Rabu, 25 Mei 2016

Orang Ada Integriti..Kita Ada Pencuri..!


Itu bezanya..!

CEO bank BSI Switzerland letak jawatan serta-merta

Ketua pegawai eksekutif (CEO) bank Switzerland BSI Group Stefano Coduri meletakkan jawatan serta-merta, susulan arahan penutupan cawangannya di Singapura oleh pihak berkuasa kewangan republik itu.

Bank itu berkata ia akan bekerjasama penuh dengan siasatan Singapura dan Switzerland, menurut portal kewangan Bloomberg.
Coduri mengambil langkah itu selepas Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan dengan 1MDB.
Mengikut Kanun Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil langkah-langkah munasabah untuk mengelakkan pihak ketiga melakukan kesalahan-kesalahan, terutamanya dalam pengubahan wang haram atau kesalahan rasuah tertentu.

Bagaimanapun, OAG menegaskan bahawa tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah terpakai.

Pihak berkuasa Switzerland dalam sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB percaya sekurang-kurangnya RM4 bilion daripada dana negara milik Malaysia itu telah disalahgunakan.

1MDB dan syarikat sekutunya juga sedang disiasat di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, Luxembourg, Emeriah Arab Bersatu, Singapura, Australia dan Hong Kong.
Dalam masa yang sama, dinyatakan..

Singapura arah bank terbabit skandal 1MDB ditutup

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura telah mengarahkan BSI Bank, yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1MDB supaya ditutup.
Menurut Reuters, bank pusat Singapura menarik semula status bank saudagar yang diberikan kepada bank Switzerland di kota itu.
Alasan-alasan yang diberikan termasuk "pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank.
Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun.
“Ini adalah kali pertama Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menarik semula kelulusan kepada bank saudagar sejak tahun 1984, apabila Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd ditutup untuk kesilapan serius dalam kerja penasihat," dipetik laporan itu.
Bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseorangan.
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berkata ia juga telah merujuk enam anggota pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank kepada pendakwa raya.
Pasukan pendakwaan Singapura akan menilai sama ada mereka telah melakukan sebarang  kesalahan.
Laporan itu tidak menyatakan secara khusus sama ada jika BSI Bank diarahkan ditutup kerana  urusannya dengan 1MDB tetapi bekas ahli bank berkenaan telah didakwa sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.
Sementara itu, Channel News Asia melaporkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura memberi jaminan bahawa ia akan memastikan bank berkenaan ditutup dengan cara yang teratur.
"Pelanggan BSI Bank diberi jaminan bahawa bank itu masih mampu bayar dan mempunyai aset melebihi liabiliti dan komitmennya.
"Ia juga mempunyai sokongan penuh daripada bank induknya, BSI SA, di Switzerland.
"Pihak Berkuasa Kewangan Singapura sedang bekerjasama rapat dengan Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma), pengawal selia BSI SA untuk menyelaras penutupan teratur BSI Bank di Singapura," petik laporan itu.
BSI Bank telah beroperasi di Singapura sejak 2005.
Terdahulu, dilaporkan..

Bank BSI SA hadapi tindakan jenayah kesalahan berkaitan 1MDB

Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan dengan 1MDB.
"OAG mengesyaki sesuatu dalam organisasi dalaman Bank BSI SA.
"Adalah dipercayai bahawa kerana kekurangan ini, bank itu tidak dapat mencegah kesalahan yang kini disiasat mengikut prosiding jenayah berhubungan dengan 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut OAG, mengikut Kanun Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil semua langkah-langkah munasabah yang dikehendaki untuk mengelakkan pihak ketiga daripada melakukan kesalahan-kesalahan, terutamanya dalam pengubahan wang haram atau kesalahan rasuah tertentu.
"Prosiding jenayah dimulakan pada 23 Mei terhadap BSI SA adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB dan mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) pada 23 Mei.
"Maklumat ini menunjukkan bahawa kesalahan pengubahan wang haram dan rasuah oleh  pegawai-pegawai awam asing kini disiasat mengikut konteks kes 1MDB boleh dielakkan jika  BSI SA diuruskan sewajarnya," katanya.
Walau bagaimanapun, OAG menegaskan bahawa tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah terpakai.
Pihak berkuasa Switzerland dalam sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB percaya sekurang-kurangnya RM4 bilion daripada dana negara milik  Malaysia itu telah disalahgunakan.
Sebahagian wang itu melalui sistem kewangan Switzerland menyebabkan pihak berkuasa negara berkenaan memulakan siasatan.
1MDB dan syarikat bersekutunya juga sedang disiasat di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, Luxembourg, United Arab Emirates, Singapura, Australia dan Hong Kong.
Bagi yang punya harga diri dan maruah diri pasti akan bertindak selari dengan kehendak masyarakat dunia dengan penuh peradaban..!
Namun begitu bagi yang tiada akal budi dan tiada harga diri pasti akan bertindak sesuka hati dengan penuh biadap walaupun dunia membantah  tindak tanduknya..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

19 ulasan:

  1. Terang Dan jelas Najib adalah Perdana Menteri paling buruk Malaysia pernah ada.

    Memalukan rakyat nya satu perkara, Perdana Menteri songlap? Terima lah pembalasan nya bukan sahaja di akhirat, rakyat menuntut di dunia ini juga.

    Jika Najib tak bersalah, Samanlah media2 asing yang menjatuhkan maruah negara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di akhirat Najib tak peduli punya. Kalau tak, dia tak buat macam tuh.

      Gila, sebat RM4.2 bilion masuk ke ekaun dia. Dahtu, 1MDB terhutang RM50 bilion, tak tahu mana nak cari duit bayar interest bermacam loans. Nak buat GST lagi, rakyat dah melaung.

      Aku harap dia terjun ke gaung.

      Padam
  2. Calling nek tempoyak/ flykite..emergency, .ambulance dah datang..calling, calling!

    BalasPadam
  3. Neeeenooo....Neee nooo.......Neeeenooooo......alamak jem lah pulok hahahahahhaah..

    Alasan 1- Jalan jem
    Alasan 2- Sakit perut makan banyak dedak.
    Alasan 3- hahahahhaha.....isteri aku kepit pala aku hahahahah

    BalasPadam
  4. Jibo gamak nya ingat selamat gunakan pore sebagai satu daripada tempat untuk buat apa yang Tun kata "circuitous payments" dari 1MDB. Dia ingat dia baik dengan pemimpin Spore, takda hal buat senyap senyap, kalau terexposed pun, boleh runding punya.

    Dia lupa Lee Hsien Loong anak baik, ikut langkah bapak dia Kuan Yew, benci korapsi, bapak dia sue Opposition MPs yang tuduh dia/ gomen dia korap.

    Dah kena siasat, aku nak tengok nama Jibo keluor terlibat dengan arahan bawak keluar/masuk berbilion wang dari Cayman Island, Virgin Island ke Not-So-Virgin island Spore tuh.

    BalasPadam
  5. https://www.finma.ch/en/news/2016/05/20160524-mm-bsi/

    Siaran akhbar oleh FINMA iaitu agensi mengawal selia pasaran kewangan di Switzerland telah menemui kegiatan pengubahan wang haram besar-besaran melibatkan 1MDB melalui BSI.

    Peliklah di negara kapir boleh pula telus dalam siasatan mereka, tetapi di negara yang diketuai oleh manusia yang diangkat menjadi 'Panglima Orang Islam' oleh Aziz Kaprawi jenayah pengubahan wang haram dibiarkan begitu sahaja, malahan dah ada siasatan, ada bukti siasatan pun dibuang kes begitu sahaja.

    Kita tengoklah apa yang TV3 nak auta pasal isu laporan oleh FINMA ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agensi berita British yang tertua, Reuters, pun ada laporkan bahawa SPRM telah syorkan tindakan mahkamah ke atas Jibo, Peguam Negara Gani Pattail sediakan Charge Sheet bagi nya, tapi alih alih keluar "tangan ghaib (hidden hands)" yang berhentikan dia dari jawatan nya serta merta tanpa alasan munasabah.

      Afandi yang mengganti Gani arahkan hentikan siasatan. Lepas bising hoo haa, termasuk dari bekas Pegauam Negara yang dulu boss Gani 10 tahun (Abu Talib Othman) dan bekas Ketua Hakim (Tun Zaki Azmi), SPRM dan PDRM teruskan siasatan. Tapi, selagi Afandi di situ, tak akan ada perkembangan menarik.

      "Panglima Orang Islam" akan bermaharaja lela, atas nama Panglima Bugis juga. Nak kena harapkan Panglima Orang Tua Tun Mahathir juga pimpin gerakan Selamatkan Malaysia dari Panglima Bugis itu.

