya kenapa baru sekarang terganggu? Kenapa baru sekarang inzal? Kenapa baru sekarang ambil tindakan?
Apakah selama setahun ini fuziah sentiasa berkhayal dengan sms sms lucah tersebut? Tapi bila  fuziah sedar bahawa kerusi yang dia miliki kini semakin kabur dan menghilang baru ler fuziah sedar dari khayalan lucahnya?
Lu Fikir La Sendiri!!!
28 April 2013
SMS lucah, Fuziah buat laporan polis
Fuziah menunjukkan salah satu SMS ugutan yang diterimanya.
KUANTAN - Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh membuat laporan polis semalam kerana mendakwa sering menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dan ugutan sejak tahun lalu.

Beliau yang juga calon PKR di Parlimen Kuantan, mengakui mengalami trauma apabila kerap menerima SMS daripada individu yang didakwanya seorang wartawan sebuah stesen televisyen.

Menurutnya, beliau mula mendapat SMS lucah tersebut sejak Jun 2012, namun kebelakangan ini gangguan itu semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan kebimbangan.

“Saya menerima empat SMS daripada nombor telefon yang sama, manakala satu SMS daripada nombor berbeza dan yang terbaru, awal pagi semalam.

“SMS  itu mengandungi kata-kata lucah dan ugutan menyebabkan saya sebagai seorang wanita rasa malu dan terhina,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD), semalam.

Fuziah  tidak menolak kemungkinan bahawa pihak yang mengganggu dirinya itu sengaja menimbulkan provokasi.

“Sebelum ini, saya biarkan sahaja perkara ini dan menganggapnya sebagai senario politik, tetapi kebelakangan ini semakin teruk menyebabkan saya perlu ambil tindakan tegas.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku dan saya anggap ini adalah politik kotor yang diamalkan pihak tidak bermoral,” katanya.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat bagi menjamin keselamatan dirinya dan memohon perlindungan daripada pihak berkuasa.

“Kesemua nombor tersebut telah diserahkan kepada polis dan berharap siasatan dapat dijalankan dengan mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab membuat gangguan ini,” katanya.

Selasa, 23 April 2013

Persamaan PKR & PAS Yang Pasti...

Ideologi mereka tidak pernah sama..! Perjuangan mereka juga cukup berbeza..! Penentangan mereka selama ini begitu ketara..!  

Namun mereka tetap mempunyai satu selera...! Selera depan belakang sama sajer...!

Lu Fikir La Sendiri..!

Dengar Ceramah Kena Bayar RM20


SABAK BERNAM: Penganjur majlis Hi-Tea bersama penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sabak Bernam di Parit 3, Banat, Sungai Manis di sini petang ini meminta orang ramai yang hadir membeli kupon RM20 untuk menyertai majlis itu.
Ada antara petugas itu turut merayu pihak media membeli kupon berkenaan atas alasan untuk mengutip dana bagi calon kawasan itu yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13, pada 5 Mei ini.
Calon Parlimen Sabak Bernam Dr Abdul Aziz Bari dari PKR, turut hadir.
Sebaik majlis bermula, pihak penganjur membuat pengumuman bahawa sesiapa yang tidak membayar kupon RM20 tidak dibenarkan duduk di meja bulat serta memaklumkan kupon mereka yang hadir di situ akan disemak.
Berikutan itu tidak semua penduduk yang hadir membayar kupon, sebaliknya sanggup berdiri dan bersandar di kenderaan masing-masing.
Hanya sebahagian sahaja daripada 1,000 kerusi dan meja yang disediakan dipenuhi manakala yang lain hanya mengambil kerusi tambahan dan duduk di luar khemah.
Pihak penganjur juga didapati hanya menyediakan beberapa jenis kuih dan minuman yang nilainya dikatakan tidak setimbal harga kupon yang dibayar.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada bulan depan.
Beliau turut mendakwa kononnya BN Selangor sudah ketandusan modal kerana hanya mampu menciplak manifesto pakatan pembangkang berhubung pemberian air percuma di Selangor. - BERNAMA
LU FIKIR LA SENDIRI!

