Baca dan fahamkan supaya tak berjaya dibodohkan oleh para penguasa yang zalim..!
Bab 1 dan 2 pernah dikeluarkan sebelum ini namun boleh juga diulang faham di sini (Bab 1) dan juga di sini (Bab 2).
Pembongkaran dan pendedahan oleh Sarawak Report yang dikatakan bohong dan fitnah selama ini seakan didiam dan dibenarkan oleh Najib dan konco konconya apabila berdepan dengan dokumen DOJ..! Secara tak langsung memperkukuh keyakinan rakyat bahawa 1MDB memang ditubuhkan dengan 1 tujuan..!
Tujuannya???
Baca Bab 3 yang menerangkan penubuhan dan tujuan pelaburan SRC yang cukup cantik diatas kertas namun hakikatnya??? Baca di sini.
Bab4 menerangkan langkah pelaburan hartanah 1MDB. Beriya iya..! fahamkan di sini.
Bab5 menerangkan cadangan pelaburan dalam sektor tenaga yang akhirnya terjual..! Bukannya pelaburan tapi peleburan..! Layan di sini.
Kedudukan kewangan 1MDB serta jaminan kerajaan juga didedahkan didalam Bab6. Ingat lagi kredit standby? Baca di sini.
Tadbir urus yang salah dengan memberikan maklumat tidak tepat kepada Lembaga Pengarah serta penyelenggaraan fail dan rekod yang tidak sistematik. Duit bilion bilion boleh dibuat sebegini rupa..! Baca dan fahamkan Bab7 di sini.
Akhirnya...
BAB 8 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, prestasi Kumpulan 1MDB adalah kurang memuaskan. Setelah beroperasi selama enam tahun, 1MDB menghadapi masalah hutang dan aliran tunai. Syarikat ini terpaksa menjual aset-aset strategik seperti aset tenaga dan hartanah bagi melunaskan hutangnya. Perkara ini berlaku walaupun Kerajaan telah memberi bantuan melalui jaminan, surat sokongan dan standby credit.
Dari segi tadbir urus pula, sebagai sebuah syarikat kerajaan 1MDB yang menguruskan dana yang begitu besar sepatutnya mengamalkan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik seperti panduan yang dikeluarkan oleh Putrajaya Commitee on High Performance GLC melalui Green Book: Enhancing Board Effectivenessdan Blue Book:
Intensifying Performance Management Practices. Bagaimanapun, banyak amalan oleh pihak pengurusan 1MDB yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus seperti tidak mematuh keputusan dan arahan Lembaga Pengarah 1MDB, tindakan diambil oleh pihak pengurusan sebelum kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah 1MDB dan pelaburan yang besar dibuat tanpa penilaian terperinci.
Sehingga kini, objektif penubuhan asal 1MDB sebagai pemangkin pembangunan strategik dan menggalakkan aliran masuk pelaburan asing ke negara ini masih belum tercapai sepenuhnya. Sebagai contoh, pelaburan yang dibuat dalam sektor tenaga untuk mengukuhkan keselamatan tenaga negara dan pelaburan strategik jangka panjang tidak tercapai kerana telah dijual kepada pelabur asing. Perkara ini berlaku kerana syarikat terpaksa memberi keutamaan untuk mengurus pinjaman yang telah meningkat secara mendadak dalam tempoh operasinya iaitu dari RM5 bilion pada bulan Mei 2009 kepada RM55 bilion pada bulan Oktober 2015.
Modal perniagaan 1MDB pula terlalu bergantung kepada pinjaman dan ini amat membebankan syarikat dan tidak mampan kerana syarikat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya. Sungguhpun pelan rasionalisasi dapat mengurangkan beban hutang, Kerajaan masih perlu membantu melangsaikan hutang syarikat pada masa hadapan sekiranya tidak dapat meminjam daripada institusi kewangan atau pihak lain.
Sesungguhnya pengalaman yang dilalui oleh 1MDB telah mendapat perhatian umum dan antarabangsa dengan begitu meluas sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua syarikat GLC negara ini tentang peri pentingnya tadbir urus yang cekap dan berintegriti diamalkan. Dari segi amalan terbaik tadbir urus korporat, Malaysia telahpun mempunyai panduan dan pedoman yang sewajarnya sentiasa dipatuhi oleh semua GLC.
—TAMAT—
Dah terbongkar begini mana ada institusi kewangan yang nak menghulurkan bantuan..! makanya kerajaan la yang akan menanggung beban hutang..! kerajaan siapa ni?
SIapa yang joli duit tu??? Cukup cukup la..!
Lu FIkir La Sendiri!!!