      Padam
    2. yang dulu boss Gani 10 tahun (Abu Talib Othman) = boss Afandi

      Padam
    3. Tak pasal-pasal kerana Najib dan kuncu-kuncu menyonglap wang 1MDB, maka BSI yang merupakan bank antara yang tertua di dunia ditubuhkan sejak 143 tahun yang lalu mendapat malu yang sangat besar, menerima penghinaan yang sangat teruk, inilah bahananya berurusan dengan Najib dan kuncu-kuncu, duit KWAP RM 4 bilion tu bila SRC International nak bayar? bon RM 200 juta KWSP dalam 1MDB tu apa cerita? Wang RM 800 juta yang dipinjam oleh 1MDB dari SOCSO apa dah jadi? Dengan 1MDB pun tunggang langgang, kita boleh tau keputusan akhirnya, wang cukai rakyat, wang pembangunan untuk rakyat akan dipelingkupkan oleh Najib bagi membayar hutang-hutang 1MDB itu, itu baru RM 1 bilion, ada lagi RM 30 bilion melibatkan bon 1MDB dan pertikaian dengan IPIC yang mana wang milik negara, milik rakyat akan dilingkupkan sesuka hati oleh Najib untuk gali lobang tutup lobang perniagaan buluh kasap 1MDB ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  6. panglima bugis tak layak disokong..bubar ja parlimen cepat2..tak sabar nak PRU14

    BalasPadam
  7. spin angin kentut madey ak habis habis ... nothing relevant to 1MDB ... and as well to PM .... its alll about bank integrity ... case of internal staff.

    syok sendiri ... protun better go fly kite !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah..
      Ceo bank letak jawata adlh fitnah.

      Kahkahkah..
      Bsi spore arah tutup juga fitnah.

      Kahkahkah..
      Xperlu bukti. Mana saja berita yg xsokong najis adlh fitnah.

      Kahkahkah..
      Go fly kite adlh babi rba

      Padam
    2. Tanpa Nama25 Mei 2016 6:41 PTG, sebuah bank yang ternama di peringkat antarabangsa, sudah 143 tahun ditubuhkan, akhirnya BSI dipermalukan dan menjadi hina kerana bersekongkol dengan Najib dan kuncu-kuncu.

      Reputasi lebih 100 tahun dalam sektor perbankan BSI telah bukan setakat tercalar, malahan dah koyak rabak.

      Apakah ini juga fitnah?

      Jika fitnah, sila buktikan di manakah yang fitnahya itu.

      Sila beri penjelasan.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Here are strings and kite with wording
      "NAJIB IM GONNA KISS AND LICK YOUR ASS."
      Now you go fly kite
      Go go go

      Padam
  8. Jika Najib enggan saman media2 asing membuat fitnah, dicadangkan najib menyaman pihak berkuasa singapura dan switzerland?

    Kerana apa?

    Najib sebagai PM menandatangani semua pengeluaran wang rakyat untuk 1mdb?

    Amacam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teloq najib dah tertusuk masuk balik kedalam tubuh badannya, tu yang takder teloq tu.

      Nak suruh saman pihak berkuasa swiss n singapore?

      Padam
  9. Bro admin dah bersedia ke untuk kenyataan berikut?

    "Laman sesawang ini tidak boleh di akses...."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya pengecut yang bacul lagi penakut sahajalah yang akan main taktik kotor sebegini.

      Orang yang kalah dan takut berhadap dengan kekalahan akan menggunakan taktik kotor sebegitu.

      Tetapi bagi orang yang ada harga diri, ada jati diri, ada semangat juang yang tinggi, kau buatlah apa pun, perjuangan akan tetap diteruskan demi keadilan dan hak untuk negara dan rakyat serta yang paling penting menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan selaras dengan tuntuan agama.

      Teruskan perjuangan wahai blogger Putra Merdeka, jangan gentar jangan takut, kalau mereka sekat pun, itu bukti mereka dah takut, mereka dah kalah dan anda telah menang dalam perjuangan ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  10. herr fly kite.....

    this is an interesting one, sir. looking forward to your brilliant insight on your revered 681 pie emm. ain't he something? one by one disappearing......but he is still standing...mighty......pity, the others are way out of his class......i could hear him whispering....."to no one i kneel..."......he is a real centurion......

    samurai?....nooo......this is not his class....why should he draw the blade on himself.....i would see more and more bowing to seppuku, but not your revered 681 pie emm........he is a warrior, a bugis brave......everything in the art of war, subtly mastered.......lies, deceptions, deflections......sun tzu is sweating in his grave.......he swears.....if he is still around.......your revered 681 pie emm would be his masterpiece........overshadowing his 13 chapters.......would devote his 14th chapter on your revered 681 pie emm.........

    ain't he something, herr fly kite?

    -anti jubur-

    BalasPadam