Isnin, 22 April 2013

Renungan...



Marahkan nyamuk kelambu dibakar


Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah.
Assalam dan Salam Sejahtera. Para pembaca sekelian, artikel berkaitan pilihan raya yang telah disiarkan dalam Berita Harian akan dipaparkan sebentar lagi.
Sudah dua hari penamaan calon berlalu untuk PRU13. Sebelum itu, nama-nama mereka yang bertanding telah diumumkan oleh parti-parti terbabit. Macam-macam reaksi kedengaran.

Ada yang merajuk kerana tidak terpilih. Tikda kurang yang agresif bertindak balas, membalas dendam dan pelbagai reaksi negatif. Pendek kata, semua mahu menjadi calon. Jarang kedengaran reaksi positif. Apabila tidak terpilih, mereka berkata; Alhamdulillah, syukur, kerana terlepas daripada memikul tanggungjawab yang begitu besar. Ramai lupa atau buat lupa, jawatan di dunia, ada perkiraan syurga dan neraka.

Dahulu, ramai yang takut dipilih menjadi pemimpin, kerana takutkan azab Allah SWT. Apatah lagi memimpin negara. Mereka akan dihisab terlebih dahulu. Hari ini, semua mahu jadi pemimpin, seolah-olah amanah itu hanya suatu permainan untuk mendapat kuasa. Dengan kuasa kita boleh mendapat harta, wanita dan takhta.  

Soal sama ada, menepati KPI (amanah) Allah SWT, boleh menang atau tidak, belakang kira. Yang penting, mahu bertanding. Malang sungguh mendapat manusia seperti ini. Dalam kepala otaknya hanya mahukan kuasa. Ingatkan kita semakin hari semakin matang, rupa-rupanya tidak.  

Hari ini, berbeza dengan zaman dahulu. Persaingan sengit, ramai yang layak dan lebih layak. Mungkin kita sesuai untuk masa lalu, namun tidak relevan lagi untuk masa kini.  Mustahil bagi seseorang pemimpin boleh mengenali setiap ahli untuk dinilai sebagai pemimpin. Biasalah jika ada yang terlepas pandang. Apa yang penting, bersangka baik jika tidak terpilih. Pun begitu, sedih juga melihat pemimpin berakhlak buruk turut terpilih.  



Jangan bakar kelambu, hanya kerana marahkan nyamuk. Bila tidak dapat yang dicitakan, bakar jambatan. Fikirkan masa depan agama dan anak bangsa. Bukan beremosi kerana tidak terpilih. Berjuanglah kerana Allah, bukan yang lain. Mesti ada hikmah di sebalik. 



Ada beberapa calon UMNO yang tidak terpilih mahu menyertai pembangkang atau bertanding calon bebas. Walaupun sebelum ini telah beberapa kali menjadi wakil rakyat. Cukuplah. Berilah laluan kepada orang lain. Masa dia terpilih dahulu, kita tidak perasan orang lain juga merajuk. Kita tidak fikir perasaan orang lain. Bila kena batang hidung sendiri, baru tahu. Ironinya, mereka masih mahu bertindak balas, dan membalas dendam. Nasihat saya, buatlah muhasabah diri.



Di sinilah kelebihan PAS. Ahli mereka akur kepada arahan pucuk pimpinan. Malah, mereka yang tidak terpilih semakin kuat bekerja untuk parti sebab mereka tahu apa yang diperjuangkan.



Pada saya, UMNO perlu mencontohi budaya politik PAS. Tidak nafikan ada yang kecewa, tetapi tidak sampai bertindak menghancurkan parti.



Dalam sebuah negara demokrasi, tidak nafikan, sesiapapun berhak untuk keluar masuk parti apabila dirasakan tidak sesuai. Itu khianat namanya.



