Khamis, 18 Februari 2016

Apa Nak Di Harap..!


Seorang wakil Ahli Parlimen Belia mencadangkan supaya kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.
"Ganja bukan dadah... Saya hanya luahkan pendapat belia yang saya temui di peringkat akar umbi," kata Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli yang dipetik oleh The Star Online.
Kenyataannya itu ditweet semula oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Muhamad Ridhwan, yang mewakili Selangor, membahaskan usul mengenai meningkatkan undang-undang dadah di negara ini pada sidang Parlimen Belia, hari ini
"Mereka kata bahawa ganja adalah sah di Amerika Syarikat dan Australia, yang merupakan sebahagian negara yang menganggotai TPPA.
"Jika demikian, kita harus menyusul dan setanding dengan mereka supaya tidak bertentangan dengan TPPA," katanya.
Muhamad Ridhwan menegaskan bahawa beliau tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi semata-mata mahu ia dikawal selia.
Katanya, ganja hanya menyumbang sebanyak lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.
Kenyataan sendiri pun bercanggah..! Bercakap pun dah macam hisap ganja..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Waah... hebat bakal pemimpin Negara ni.

    Dia memang benar-benar menyampaikan isi hati akar umbi ke tengah. (Walaupun isi hati tu agak bodoh, tak bermoral dan takde kepentingan untuk kemakmuran Negara)

    Hmm.... kalaulah yang REAL mp pun macam tu, benar-benar bawa keluh-kesah rakyat ke parlimen...

    : ttg sara hidup tinggi...
    : ttg rumah mewah yg dah terlebih bina tapi rumah utk rakyat sendiri takde...
    : ttg 1mdb....
    : ttg 2.6 biliyon derma... ???

    BalasPadam
  2. Nak bandingkan dgn Usa & Australia bolih hisap ganja, bukan setakat hisap ganja, Mat salleh kahwin jantan sama jantan pun bolih, x bolih kira dgn depa, yg baik kita ambil yang x elok x usah ikut, walaupun ganja adalah tumbuhan, tetapi ganja cukup menghayalkan, mendatangkan ketagihan, kekerapan menghisapnya akan melembabkan fikiran, sensitif yg keterlaluan hingga menyebabkan sakit jiwa (gila) saranan menghalalkan hisap ganja adalah satu saranan yang kebelakang x bolih diterima bagi orang2 yang waras.

    BalasPadam
  3. Kesian betul bakal pemimpin Negara aka anak buah Ah Jib Gor.
    Haram dan Halal pun tak faham.

    Kalaulah orang orang begini jadi pemimpin , jahanam Negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih aneh bila ketua pemuda retweet idea budak berhingus tuh. Apa tujuan KJ buat gitu?

      KJ nak tunjuk sokongan atau.... nak malukan budak tu?

      hahahaaa....

      Padam
  4. Cuba tanya najib najis mughallazah apa...
    Tah mandi wajib pun dia tk tau.

    BalasPadam
  5. Ganja a.k.a marijuana adalah diharam menurut Undang2 kita.Tak faham kah? Haram di sisi undang2.Jgn pandai2 nak putar belit.

    MP Belia jgn nak memandai hentam keromo dlm hal undang2.Kita dah ada banyak masalah sosial.Jgn nak tambah lagi dgn membenarkan belia menghisap ganja.

    BalasPadam
  6. Ini agaknya yang dikatakan pemikiran diluar kotak!

    BalasPadam