Isnin, 6 Mei 2013

Mukhriz Angkat Sumpah MB Kedah Petang Ini...


ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru pada pukul 3.30 petang Isnin.
Mukhriz meraikan kemenangan bersama penyokong dan ahli keluarga.
Bagaimanapun menurut beliau, barisan exco kerajaan negeri akan dibentuk dalam masa seminggu.
"Alhamdulillah BN berjaya membentuk kerajaan di Kedah. InsyaAllah majlis mengangkat sumpah akan diadakan pada Isnin di Istana Anak Bukit," katanya pada sidang media di Bangunan Tunku di sini, awal pagi Isnin.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) ini, Mukhriz menepati ramalan apabila menang di DUN Ayer Hitam dengan majoriti 2,446 undi.
Mukhriz yang mendapat 14,083 undi menewaskan lawannya daripada PAS, Abdul Ghani Ahmad yang mendapat 11,637 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan