Sabtu, 6 April 2013

Bertaubat La Nik Aziz...


Selagi ada umur..bertaubat La !


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri pada Sabtu melabelkan Parti PAS sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau agak kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan tokoh agama.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini.
"Nik Aziz bersifat macam Tuhan sedangkan dia kata dia tokoh agama. Dia mengeluarkan fatwa sebegitu menghukum bahawa sembahyang orang Umno tidak dapat pahala kerana katanya Umno menolak Islam, Umno tidak berjuang untuk Islam.
"Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno. Umno sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia," katanya.
Justeru itu, Muhyiddin turut menyeru rakyat agar menolak Pas dan pemimpinnya agar tidak sesat dengan ajaran songsang parti itu.
"Kalau ikut ajaran Pas sebegitu, maka semua akan sesat. Lebih-lebih lagi Nik Aziz menggunakan agama untuk tujuan politik lagi menyesatkan.
"Satu peringatan agar kita menolak Pas dan pemimpin Pas, dan Umno adalah parti yang berjuang untuk Islam sudah lama. Kalau saya nak ceritakan mungkin pemberita tidak ada muka surat untuk tulis," katanya.
Katanya, dari awal lagi, sejarah Umno menunjukkan perjuangan parti itu untuk menebus kemerdekaan negara, menggubal perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, pembelaan umat Islam, maka jelas terbukti Umno ialah parti yang memperjuangkan Islam sejak dahulu sampai hari ini. - BERNAMA
LU Fikir La Sendiri!


9 ulasan:

  1. sudah2lah nik aziz..bertaubatlah.. daripada dok kafirkan orang islam baik gi berdakwah puak asli masuk islam.. islamkan mereka.lagi baguih ..daripada dok mengelirukan umat islam di Malaysia ni..Masa utk anda berpolitik sudah tamat.. ucapkan BYE-BYE buat rakyat kelantan..mari pakat TUKAR.

    BalasPadam
  2. Aku tak pernah undi UMNO, DAP, PAS atau mana mana parti sejak 35 tahun lalu. Tak sampai hati aku nak mengata pasal nik aziz ni, pasal dia ni berilmu dan banyak amalan.. tapi mungkin dia ni dah tua sangat atau tahap kebencian dia terhadap sesama manusia terlampau tinggi!! Takkan orang sekeliling dia tak nak menegur? takkan sokong membabi buta??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masaalahnya memang sekeliling Nik Aziz babi buta.

      Padam
  3. selama ni aku x penah mengundi tp awai thn ni aku daftar mengundi sb aku sayangkn Malaysia n nk pertahankn agama,bangsa n negara, membuatkn aku terpanggil utk mengundi kali n, begitu jugak dgn abg aku,kami sama2 akn mengundi pru13 ni,utk selamatkn agama,bangsa n negara kami memilih utk mengundi umno/bn

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun... pertama kali pada usia 36 tahun!!
      Dulu aku tahu BN akan menang dengan senang tapi sekarang aku terpanggil untuk memastikan Anwar atau Lim kit Sial tak akan jadi kerajaan...
      Na,uzubillah... bayangkan kalau anwar jadi PM? apa akan jadi generasi kita akan datang?

      Padam
    2. Kataakan tak nak pada tgni and dsi

      Padam
  4. Alhamdullillah!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. Kita semua berdosa dan kita semua wajib bertaubat bukan TGNA sahaja, Nabi saw pun bertaubat 70 kali sehari . Anyway, years ago, as I'm a PAS member no : 2xxxxx , so I voted for PAS, then reduced to PAS supporter, still voted for PAS. But this PRU, I'll vote for UBN insyaAllahuta'ala.

    BalasPadam
  6. Lihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...

    BUKTI 1
    BUKTI 2
    BUKTI 3
    BUKTI 4

    Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

    Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
    http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
    http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
    http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
    http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
    http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6

    BalasPadam