Jumaat, 19 Februari 2016

KEJAYAAN RAKYAT..!



Terima kasih rakyat Malaysia...!

Bukti apabila rakyat bersatu..! Jika rakyat bersatu maka segala unsur yang cuba merosakkan watan ini pasti akan dapat dipertahankan..!

Walaupun nadanya macam marah..! macam kecewa..! macam sakit hati..! tapi akhirnya kerajaan kena buat keputusan..!

Nak tangkap..! nak hantar pulang..! nak sekat ..! Itu sebenarnya ialah kerja kerajaan..! Kerja Polis..! Kerja Imigresen..! Tak beritahu pun memang mereka kena buat kerja untuk mempertahankan kedaulatan negara..!

Kerajaan hari ini mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penangguhan itu juga bagi membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori.
Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada program penggajian semula di samping meningkatkan penguatkuasaan supaya tidak ada pekerja asing baharu dibawa masuk ke dalam negara.
"Pekerja asing yang tidak ada dokumen atau tinggal lebih dari tempoh dibenarkan, mereka akan ditangkap (dan) dihantar pulang ke negara asal," katanya semasa mengumumkan perkara itu pada majlis ramah mesra bersama anggota tentera di Kem Muara Tuang, di Kota Samarahan hari ini.
Menurutnya selaras dengan hasrat itu, tindakan penguatkuasaan akan ditingkatkan secara besar-besaran dalam negara.
Ahmad Zahid berkata adalah diharapkan rakyat khususnya kumpulan belia akan menyahut seruan kerajaan untuk mengambil alih tempat pekerja asing dan menjadi sumber tenaga kerja utama negara untuk melengkapkan pembangunan ekonomi negara.
"Penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar sebagaimana yang dikehendaki pihak industri," katanya.
Lebih 1,000 anggota tentera menghadiri program ramah mesra itu, yang merupakan program pertama Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak bermula hari ini.
Esok, Timbalan Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis bersempena sambutan Hari Penjara di Padang Merdeka, Kuching, sebelum mengakhiri lawatan.
- Bernama
Gaji sepanjang masa takde musim jadi kerja jangan pulak bermusim..!
Apapun ini lah bukti bahawa kesatuan rakyat tetap berdaulat..!

Ada muka yang terkulat kulat..! ada biji mata yang kerkujat kujat..!


Siapa?


Lu Fikir La Sendiri!!!

18 ulasan:

  1. Yehaaaa....baru tahu kuasa rakyat..Harapnya zahid dpt kotakan apa yg dikata..dah berapa kali zahid umum nk gempur sarang pendatang...sudahnya senyappp..tiba2 nk bawa bangla plk..buang saja pegawai2 yg kaki minta 'derma'...eh..nek tempoyak xnk komen isu bangla dgn tppa kee..? ProOO00ootTt

    BalasPadam
  2. lepas ni kerajaan kenalah adakan talian melapor PATI ni...contoh 999 mcm nak panggil bomba...barulah nampak serious...lepas tu sapa yg datang tak nak balik tu kena hukum sebatlah..baru mereka takot..Majikan yg menggaji juga perlu di tangkap dan hukum sebat..kalau sekadar cakap...keling bunting pun bole cakap.,,pendatang Cina sukar di kesan..kena pikirlah sendri...takkan aku nak bagi idea juga..

    BalasPadam
  3. Terima kasih rakyat Malaysia...!

    Bukti apabila rakyat bersatu..! Jika rakyat bersatu maka segala unsur yang cuba merosakkan watan ini pasti akan dapat dipertahankan..!

    Walaupun nadanya macam marah..! macam kecewa..! macam sakit hati..! tapi akhirnya kerajaan kena buat keputusan..!

    Sdra Admin,

    1. Saya suka pernyataan di atas. Satu semangat perpaduan rakyat.

    2. Apa kata kalau semangat sedemikian kita himpunkan di belakang Zaid ibrahim dalam perhimpunan dicadangkan para 29 march akan datang? Saya rasa susah tan sri khalid nak tangkap orang ramai.

    3. Semangat serupa juga perlu untuk menyokong TDM dalam menggerakkan semua pihak, tak kira orang umno atau pembangkan dalam membuat tindakan agar najib steps down. If the rakyat wins, apandi ke, khalid ke, abu kassim ke, zahid, rahman dahlan dan mereka sewaktu dengannya kita "humban kuar" and instal a new PM.

    Rakyat ada berani kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha

      Rakyat tertipu lagi.

      Takkan tak kenal Tok Dalang Zahid ni, kaki putar belit dan penipu besar.

      Dia tahu rakyat marah, jadi dia pura2 cool down.

      Selepas ni, majikan2 kilang2 besar akan mengamuk melenting.

      Situasi ini akan memberi lesen kpd Zahid barua ni akan diguna sebagai tiket utk menghalalkan kedatangan Bangla2 belaannya.

      Masalah paling besar, rakyat negara ini mudah mengalah, lembik tengkuk, memaaf kesalahan2 dan penipuan besar Najib dan adikong2nya.

      Bila lagi rakyat nak bulat hati, terajang keluar Najib dan kuncu2nya drpd Umno dan kerajaan.

      Padam
    2. Betullah saudara adzzam, sekarang ini pun dah start tak cukup bekalan tepung gandum kat pasaran, round satu Selangor takde bekalan tepung gandum, kami peniaga kecil jadi susah, tak leh berniaga lagi kueh mueh juga yang berasaskan tepung gandum. Kerajaan hari ini adalah yang paling lemah, korup dan paling tidak berkesan yang pernah wujud. Menteri2 sibuk dengan pertahan tuhan mereka Najibul hingga abaikan tanggung jawab sendiri dalam menjaga keperluan rakyat dan Negara.

      Padam
    3. Selepas ini mereka (tauke besar Cina yang kawan baik ngan Si Zahid) sibuklah kata tak cukup pekerja untuk menampung pengeluaran bahan-bahan makanan utama untuk Malaysia. Maka tiba2 secara drastic akan masuklah pekerja asing2 beramai-ramai sambil yang memegang kuasa ini tanpa henti mengira untung laba duniawi hasil levi yang secara terang ataupun gelap..

      Padam
  4. Jangan salah faham, Tangguh je bukan tidak benarkan atau diharamkan terus.

    Lagi satu, kalau susah sangat, pening kepala nak tangani pasal isu pekerja pendatang ini....

    LETAK JAWATAN AJELAH,

    letak jawatan ini bukan ditujukan kepada zahid hamidi sahaja, ianya ditujukan terutamanya kepada Najib Razak seterusnya kepada menteri2 kabinet tu.

    Ramai diluar sana yang lebih berkemampuan, berkebolehan untuk menerajui kerajaan yang ada sekarang.

    Amacam SETUJU tak pembaca2 sekalian?

    BalasPadam
  5. Mau tak seram dek disuruh cuba survive 950 RM sebulan jer.....berbanding 20,000 - 30,000 RM sebulan gaji menteri. Cabar lah lagi macam mafioso jawa suruh orang buat 3D tapi sendiri belum tentu mampu buat walau sehari!

    Apa apa pun, misi utama Kepala-Lanun mesti dicantas supaya dia rasa perit nya mencantas orang sana sini....

    BalasPadam
  6. Kami rakyat marhaen amat bersetuju jika najib dan zahid letak jawatan.

    Ini adalah kerana kami tidak mahu menyusahkan mereka lagi dalam urusan mentadbir kerajaan hari ini.

    Kami rakyat marhaen juga bersetuju tindakan kami menentang kemasukan pekerja asing ini hanyalah membebankan tugas mereka berdua.

    Bukan mudah menjaga kepentingan rakyat betul tak?

    BalasPadam
  7. Nampak gayenye pemakan pemakan dedak macai penyapu kelu lidah!!!...

    BalasPadam
  8. Sepatutnya kerajaan amik cukai lg bnyk dr pekerja asing.. rakyat asing menikmati subsidi utk rakyat negara sendiri.mane mungkin pekerja asing dan tempatan menerima layanan yg sama. Apatah lg yg haram tidak berdokumen

    BalasPadam
  9. Ladang getah dan sawit aku kat kampung sapa nak jaga... Indon dgn bangla yg ada hari tu dah kena tangkap... Budak kampung pula kaki ketum dgn ganja... Habis getah dgn sawit depa songlap , tak boleh harap...

    BalasPadam
  10. Ladang getah dan sawit aku kat kampung sapa nak jaga... Indon dgn bangla yg ada hari tu dah kena tangkap... Budak kampung pula kaki ketum dgn ganja... Habis getah dgn sawit depa songlap , tak boleh harap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jaga sendiri lah mngkok. Tu pun nak kena ajar ke?

      Padam
    2. Ini realiti bro.

      Budak kita, merempit, tayang vape, pasang badan boleh la.

      Padam
  11. 11.09,

    Kalau bayar 10,000 sebulan depa takkan songlap...sebabnya ketum dan ganja itulah yang buat depa lagi kuat bekerja. Tak percaya? Tanyalah yang menghisap tu...

    Ini ada cadangan;



    Untuk mengurangkan beban membayar gaji pekerja yang perlu ditanggung pemilik kebun getah dan kelapa sawit, kerajaan akan memberi subsidi bantuan kewangan kepada pekerja2.

    Formula nya adalah seperti berikut;

    Untuk gaji pekerja, pemilik kebun bayar rm 500.00 sebulan.

    Manakala subsidi kerajaan pula berjumlah rm 9500.00 sebulan.

    Ini bermakna : 500 + 9500 = rm 10,000 untuk setiap pekerja.

    APA? TAK BOLEH LAKSANAKAN?

    Tu pasal kami rakyat marhaen tak mahu menyusahkan dan membebankan najib dan zahid.

    Dari pening kepala, bukankah lebih baik mereka berdua letak jawatan?

    Sudah pasti ramai diluar sana yang lebih berkemampuan, berkebolehan untuk menerajui kerajaan yang ada sekarang.

    Bukan mudah menjaga kepentingan rakyat dan belia hari ini betul tak?

    Keoada semua belia2 yang bakal mengundi tu, jika mereka tak laksanakan permintaan kamu semua, jangan pangkah najib dan zahid, sebaliknya pangkah aje pembangkang (pemimpin melayu dan bumiputra ler)



    BalasPadam
  12. Hoi korang rakyat malaysia kena tipu lagi. Menteri bangladesh dah cakap....tak percaya dengan berita penangguhan dan akan tetap menghantar pekerja seperti dalam mou yg telah dipersetujui.

    BalasPadam
  13. Dah sign mou la...confirm akan datang jugak tu.

    Tangguh je kan? Tangguh sebab PRN Sarawak ke? Lepas PRN Sarawak...dah tak tangguh lagi kot?

    Ingat lagi tak antara sebab apa subsidi ditarik balik? Kononnya ia turt dinikmati oleh warga asing kan? So bila dah masuk lagi 1.5juta org...naka makin kuatlah alasan nak tarik lagi subsidi..makin melopong la orang tempatan...hehe

    BalasPadam