Rabu, 3 April 2013

Dewan Undangan Negeri Melaka, Perak & Sabah Telah Dibubarkan..!



BERITA SETAKAT INI..

AYER KEROH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara rasminya dibubarkan selepas Yang Dipertua negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob menandatangani  notis pengisytiharan pembubaran DUN kira-kira jam 1 petang tadi.

Terdahulu,  Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba di pejabat Mohd Khalil kira-kira jam 12.28 tengah hari.  


Beliau diiringi Speaker DUN, Datuk Wira Othman Mohamad dan Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wira Omar Kaseh ke pejabat Mohd Khalil di Seri Negeri, di sini.

KUALA KANGSAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak secara rasminya dibubarkan selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah menandatangani watikah pembubaran DUN jam 3.10 petang tadi.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tiba di Istana Iskandariah di sini tepat jam 2.50 petang untuk menghadap dan memohon perkenan Raja Dr Nazrin Shah mengenai pembubaran DUN Perak. 


Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sebentar tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah selaras pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13. 

Beliau mengumumkannya dalam sidang media khas di kediaman rasminya di Sri Gaya, di sini, kira-kira jam 4.00 petang tadi. 


Sebelum itu Musa menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri kira-kira jam 3.45 petang tadi.

NEGERI JOHOR DIKHABARKAN JUGA AKAN MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERINYA PETANG INI. 

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen