Sabtu, 27 Jun 2009

Manik Urai...Kubur PAS Sedang Di Gali Oleh Nik Aziz...


Nik Aziz nampaknya semakin galak, semakin terdesak demi nak mengekalkan kerusi DUN Manik Urai, pelbagai kenyataan beliau yang selama ini begitu bertentangan dengan agama ditambah lagi dengan tuduhan terbaru yang menyamakan UMNO dengan komunis dan Kerajaan Langit yang sesat Ayah Pin. Itu lah nik aziz yang dianggap ulama dan tok guru dikalangan ahli-ahli PAS.

Malam semalam di Manjor, Nik Amar mengingatkan penyokong PAS agar jangan terpengaruh dengan janji pembangunan yang dibawa oleh UMNO, Pembangunan diakui penting tapi kata nya yang utama ialah agama. PAS meletakkan agama sebagai asas perjuangannya kata nik amar.

Pemimpin PAS nampaknya terus menggunakan modal 'asas' mereka untuk berpolitik, agama merupakan komoditi yang penting dalam merelevankan perjuangan hipokrit PAS. Maka berduyun lah pemimpin PAS hari ini turun di Manik Urai untuk menambah kusut dan mengelirukan pengundi agar mereka terus 'tenggelam' dalam pelukan PAS ini.

Namun sebenarnya pemimpin PAS tahu bahawa modal memperalatkan agama ini sudah semakin tidak laku, pengundi Manik Urai sudah semakin jelas bahawa mainan agama yang sempit yang didondangkan oleh PAS sudah basi dan tertolak. Pengundi tahu bahawa PAS bukan parti yang memperjuangkan agama tetapi hanya menjadikan agama sebagai alat untuk berkuasa. PAS bukan agama, PAS bukan jaminan syurga, PAS bukan maksum malah banyak fitnah dan tuduhan liar yang dibuat oleh pemimpinnya menyebabkan ahli, orang ramai dan pengundi Manik Urai menghindarkan diri dari menanggung dosa 'kering'.

Bagi PAS perjuangan agama memang menjadi keutamaan, contohnya...
Hari ini, hudud tidak dilagukan lagi, kisas sudah ditolak ketepi, slogan membangun bersama Islam telah bertukar kepada kearah negara berkebajikan. Isu kafir sudah basi, isu makan sembelihan orang UMNO disimpan, Isu sembahyang 2 Imam hanya laku di ulu-ulu sahaja, malah persaudaraan erat yang dijalinkan bersama-sama setan DAP dan PKR telah menyebabkan sebahagian besar Ahli Parlimen PAS togel kepala apabila bersama-sama mereka.

Bagi PAS perjuangan agama memang menjadi keutamaan, kerana...
Apabila Fadhil Noor pergi mengadap ilahi maka hilang lah isu lelong Putrajaya yang dianggap membazir, Bakar chik tertinggal bacaan fatihah dalam mengimamkan sembahyang jumaat di Terengganu semasa PAS memerintah dulu dikira sah, apabila bunyamin menuduh bekas PM menonton video lucah bersama cucu disambut dengan takbir.

Bagi PAS perjuangan agama apabila menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundinya... berkawan dengan setan, tuhan mencarut dan banyak lagi yang cukup menjelaskan betapa pemimpin PAS berani, sanggup dan tergamak memperalatkan agama.

Tapi akhir ini dilihat bahawa kesedaran pengundi terutama orang-orang Islam akan betapa rosak nya pemimpin-pemimpin PAS sudah semakin terserlah, malah mereka melihat sokongan yang datang dari orang bukan Islam kepada PAS hanya sandiwara politik membuktikan bahawa sebenarnya pemimpin PAS begitu mementingkan kuasa dan rela agama nya dipijak dan diperlekehkan oleh orang lain. Apa nak heran? itu memang jenis pemimpin PAS...

Apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS terutama nik aziz di kelantan selama ini sebenarnya jauh dari seruan agama yang mengajak manusia kepada kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Malah hingga ke hari ini PAS sendiri masih belum dapat menyatakan dengan jelas akan konsep negara Islam yang mereka ingin bangunkan dan sebenarnya PAS selesa, disudut hati menerima dan bersetuju dengan konsep negara Islam yang diamalkan oleh UMNO selama ini...

Tapi pasal kuasa politik terpaksa lah nafikan, hilang kuasa politik hilang pengaruh, hilang pengaruh maka hilang lah kekayaan, hilang kekayaan bermakna takde duit dan harta... jadi duit lah yang diperjuangkan... orang lain cari duit jugak tapi tak payah jual agama!!!

Lu fikir la sendiri!!!

21 ulasan:

  1. Cakap je perjuangan asal PAS untuk agama... bila dah perintah lain pula jadinya. Di Perak Nizar keparat sendiri dah cakap begini:

    "Dimanakah dalam mana-mana transkrip2 PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan Negara Islam? saya mintak pandangandan mintak jawapan. Dimanakah dalam transkrip PAS dalam memorandum ke, dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS nak melaksanakan Negara Islam?"

    Apa maksudnya tu??? Senang saja, depan orang kampung yang boleh pemimpin PAS perbodohkan, kata la nak laksanakan tegakkan Islam, nak laksanakan hudud, bina negara Islam. Tapi depan orang bukan Islam, kasi spin skit, macam yang Nizar keparat tu katakan.

    Sebab apa pula???? Senang juga jawapannya, penyokong PAS ni banyak yang bertaraf LEMBU, ikut saja apa yang pemimpin mereka kata, jangan dipersoalkan, kata kami adalah betul. Kata orang lain selain pemimpin PAS semuanya fitnah belaka. Jangan dengar, tutup mata, tutup telinga, tutup juga hati untuk terima kebenaran.

    Kenapa jadi begitu???? Sebab PAS - Parti Angguk Saja. Dan penyokong2nya adalah LEMBU....

    BalasPadam
  2. Ni ada sekor kera, tak tahu perlembagaan, nak bercakap plk tentang 'tentang negara Islam' banggang ke apa? tak tahu beruk mana yang beranak dia ni. Kalau kita bercakap dengan haiwan macam ni, buat berbuih mulut je, bukan faham pun. so jawapannya hang dengan PM, umno dan sekutu dengannya semuanya keturunan beruk.

    Cakap banyak pun tak guna, HAHAHAHAHAHAHA...

    BalasPadam
  3. 'HUDUD MANIA' menghina hukum Allah, moga saudara cepat bertaubat, sebab telah menghina Hukum Allah,yang telah tertulis dalam Al-Quran, moga Tuhan akan ampun dosa saudara.

    Saya nasihatkan agar saudara buang perkataan itu.
    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  4. Anon..kami tidak pernah menghina hudud..Cuma kami pelik bila PAS nak melaksanakannya.. Cakap memang mudah..Dah berapa lama PAS memerintah Kelantan tak jugak dilaksanakan hudud..Sejak baik dengan kafir laknat dari DAP, tuan guru Nik Aziz nampak dah jadi macam lembu ditarik hidung..Apa cerita??Cakap memang murah dan mudah nak buat belum tentu lagi..Agaknya Lim Kit Siang, Karpal Singh dan yang lain lain tu boleh ke sedekahkan fatihah kpeada arwah arwah dari PAS berbanding dengan orang orang UMNO yang amat dibenci PAS. Masa Ustaz fadhil noor meninggal dulu pun orang orang UMNO tetap sedekahkah fatihah masa sidang parlimen..Boleh ke DAP buat benda yang sama..Sampaikah doa Nga dan Ngeh pada doa?Tenang dan waraslah Melayu!!!!

    BalasPadam
  5. Anon 12:15...

    Memang betul ada sekor berok, rupanya saudara perasan juga ye. Tapi apa boleh buat, berok sanjungan saudara tu suka terpekik terlolong kat DUN Perak, kat Dewan Rakyat pun perangai sama. Terhegeh-hegeh macam berok maknyeh. Berok makyeh tu la yang kecut telor depan berok DAP yang lain. Takut kena sumpahan "over my berok's dead body".