Pada saya, jika tidak terpilih, caranya bukan melompat parti atau bertanding bebas. Banyak lagi cara untuk berjuang. Paling kurang, duduk diam-diam. Main dengan anak cucu. Latih anak cucu menjadi pemimpin yang takutkan Allah SWT, dosa dan pahala. Moga bila besar nanti mereka menjadi pemimpin yang lebih baik. Ingat kata-kata Franklin D. Roosevelt, “Kita tidak selalu boleh membangun masa depan untuk generasi mendatang. Tapi kita boleh menyiapkan generasi mendatang untuk masa depan”.



Dalam konteks politik Malaysia, jarang calon bebas bertanding menang, kecuali di Sabah dan Sarawak. Jika ada pun yang menang, calon tersebut memang hebat seperti Shahrir Samad, bagi parlimen Johor Bahru suatu masa dahulu. Adakah kita sebegitu hebat? Tidak perlu buang duit, kerana sudah tentu kalah. Gunakan duit itu untuk membantu mereka yang memerlukan seperti ibu tunggal dan anak yatim. Pahalanya lebih besar.



Bekas ahli parlimen BN Tasik Gelugor (bekas timbalan menteri), berusia 65 tahun, yang tidak terpilih, berhimpun bersama penyokong, lantang mengkritik kepimpinan BN kerana memilih calon yang tidak dimahukan oleh penduduk setempat. Betul ke?



Lebih sinis lagi beliau berkata mahu  bertanding bawah tiket DAP (PKR dan PAS). Persoalan saya mahukah mereka menerima. Ultra kiasu ini bukan bodoh untuk menerima calon kecewa. Takut-takut nanti melompat pulak. Cukuplah tu. Duduk rumah, jagalah cucu. Selalulah ke masjid. Tak perlu sibukkan diri untuk menjadi wakil rakyat. Takut-takut nanti, bila menang, meninggal, berlaku pulak pilihan raya kecil. Habis duit lagi.



Pada saya, mereka boleh bertukar parti, jika mereka benar-benar faham perjuangan parti tersebut, bukan kerana kecewa kerana tidak dilayan dengan baik setelah tidak berkuasa. Lumrah dunia memang begitu. Masa berkuasa, semua orang suka, kentutpun bau wangi. Tetapi bila tidak berkuasa, orang pandangpun tidak.



Inilah akibatnya, ketika berkuasa, kita tidak muliakan Allah, bagaimana kita boleh mendapat penghormatan manusia.Khalifah Abdul Malik Marwan pernah berkata; “Semulia-mulia manusia ialah mereka yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkuasa, memaafkan ketika berkuasa membalas dan bersikap adil ketika berkuasa”.



Justeru, saya menyeru kepada mereka yang obsess untuk berkuasa. Muliakanlah Allah ketika berkuasa (juga tidak berkuasa), InsyaAllah, Allah akan muliakan kita di dunia. Jika tidak dapatpun kemuliaan di dunia, kita akan dimuliakan di akhirat.

Senarai Pengkhianat Parti Yang Dipecat...!


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO memecat 61 ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen, berkata tindakan itu selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya. 
“Surat pemecatan keahlian yang ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 


Katanya, Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO juga akan memanggil tiga lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lalu.

“Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.

“Lembaga Disiplin UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa kita telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini.”

Beliau berkata, tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci. 
“Saya juga menggesa semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong semua calon Barisan Nasional yang telah dinamakan untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Barisan Nasional.

SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE–13

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

42. MAMAT BIN BALHANA

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD

54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL

Sekor Lagi Binatang Melompat


Sumber dari blog pembangkang...

(Gambar) Mat Taib serah borang, sah jadi ahli PAS..

Sebelum ini kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung, mengejutkan banyak pihak.

Dan kini memang sah Bekas MB Selangor yang juga Naib Presiden Umno menyertai PAS setelah tersiar gambar beliau menyerahkan borang PAS kepada Presiden PAS TG Hadi ,turut kelihatan pimpinan PAS.
Tan Sri Mohamad Taib (Bekas MB Selangor) menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Ujar Beliau selepas menyerahkan Borang keahlian PAS - 

"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

Senarai Pengkhianat Bangsa..!


Senarai 22 Ahli UMNO yang Bakal Dipecat kerana Menjadi Calon Bebas!

Apa yang berlaku ini, pada saya ada hikmah besar - yakni membuka topeng dan perangai sebenar sebahagian kecil pemimpin UMNO yang mengutamakan "perut" sendiri. Ia sama sekali tidak menjejaskan UMNO yang pernah diharam dan berpecah menjadi dua team pada satu ketika dahulu. Pada saya - ini merupakan proses pembersihan dan mencuci saki-baki kekotoran yang masih terlekat di dada UMNO. Dengan cara ini sahaja - UMNO akan kembali ke wadah perjuangan asalnya - seperti mana sewaktu kelahiranya pada 1946.

Sebanyak 22 pemimpin dan ahli UMNO di seluruh negara menjadi calon bebas apabila mereka tidak bersetuju dengan calon pilihan pucuk pimpinan UMNO. Mengetuai pemberontakan dalaman UMNO ini adalah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar pula bertanding calon bebas di Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua. Di Tasek Gelugor, Sharif melawan calon BN Shabudin Yahya dan calon PAS, Tan Sri Rahman Maidin. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali pula bertanding calon bebas di Parlimen Sepang. 

Turut bertanding di situ adalah seorang lagi AJK UMNO bahagian Sepang,  Hanafiah Mohamed. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin pula bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak sebagai calon bebas. Berikut adalah 17 lagi calon-calon bebas dari kalangan pemimpin dan ahli UMNO di seluruh negara.

1. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat –Parlimen Bandar Tun Razak

2. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

3. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

4. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

5. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu

6. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

7. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

8. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari –Parlimen Pengerang

9. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu –DUN Gambir

10. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

11. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

12. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

13. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

14. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

15. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

16. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

17. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul –DUN Sungai Sibugah.

Sabtu, 20 April 2013

Tiada Kemenangan Tanpa Bertanding...!


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan ada pertandingan di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pengundian 5 Mei ini.
Selepas hari penamaan calon ditutup pada Sabtu, seramai 579 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen.
Mereka terdiri daripada 221 calon daripada Barisan Nasional (BN), PKR (99), PAS (73), DAP (51), Bebas (79), STAR (28), Berjasa (9), SAPP (8), SWP (6), Kita (2), PCM (2) dan Bersama (1).
Bagi kerusi DUN, SPR mengesahkan 1,320 calon layak bertanding.
Dengan calon BN seramai 505, PAS (236), PKR (172), DAP (102), Independents (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3) dan PSM (2).

Khamis, 18 April 2013

Kamilia Perlu Jadi Contoh Bukan Jadi Jalang...!

Diharap Kamilia, Sharif Omar, Mat Taib, Hamid Pawanchek dan lain lain lagi yang sedang bergelora nafsu serakah untuk menjadi jalang Anwar dan pembangkang dalam pilihanraya yang sedang berlangsung sekarang supaya belajarlah menerima hakikat dan ketentuan Ilahi, bersyukur dengan nikmat yang mereka nikmati selama ini dan berterima kasih la kepada parti yang telah meletakkan mereka ditahap mereka berada sekarang.

Pemimpin di bawah ini tidak mendapat kenikmatan dan keistimewaan seperti mana mereka yang diatas tu kecapi namun mereka redha dan tetap setia kepada perjuangan parti. Jangan akhiri perjuangan yang asalnya suci menjadi perjuangan gila babi hanya kerana mengikut kehendak hati.

LU FIKIR LA SENDIRI!

Ikrar pemimpin kena gugur: Kami tetap setia

 bhnews@mediaprima.com.myCetak
Ikrar pemimpin kena gugur: Kami tetap setia
Kuala Lumpur: Beberapa penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Barisan Nasional (BN) yang digugurkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), berikrar bekerja kuat bagi memastikan kemenangan besar parti itu.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid, berkata beliau menghormati keputusan kepemimpinan parti yang dianggap membuat penilaian terperinci sebelum memuktamadkan senarai calon. 
“Apa yang pasti semangat untuk meneruskan perjuangan tetap berkobar-kobar, malah tidak pernah ada perkataan sabotaj dalam kamus diri saya. 


“Pengalaman dalam kerajaan selama ini akan saya perturunkan kepada muka baru,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Beliau yang pernah mengetuai beberapa kementerian, yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Besar, berkata tumpuan utama kini adalah memastikan proses PRU berjalan lancar.

Bekas Ahli Parlimen Besut, Datuk Abdullah Mohd Zain membuktikan semangat setia kawan dalam parti begitu terserlah apabila Datuk Seri Idris Jusoh yang bakal bertanding di kerusi yang disandangnya dengan majoriti 10,590 undi pada PRU 2008, menemuinya semalam.

Pengalaman berharga 
“Saya akan menjadi pencadang kepada Idris, jadi tidak ada masalah untuk saya walaupun tidak menjadi calon kerana yang lebih penting adalah memastikan BN cemerlang PRU ini,” katanya yang menganggap tempoh sembilan tahun dalam politik pengalaman berharga selepas 27 tahun berkecimpung sebagai ahli akademik.

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berpendapat, sebagai pejuang dan pemimpin UMNO, disiplin dalam parti tidak seharusnya dipertaruhkan hanya kerana kecewa dan tersinggung.

“Insya-Allah saya akan pertahankan parti dan kerajaan BN yang berjasa kepada rakyat dan negara ini, selain terus setia kepada kepemimpinan parti walaupun tidak menjadi calon.

“Walaupun ada yang kata pendirian saya ini kerana isteri saya dicalonkan, tetapi hakikatnya sudah menjadi lumrah pemimpin datang dan pergi,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Tak rasa tersinggung

Ketua UMNO Bahagian Larut yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Omar, berkata tiada sebab untuk rasa tersinggung lebih-lebih lagi kerana tanggungjawab untuk memimpin parti pada peringkat bahagian.

“Strategi tetap diatur untuk kebaikan parti, walaupun tidak lagi menjadi calon, cuma diharap selepas ini jasa semua bekas wakil rakyat yang digugurkan ini tidak dilupakan dan diberi ruang untuk menyumbang dengan cara lain kepada negara,” katanya.

Selain itu, Datuk Mohamad Satim Diman yang turut digugurkan sebagai calon di DUN Seri Serdang berkata, semangatnya membara untuk membantu BN merampas kembali Selangor pada PRU-13 ini.

Datuk Warno Dogol pula berkata, tiada istilah kecewa dalam dirinya walaupun tidak dicalonkan semula untuk bertanding di DUN Sabak yang dimenanginya pada PRU lalu, sebaliknya sebagai ahli parti yang setia beliau akan membantu BN selagi terdaya.

Di Kuala Berang, bekas ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid yang digugurkan mengakui menolak tawaran pembangkang untuk bertanding bagi mewakili parti itu kerana bukan jawatan yang menjadi dasar perjuangannya dan akan turun padang membantu parti.

Penyandang kerusi DUN Langkap, Asha'ari Idris berjanji membantu memastikan kemenangan calon baru BN di kerusi itu.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu itu yakin proses pemilihan dan penilaian calon dilakukan secara terperinci.