Betul, lebur le negara di buat dek pelaburan kontol si Jibo.
BalasPadamMana tak kontol nya jika 1MDB di seleweng hingga terhutang RM53 bilion dan IPIC tuntut RM28 bilion, songlap banyak bilion masuk akaun dia, bini dia, anak tiri dia dan kroni dia.
Rakyat jugak yang jadi mangsa, akan menanggung beban hutang yang gitu banyak. Kena lagi GST entah apekebende nya lagi.
Korang Lupa dengan sejarah. ketika felda ditubuhkan oleh kerajaan masa ITU mana ADA wang pun terpaksa pinjam wang dark bank dunia.
PadamMacai mana tahu bisnes mana ADA syrikat besar baru 7tahun boleh perolehi untung, felda 20tahun baru tunjuk keuntungan.
Doj sehingga gagal temui bukti najib ambil duit, jangan Lupa doj tempat Hillary Clinton rasuah he.he.he
Ingat tak kata2 trump doj hanya untuk white house berkuasa
He.he.he
felda tu nampak tanahnya penerokanya...onemdb nampak hutangnya...
PadamKot Jibo ada kemahiran melebur, tapi ggapo tak buat pelaburan melebur bauxite yang banyak di Pahang, biorkan di korek di hantar ke China?
BalasPadamAsyik mengorek aje dan dengan China pulak nya. Tanah premium 500 ekar bekas Lapangan Terbang Antarabangsa Sg Besi di majukan nya dengan kasi 60% saham kpd syarikat China. Bukan kah bermakna kasi 60% tanah 500 ekar itu kpd orang Cina?
Tak tahu berapa sen Bumipiutera dapat dari situ. DEB di ketepikan nya, hak dan kepentingan kaum Melayu tak di pedulikan nya.
Tak tahu berapa bilion pulak masuk akaun dia, keluarga dan kroni dia, macam DoJ USA dah buktikan ada berbilion yang masuk ke akaun anak tiri dia dan kroni dia di US.
Lebur emas jadi ketulan, bank simpan. Lebur 1MDB jadi setongkol sini setongkol sana, yang di US, DoJ nak rampas.
PadamKalau lah boleh rampas punasihat 1MDB dari negara ini, aku rela. Gerenti punya. Promise.
He.he.he zaman tun m pun dasar deb gagal dah he.he.he
Padam..
Tun m nak tubuh baru parti kadimah macam parti isreal semata2 mahu jatuh PM dia selapas menang pru isreal parti tah kemana he.he.he tubuhkan parti semata2 mahu jatuhkan PM Dan menguntungkan kroni buat malu je tun m ini,
Ku li Sekarang ketawakan tun m itu, tun m dulu ketawakan kuli Sekarang tun m ulang sejarah semangat46 Dan parti kadimah isreal he.he.he.
Hahaha gambor2 gundek di raja bukan main lagi nak please si raja. Tapi kali ni, raja nya Taek Lo. Banyak duit dapat masuk akaun dia sebagai dalang besar dalam trajedi 1MDB.
BalasPadamDrama di tulis sendiri atau dek si Taek atau di rancang dek si Taek, Jibo hanya angguk saja, belom pasti lagi. Tapi Jibo bertanggung jawab sepenuh nya. The buck stops at him.
Undang 2 butuh M&A 1MDB perkara 117 kata gitu. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan (yang punyai 1MDB, yang bayar modal RM1 juta bagi nya) kata gitu di PAC hearing.
Perniagaan buluh betong dan buluh kasap. Ingat untung walhal semua lesap.
BalasPadamElok pun jual llp milik kroni tun m menguntung kroni merugikan kerajaan.
PadamLebih baik tun m minta bantuan anwar ITU bamboo river itu, mungkin tun m boleh menbantu FBI dalam bamboo river 'mana tahu...
Tun m cepat tolong Anak sendiri 'tak lama lagi sprm akan siasatan penipuan di sapuran kencana itu he.he.he sebab kes penipuan saham kencana sapura ITU.
Yang HAPRAK nya penjilat tegar, minda lemah ,otak udang mendendangkan KETUANAN MELAYU konon Tun M mengkhianati bangsa Melayu. Kerana bersekongkol dgn DAP untuk menjatuhkan UMNO dan wajib ditentang. Konon dengan kerjasama dan pengkhianatan Tun M akan menyebabkan Tun M dan juga penyokong ANC akan melutut dan akur pada DAP. Momokan cybertrooper Najib yg MnELAYU akan hilang KUASA adalah hujah seorang MUNAFIQ politik yg TERDESAK akibat TERSEDAK DEDAK. Ini fakta aku. Malaysia ada 222 kerusi Parlimen Bukan Melayu/ Bumiputera 54 kerusi , Melayu/ Bumiputera 168 kerusi. Masakan GENG 168 Tak boleh kontrol GENG 54. Ada akai Ka.. Sia sia aje perjuangan pejuangan Melayu bila anak bangsa tak tahu minilai kekuatan sendiri. Sia sia sahaja keringat dan darah MAT KILAU yg bermudik dari PEKAN ke ULU TEMBELING menyerang INGGERIS. Bila melihat anak bangsa takut dan khuatir kepada kelompok yg kecil. Yang penting umat melayu berpegang kepada RAJA ADIL RAJA KU SEMBAH RAJ ZALIM RAJA KU SANGGAH. Biar JEBAT MENDERHAKA, kerana DERHAKA JEBAT demi keadilan NUSA BANGSA. So...?. Umat melayu perlu lah khuatir. # DESAK hingga SEDAK. # ❤ Tun M.# NAJIB UNDUR # DEEP SHIT
BalasPadamNajib tak kisahkan Ketuanan Melayu, hak dan kepentingan Melayu. Malah, ada yang mengata dia khianti dan dengkikan kaum Melayu -
Padam"Yang pengkhianat kpd kaum Melayu ia lah Najib. Negara ini negara Melayu, beribu tahun di kenali sebagai Tanah Melayu, bapak dia Melayu, tapi dia kata dia Bugis, "jugak pendatang". Dia lanyakkan maruah Melayu, dengkikan, khianati kaum Melayu.
Najib buang ISA yang membendung kegiatan subversif DAP yang anti-Melayu, anti-Islam dan cetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Najib buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi Perkara Perkara sensitif dalm Perlembagaan berkenaan hak dan kepentingan Melayu, termasuk Kedudukan Istimewa Melayu di Perkara 153.
DAP tak suka Perlembagaan, tak hormatkan Bahasa Kebangsaan, tak suka sejarah negara ini, sepatut nya Najib cari jalan atasi masalah susah nak bina rakyat Malaysia, tapi, dahlah Muhyiddin mestikan Sejarah di sekolah sekolah, dia buang Mahyuddin pulak.
Betapa pengkhianat nya Najib kpd kaum Melayu, dia mesti di buang pronto."
Itu dinamakan buta sejarah.
PadamDah mohd azren jangan menipu orang, tun m telah merendahkan bahasa melayu ITU dengan memastikan bahasa melayu tak ajar dalam metematik Dan sanis dengan alasan bahasa melayu tak boleh diajar sanis dan metematik , jangan Lupa dengan bahasa inggris pinjam banyak bahasa Latin dan arab juga dalam buku sains.. Tun m telah merosakan bahasa melayu.
PadamTahu anda jepun Dan korean mengunakan bahasa pinjaman inggris, spanyol, jermen Dan perancis untuk belajar sanis Dan metematik .dalam mereka tetap mengunakan bahasa kebangsaan mereka.
Jangan Lupa tun m mulakan bebalahan dalam umno dengan mencipta team a Dan team b ITU sejarah tun m.
Tun m juga kehilangan Kelantan Dan terenganu dalam Pru dulu.
Tun m juga menyebab kan bn hilang 5negeri selepas dia bergaduh dengan Pak lab
Tun m juga gagal mengdapat Penang Dan Selangor selepas dia memburuk pentakbiran bn ketika pak lah berkuasa.
Dalam sejarah Tun m adalah perosak bahasa melayu.. Kasihan.
Bagus tu Putra M - selalu keluarkan gambar barisan bengkok (crooked) itu. Supaya sentiasa pembaca - yang biasa dan yang sesekali masuk - ingatkan muka hamjadah tuh.
BalasPadamJangan katakan Bank, Pihak audit antarabangsa pun katakan TIDAK pada syarikat yang klepet duit negara. Apa sahaja dengan 1MDB, semuanya tidak mahu terbabit...akhirnya pada kerajaan...kerajaan mana? Kenapa pulak kerajaan? Sebab kerajaan telah ambil alih segala liabiliti 1MDB....dari mana kerajaan dan bayar duit hutang 1MDB? Rakyat Malaysia....Mereka yang bersengkokol telah abiskan duit...enjoy sana - sini, siap hutang judi pun ditolong bayarkan...
BalasPadamItu pasal depa yg buat liabiliti begitu banyak patut di maki cilaka, babi, hamjadah.
PadamTermasuk yang tak terlibat tapi mempertahankan puak Jibo yang cilaka, babi, hamjadah.
Betul ke pepatah Melayu kata kalau sebut 44 kali, jadi betul apa yg kita maki. Kalau betul, bagus lah. Tarak maaf bagi depa yg menjadah.
Kepada yg faham bahasa omputih, lihat, dengar dan fahami perbualan serta temuramah Clare Rewcastle Brown (sarawak report) dan Laura Justo (isteri xavier justo).
BalasPadamMemperincikan butiran bagaimana xavier justo terbabit dalam skandal penyelwengan 1mdb.
Teringat juga bagaimana pencacai najib dan bloger najib menuding jari dengan pelbagai tuduhan diatas segala skandal penyelewengan 1mdb terhadap xavier justo, anti najib dan tun mahathir.
Bloger2 ini ternyata sudah gelap hati mereka, apabila ditabur dedak haram (hasil mencuri duit rakyat) dan menyerang mereka yg anti najib terutamanya tun mahathir.
Kebenaran tetap akan terbongkar dan bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.
Bertaubatlah pencacai sekalian kerana nyawa dicabut tuhan tidak semestinya dihujung senja.
Kerana kamu semua telah bersyubha dan bersekongkol dengan syaitan!!!!
Ingatlah, penganaiyaan dilakukan adalah mencuri duit rakyat, samada diupah proksi najib, atas bayaran nama sebagai "imej perunding" ker dan sehinggalah pencacai yg sanggup berbohong, bersumpah, melemparkan tohmahan, cacian, kejian dan makian...
BERTAUBATLAH...tiada siapa mahu bersekongkol dengan penjenayah dan penyeleweng tidak kira mereka bernama Najib, Tun mahathir atau keluarganya, lim guan eng, anwar ibrahim malahan tidak kira sesiapa pun.
Juka ada bukti kesalahan bawa mereka ini ke mahkamah, bukankah lim guan eng telah dihadapkan ke mahkamah?
Bagaimana pula dengan najib?
Masih ingat camne kbab berkejar ke Thai nak amik statement Justo? Apa cer? pastu terus senyap jer..kita nak tau jugak hasil temubual pdrm dgn justo tu..apa dapatannya? ke saja nak cari peluang melancung ke Thai..huhu
PadamTak cukup dengan bertaubat aje, Beb. Mesti di kejar ke lubang cacing. Kalau tak dapat sekarang, kejar sampai mati. Amat serius jenayah kleptocracy tuh. Jahanam negara, rosak akhlak manusia di masa depan di buat depa.
Padamds shafei sedang menggegar Sabah. jika tabung kewangan nya mencukupi, besar kemungkinan dia akan berjaya dgn slogan nya 'Sabah 4 sabahan'. jgn terkejut jika pairin n penyokong2 nya akan bersama sama ds shafei.
BalasPadammusa aman yg tiada karisma serta pembodek2 lain saperti salleh; Rahman; n anifa tidak mampu menandingi caliber shafei.
PBB d bawah Adenan Satem harus berwaspada juga n saya bercaya sedang mengikuti perkembangan dgn rapi. utk kekal relevan beliau mungkin terpaksa melaung kan slogan yg sama 's4s'.
ini semua angkara kepimpinan pusat yg tidak keruan kerna ds najib tlh hilang focus n lebih berminat utk mengekal kan kuasa.
beliau tlh mengadakan rumah terbuka d pekan baru2 ini. d laporkan rombongan2 drpd kl n trengganu tlh bersama sama mengambil bahagian. yg pelik nya tiada langsung laporan mengenai kehadiran Tun Rahah; johari; nizam; nazim n nazir .
adakah mereka2 ini enggan hadir atas sebab2 tertentu?
saya masih ingat lagi semasa menuntut d university d mana d kalangan rakan2, kami selalu menggunakan ungkapan 'sasamikin' yg membawa makna 'cakap tak serupa bikin'
ungkapan ini lah pd pendpt saya amat sesuai d anugerah kpd Najib - SASAMIKIN.
Jahanam lah Fixed Deposit Jibo. Aku tak kisah, kalau Najib tak undur atau di ganti dek UMNO, bior le telungkup UMNO/BN di PRU14, asalkan Najib tak jadi PM lagi.
Padam"yg pelik nya tiada langsung laporan mengenai kehadiran Tun Rahah; johari; nizam; nazim n nazir" -
PadamAda pernah dengor orang kata Tun Rahah sendiri ada kata Najib tak boleh jadi PM. Dia tahu anak nya. Watak .... tak usah cerita panjang le, majoriti dah org tau.
Untuk jadi pemimpin negara perkara ditakdirkan bukanya takdir hak ibubapa ADA faham tak .
Padammenjadi pemimpin perkara takdirkan.
Tak guna kalau tun m Cuba jatuhkanya selagi Allah menolong peminpin ITU ADA faham tak.
Korang yang sokong bugis membabi buta....akan menyesal seumur hidup. Korang tengok nanti belum pru bugis dah cabut lari.
BalasPadamBugis dah kosong....hotel dan sykt red granite dan semua hartanah yg dikata bawa untung dah diambil alih. Akaun dah beku. Kalau ada pun cash usd yg bugis sempat nyorok. Itu untuk dia pakai. Tak sanggup dia nak guna duit tu beli pengundi2.
Korang kena kencing sambil tanggung dosa subahat. Double troubles.
Yg aku kesalkan ia lah kalau Bugis Lanun tak undur atau di gantikan, ramai pengundi tak akan undi UMNO/BN. Tapi apa nak buat, karam, karam lah kapal layar, selagi di nakhoda dek Bugis Lanun.
PadamOik, cuti ke Jing Jibo hari nih? Dah mampossss ke? Kalau dah, tolong kasi tau ye?
BalasPadamBelum bangun tido. Penat kau kiah oii. Semalam ikut rombongan pi PEKAN. Rumah terbuka kau. Satu Malaysia datang tau kiah! . 70'k datang kiah oooii.
PadamHa tengok tu, kata cai jibo. Tak ada pun nama pm. Yg buat taik tu, semuanya lembaga pengarah. Memang lembaga pengarah yg bodoh tak boleh diharap, layak jadi kambing hitam jer. Lembaga penasihat tak disebut pun terutama tang pengerusi. Semuanya yg buat taik lembaga pengarah. Tapi polis pun takut nak ambil tindakan siasatan kat lembaga kerana tangan pengarah tu serupa ada taik jibo.
BalasPadamBukan Lembaga Pengarah tak ambik tindakan. Ada masa nya Pengerusi letak jawatan sebab pengurusan 1MDB tak ikut arahan.
PadamDalam keadaan biasa, pengurusan tak akan berani buat atau tak buat apa apa hingga langgar arahan Lembaga Pengarah. Pengurusan buat apa yang Jibo arahkan dia, kalau Lembaga Pengarah arah berlainan pun, apa dia peduli. Jibo yg boss.
Ada dalam rekod Hansard di PAC Hearing.
Mengarut sesiapa mengata takda nama pm konon nya pm tak salah.
Internatioal audit firm pun angkat kaki. Bukan 1 tapi 3. Siapa nak jawab tu.
BalasPadamApa pendapat anda ,Sprm sepatut panggil anak tun m di mahkamah, apa pendapat anda Kenapa dia berpura2 berhenti sapuran kencana,APA kah dia takut Di siasat ,yg pelik nya tiba2 tahun 2015 dia kuasai 90% saham tersebut kembalik ke jawatan balik selepas dia buang dari CEO , APA akan rasuah sedang dia buat dalam syarikat. Kami minta sprm siasat nya pelakon ITU Anak tun m ITU
Padamsila mohd azren
Apa yv difaham kan mohzani tidak bersetuju dgn pentadbiran dan pengurusan sapura kencana. Mungkin beliau nampak penyelewengan sebab itu beliau menjual pegangan saham nya. Sebab itu sekarang ada yg didakwa. Awal lagi angkat kaki, bukan tunggu sampai mati.
PadamBERITA BAIK!!!
BalasPadamNama saya Kezia Arjuna, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman supaya berhati-hati, kerana terdapat penipuan di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran pendahuluan, tetapi mereka adalah Idle orang, kerana mereka akan meminta pembayaran yuran lesen dan yuran pemindahan, jadi berhati-hati dengan Syarikat Pinjaman yang palsu.
Beberapa bulan yang lalu saya terkejut dari segi kewangan dan terdesak, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan kawan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat handal bernama Puan Kathleen, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp. 900,000,000 (900 juta) dalam masa kurang daripada 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dan kadar faedah hanya 2%.
Saya sangat terkejut apabila saya memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya gunakan telah dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah-lengah.
Kerana saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik, jadi orang boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi ibu yang baik melalui e-mel sebenar: kathleenloancompany1@gmail.com dan WhatsApp Only: {+12093480782}. Dengan rahmat Tuhan, dia tidak akan pernah mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda mematuhi perintahnya.
Anda juga boleh menghubungi saya di email saya: keziaarjuna@gmail.com dan Bulan yang memperkenalkan dan memberitahu saya mengenai Puan Kathleen, dia juga mendapat pinjaman baru dari Cik Kathleen. Sekarang apa yang saya akan lakukan adalah cuba untuk memenuhi bayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.
Satu perkataan cukup untuk orang bijak.