Baca dan fahamkan supaya tak berjaya dibodohkan oleh para penguasa yang zalim..!
Bab 1 dan 2 pernah dikeluarkan sebelum ini namun boleh juga diulang faham di sini (Bab 1) dan juga di sini (Bab 2).
Pembongkaran dan pendedahan oleh Sarawak Report yang dikatakan bohong dan fitnah selama ini seakan didiam dan dibenarkan oleh Najib dan konco konconya apabila berdepan dengan dokumen DOJ..! Secara tak langsung memperkukuh keyakinan rakyat bahawa 1MDB memang ditubuhkan dengan 1 tujuan..!
Tujuannya???
Baca Bab 3 yang menerangkan penubuhan dan tujuan pelaburan SRC yang cukup cantik diatas kertas namun hakikatnya??? Baca di sini.
Bab4 menerangkan langkah pelaburan hartanah 1MDB. Beriya iya..! fahamkan di sini.
Bab5 menerangkan cadangan pelaburan dalam sektor tenaga yang akhirnya terjual..! Bukannya pelaburan tapi peleburan..! Layan di sini.
Kedudukan kewangan 1MDB serta jaminan kerajaan juga didedahkan didalam Bab6. Ingat lagi kredit standby? Baca di sini.
Tadbir urus yang salah dengan memberikan maklumat tidak tepat kepada Lembaga Pengarah serta penyelenggaraan fail dan rekod yang tidak sistematik. Duit bilion bilion boleh dibuat sebegini rupa..! Baca dan fahamkan Bab7 di sini.
Akhirnya...
BAB 8 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, prestasi Kumpulan 1MDB adalah kurang memuaskan. Setelah beroperasi selama enam tahun, 1MDB menghadapi masalah hutang dan aliran tunai. Syarikat ini terpaksa menjual aset-aset strategik seperti aset tenaga dan hartanah bagi melunaskan hutangnya. Perkara ini berlaku walaupun Kerajaan telah memberi bantuan melalui jaminan, surat sokongan dan standby credit.
Dari segi tadbir urus pula, sebagai sebuah syarikat kerajaan 1MDB yang menguruskan dana yang begitu besar sepatutnya mengamalkan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik seperti panduan yang dikeluarkan oleh Putrajaya Commitee on High Performance GLC melalui Green Book: Enhancing Board Effectivenessdan Blue Book:
Intensifying Performance Management Practices. Bagaimanapun, banyak amalan oleh pihak pengurusan 1MDB yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus seperti tidak mematuh keputusan dan arahan Lembaga Pengarah 1MDB, tindakan diambil oleh pihak pengurusan sebelum kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah 1MDB dan pelaburan yang besar dibuat tanpa penilaian terperinci.
Sehingga kini, objektif penubuhan asal 1MDB sebagai pemangkin pembangunan strategik dan menggalakkan aliran masuk pelaburan asing ke negara ini masih belum tercapai sepenuhnya. Sebagai contoh, pelaburan yang dibuat dalam sektor tenaga untuk mengukuhkan keselamatan tenaga negara dan pelaburan strategik jangka panjang tidak tercapai kerana telah dijual kepada pelabur asing. Perkara ini berlaku kerana syarikat terpaksa memberi keutamaan untuk mengurus pinjaman yang telah meningkat secara mendadak dalam tempoh operasinya iaitu dari RM5 bilion pada bulan Mei 2009 kepada RM55 bilion pada bulan Oktober 2015.
Modal perniagaan 1MDB pula terlalu bergantung kepada pinjaman dan ini amat membebankan syarikat dan tidak mampan kerana syarikat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya. Sungguhpun pelan rasionalisasi dapat mengurangkan beban hutang, Kerajaan masih perlu membantu melangsaikan hutang syarikat pada masa hadapan sekiranya tidak dapat meminjam daripada institusi kewangan atau pihak lain.
Sesungguhnya pengalaman yang dilalui oleh 1MDB telah mendapat perhatian umum dan antarabangsa dengan begitu meluas sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua syarikat GLC negara ini tentang peri pentingnya tadbir urus yang cekap dan berintegriti diamalkan. Dari segi amalan terbaik tadbir urus korporat, Malaysia telahpun mempunyai panduan dan pedoman yang sewajarnya sentiasa dipatuhi oleh semua GLC.
—TAMAT—
Dah terbongkar begini mana ada institusi kewangan yang nak menghulurkan bantuan..! makanya kerajaan la yang akan menanggung beban hutang..! kerajaan siapa ni?
SIapa yang joli duit tu??? Cukup cukup la..!
Lu FIkir La Sendiri!!!





