Selasa, 16 April 2013

Senarai Calon MCA



PRU-13: Lebih separuh calon Gerakan muka baharu

KUALA LUMPUR 15 April - Gerakan akan bertanding di 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, kata Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Ini bermakna kerusi parlimen yang ditandingi Gerakan kali ini kurang satu berbanding pada 2008.
"Daripada 42 calon, 22 orang atau 52.4 peratus adalah muka baharu yang tidak pernah bertanding, lima orang atau 12 peratus calon wanita dan tiga orang atau tujuh peratus calon berketurunan India, manakala baki daripada kaum Cina.
"Calon termuda berusia 31 tahun," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Berikut senarai calon Gerakan pada PRU-13:
PARLIMEN:
1. Batu Kawan - N. Gobalakrishnan (muka baharu)
2. Bukit Bendera - Teh Leong Meng (muka baharu)
3. Tanjong - Ng Song Kheng (muka baharu)
4. Jelutong - Ng Fook On
5. Taiping - Tan Lian Hoe
6. Beruas - Chang Ko Youn
7. Telok Intan - Mah Siew Keong
8. Puchong - A. Kohilan Pillay (muka baharu)
9. Batu - Dr. Dominic Lau Hoe Chai (muka baharu)
10. Segambut - B. Jayanthi Devi (muka baharu)
11. Simpang Renggam - Liang Teck Meng
DEWAN UNDANGAN NEGERI:
(PULAU PINANG):
1. Machang Bubuk - Tan Loke Heah (muka baharu)
2. Bukit Tengah - Teng Chang Yeow
3. Bukit Tambun - Lai Chew Hock
4. Tanjung Bunga - Chia Kwang Chye
5. Kebun Bunga - H'ng Chee Wey (muka baharu)
6. Pulau Tikus - Rowena Yam (muka baharu)
7. Padang Kota - Oh Tong Keong (muka baharu)
8. Datuk Keramat - Ong Thean Lye
9. Sungai Pinang - Dr Thor Teong Gee
10. Batu Lanchang - Lee Boon Ten
11. Air Itam - Loo Jieh Sheng (muka baharu)
12. Batu Uban - Goh Kheng Sneah
13. Pantai Jerejak - Wong Mun Hoe
(KEDAH):
1. Derga - Dr Cheah Soon Hai
2. Sidam - Bee Sieong Heng (muka baharu)
(PERAK):
1. Kuala Sepetang - Loh Swee Eng (muka baharu)
2. Aulong - Soo Key Ping (muka baharu)
3. Jalong - Liew Yew Aw (muka baharu)
4. Canning - Ceylyn Tay Wei Lung (muka baharu)
(PAHANG):
1. Tanah Rata - Ho Yip Kap
2. Triang - Tan Tin Loon
(SELANGOR):
1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (muka baharu)
2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (muka baharu)
3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (muka baharu)
(NEGERI SEMBILAN):
1. Bukit Kepayang - Wong Oi Foon (muka baharu)
2. Senawang - Choong Vee Hing (muka baharu)
(MELAKA):
1. Bachang - Chua Lian Chye (muka baharu)
(JOHOR):
1. Pemanis - Lau Chin Hoon
2. Bukit Batu - Cheong Chin Liang
(SABAH):
1. Elopura - Au Kam Wah
2. Tanjong Papat - Raymond Tan Shu Kiah
- BERNAMA


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isnin, 15 April 2013

Video Yang Menyebabkan Nik Najis Bakal Tersungkur Lagi..!


Kalau petang semalam Nik Najis tersungkur di Batu Pahat hingga diberitakan programnya pada sebelah malam di Segamat terpaksa dibatalkan lalu laju meninggalkan Johor menuju ke Kuala Lumpur, rasanya Nik Najis bakal tersungkur lagi bila menjenguk video potong lanchau oleh puak DAPig ini..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Jawapan Kenapa Nik Najis Tersungkur, PAS Baru Sedar Mabuk..!


Inilah bahananya bila agama dipermainkan, dijadikan umpan, didagang sesuka hati penganut hamPAS..!

Kerajaan Pas Kelantan memberi alasan tidak mampu melaksanakan hukum hudud kerana meluluskan undang-undang yang sudah diketahui 'terbatal' kedudukannya sejak awal lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana melangkaui bidang kuasa ditetapkan kepada sesebuah kerajaan negeri.

Jelasnya, bidang kuasa berkaitan jenayah berat terletak di bawah Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mempunyai kuasa terhad serta tidak boleh menggubal sebarang undang-undang bertentangan undang-undang sedia ada di bawah Kerajaan Pusat.

“Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan sudah menyebut Perlembagaan itu adalah undang-undang paling agung di Malaysia dan mana-mana undang-undang yang dilulus mana-mana negeri yang bertentangan dengannya, maka adalah terbatal.

“Perlembagaan juga menyebut mana-mana undang-undang yang dilulus kerajaan negeri yang bertentangan dengan undang-undang Kerajaan Pusat, maka undang-undang kerajaan negeri akan terbatal dengan sendirinya, jadi hukum hudud yang kita luluskan itu sebenarnya batal mengikut Perlembagaan, tidak boleh dikuatkuasakan sama sekali," katanya. - UTUSAN

Apa jadi kepada kuda belang yang mengkafirkan UMNO selama ini? dosa ni siapa nak tanggung? kesian kuda belang hamPAS..! 

Itu sebab puak DAPig makin biadap dan makin berani mempersenda kesucian agama Islam..! sebabnya kerana ada kuda tunggangan PAS yang sedia menjadi binatang..!

Sekiranya sebelum ini calon bukan Islam Islam, Richard Wong memulakan ucapannya dengan “Bismillah’ dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, pemimpin DAP Selangor, Ng Swee Lin pula dilihat seolah-olah mempermainkan kalimah suci Allah selepas mengucapkan 'Alhamdulillah', 'masya-Allah' dan 'insya-Allah'.

Dalam Majlis Ceramah Menuju Ke Putrajaya anjuran Pas di Lembah Pantai, di sini malam ini, Swee Lin memulakan ucapannya dengan kalimah Alhamdulillah kononnya 'bersyukur' diberi peluang berucap.

Sejurus menyebut kalimah itu, beliau menerima sorakan kuat hadirin yang rata-rata terdiri daripada ahli-ahli Pas.

Selepas itu, semasa mengulas berhubung kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyebut pula kalimah 'masya-Allah'. - UTUSAN

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 14 April 2013

Semoga YAB PM Diteguhkan Hati, Dikuatkan Semangat..!


Esok merupakan hari kemuncak bagi penyenaraian calon calon BN yang akan masuk kegelanggang pilihanraya yang bakal bermula pada 20 April sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei depan pula sebagai hari penentuan bagi rakyat memilih wakil mereka atas calon yang dikemukakan oleh Najib esok.

Sebenarnya Najib sudah pun mempunyai maklumat selengkap lengkapnya, ini kerana sumber yang ada cukup bagi memenuhi tuntutan rakyat seperti mana yang disuarakan oleh YAB Pengerusi BN pada Khamis 11 April di Dewan Merdeka dihadapan lebih 2000 orang perwakilan yang mewakili semua anggota Barisan Nasional.

Antara yang disebut oleh YAB PM ialah calon mestilah diterima baik oleh rakyat, dikenali dan mesra, bagi penyandang pula mereka mestilah terdiri daripada Ahli Yang Berhormat yang aktif, bijak membidas dan berhujah, aktif didalam Dewan, bukan kaki ponteng serta mempunyai nilai moral yang baik.

Najib juga menggariskan bahawa mereka yang berada di hiraki parti menjadi keutamaan namun sekiranya keperluan semasa mendesak maka calon yang bakal dibawa mestilah calon yang sudah dikenali ramai @ senang jual.

Namun sejak semalam, berita berkaitan nama calon dikalangan ahli UMNO sedikit merisaukan kita semua, ada diantara mereka yang mengaku sebagai orang Najib telah memulakan kekecohan ini dengan membawa senarai panjang pilihan mereka. Usaha ini tidak berhenti setelah YAB PM menggariskan keutamaan calon pada Khamis lalu namun ianya tetap berjalan.

Ada pihak sedang cuba meletakkan keutamaan diri dan puak melebihi keutamaan parti..! semoga Allah memberkati dan memperteguh pendirian YAB Perdana Menteri dalam menentukan calon yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.

Baca lanjut di sini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyerahkan surat tauliah calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) esok. 

Majlis penyerahan akan diadakan di bilik mesyuarat utama ibu pejabat BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bermula jam 11 pagi. 


Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis. 

Lu Fikir La Sendiri!!!