    Apa kena mengena dengan perlembagaan negara? TDM dah isytiharkan negara ni Negara Islam, DAP marah pun TDM tak kecut telor macam berok sanjungan saudara tu. Rileks je....

    Jadi buat anon12:15, balik la ke kandang asal saudara, jangan nak buat bising dekat sini. Dan lagi satu, tak payah la guna nama anon tu, sama macam perangai berok maknyeh je --> DASAR PENGECUT.....

    BalasPadam
  6. Anon 12:54...

    'Hudud mania' tak mempunyai apa-apa maksud pun, sebagai kiasan pun tak ada. Tapi kenapa PAS takut sangat nak cerita untuk laksanakan hudud di depan pemimpin DAP??? Cakap depan penyokong2 LEMBU bukan main lagi berapi2. Bila Kepala Singh sergah sikit je, terus bertukar nada pula??? Ada kena-mengena dengan dasar pengecut ke????

    BalasPadam
  7. Boss,

    Tolong highlight skit cerita gua tentang Nik Aziz, Umno dan Ayah Pin

    http://marahku.blogspot.com/2009/06/perutusan-penting-kerajaan-langit-ayah.html

    BalasPadam
  8. kami pelik kenapa UMNO tak mahu jalankan hudud, mana lagi bodoh lembu ke UMNO?? kalau pas takut nak bincang hudud dengan DAP, wahai beruk-beruk umno, UMNO takde batu terus nak bincang hudud dengan MCA,MIC..nama je parti nak jaga Melayu dan islam, tapi hudud pun tolak.. wahai beruk-beruk UMNO aku cabar kamu, laksanakan HUKUM ALLAH SEGERA kalu dah kamu yakin kamu itu kuat sangat. Kalau PAS tak BOLEH BUAT biar UMNO buat..apa macam ada berani ka???

    BalasPadam
  9. KALAU UMNO TAK BOLEH LAKSANAKAN HUKUM HUDUD UMNO SAMA SAHAJA DENGAN AYAH PIN DAN AYAPANG. DASAR PARTI KOMUNIS MELAYU.

    BalasPadam
  10. salam rantong,
    akan dilawat,
    terima kasih

    BalasPadam
  11. salam shonzu,
    setuju dan penulis sentiasa melihat secara rapat dengan lembu-lembu PAS ni
    terima kasih

    BalasPadam
  12. salam anon1,
    tak payah la bagi tau satu alam yang anon keturunan beruk, dari penulisan anon boleh penulis sifatkan yang anon nampaknya tak berapa bahagia dengan title beruk tu...mungkin boleh tukar lotong..amacam?
    terima kasih

    BalasPadam
  13. salam anon2,
    penulis tak pernah mempermainkan hudud, yang jelas mempermainkan hudud malah menjual agama ialah PAS, jadi elok sangat kalau anon gi nasihat pemimpin-pemimpin PAS.
    terima kasih

    BalasPadam
  14. salam jebatberokok & shonzu,
    terima kasih atas pandangan yang bernas melambangkan sihat akal dan mental serta jiwa yang luhur bersih...tak macam kawan anon tu...kesian!
    terima kasih

    BalasPadam
  15. salam sdr shamsul yunos,
    Insyallah boss
    terima kasih

    BalasPadam
  16. salam anon 3, 4,
    nampaknya anon ni betul-betul kuda belang PAS yang taksub duduk dalam serban nik aziz,
    cuba anon tengok, kemana draf hudud yang haji hadi buat untuk negeri Kelantan yang sehingga kini masih lagi nik aziz tak laksana?
    Kenapa haji hadi tak laksana hudud yang dia draf apabila dia merintah terengganu tahun 1999?
    kenapa isu hudud tidak pulak dimasukkan di dalam manifesto PAS pada PRU yang lalu?
    Kenapa isu hudud tidak lagi dilaungkan oleh penipu-penipu PAS untuk menarik sokongan kuda belang sekelian?
    Apakah hudud sudah tidak lagi perlu dalam perjuangan sonsang PAS?
    apakah hudud sudah basi dalam perjuangan sesat PAS?
    Apakah hudud tidak lagi menjadi isu kerana nik aziz nak berpelok dan manari bersama-sama kit siang dan karpal singh?
    anon hanya kuda belang yang akan terus dibohongi dan ditipu kerana anon tergolong didalam manusia yang rela dan redha untuk terus dibohongi....sedarlah!!!
    terima kasih

    BalasPadam
  17. salam penulis,
    Alhamdulillah kerana aku menjadi kuda belang kepada PAS, daripada menjadi barua kepada UMNO yang cukup hujahnya dan dalilnya menolak dan mempersendakan Ajaran Nabi akhir Zaman. Dan aku bersyukur duduk dibawah serban TGNA daripada duduk bawah songkok ulamak UMNO yang hipokrit menhadhari islam. Hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan di kelantan kerana struktur pembahagian kuasa persekutuan dan negeri. Hukum hudud terkandung dalamnya hukum-hukum sivil yang sudah tentu tidak dapat dilaksanakan negeri, kerna pengubalan hukum sivil hanya dapat digubal diperingkat persekutuan. Negeri hanya layak untuk mengubal undang-undang tempatan sahaja, Jika Kerajaan Persekutuan (BN) bagi kuasa mengubal undang-undang sivil dan pemerintahan sepenuhnya kepada pemerintahan negeri, sudah lama Kelantan menjalankan HUkum hudud. Walaupon dihalang peringkat persekutuan tapi PAS kelantan tetap mendidik rakyat kelantan dengan mengadakan Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan setiap tahun. Itu usaha PAS, tapi menjadi persoalan sekarang dimana usaha-usaha umno untuk mendaulatkan Hukum hudud??? Dimana UMNO dalam isu hukum hudud??? pernahkan UMNO menyebut HUDUD dalam dasar politik umno??? jika PAS sibuk berhudud, UMNO sibuk mencemuh Hudud bawaan PAS, Kami mahu lihat UMNO parti Melayu dan ISLAM pula memperjuangkan HUKUM ALLAH. Apa alasan UMNO menolak HUKUM HUDUD bawaan PAS?? Jika benar Parti UMNO parti mendaulatkan islam sila perjuangkan HUKUM ALLAH jika UMNO lihat PAS tidak Berjaya. Aku sebagai kuda belang PAS mencabar kepimpinan UMNO dan Kamu wahai sang penulis sila perjuangkan HUDUDULLAH kerana kamu islam dan kamu berkuasa memerintah.

    BalasPadam
  18. salam anon 5,
    kadang-kadang kalau dah lama sangat duduk dalam serban..gini lah fikirannya... anon meneruskan hobi memfitnah dulu, kini dan selamanya, semoga berubah lah hendaknya.
    UMNO tak pernah menghina hudud, malah UMNO menjunjung agama dengan penuh kemuliaan, yang mempermainkan hudud ialah PAS, yang mempolitik kan hudud ialah PAS, PAS tahu bahawa lanskap politik negara serta komposisi kaum menjadi penghalang kepada pelaksanaan hudud.
    Tapi PAS tahu bahawa PAS tidak akan memerintah negara maka dimainkan isu hudud, PAS tahu bahawa negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal akta yang memungkin kan pelaksanaan hudud dapat dilaksana maka PAS mempermainkan hudud. PAS cukup mahir untuk memperkuda hudud dan agama kerana PAS sendiri gagal dan tidak mampu untuk melaksanakan hudud...yang jelas PAS menghina hukum Allah demi kelangsungan politik sesat, sempit dan bohong.
    Persoalan yang lebih utama ialah apakah hukum takzir yang digunapakai di dalam negara tidak memberikan keadilan?
    Apakah anon gagal atau memang tertutup beku dan jumud untuk mengakui bahawa sama ada hudud, kisas atau takzir ianya merupakan kaedah dalam mencari matlamat sesuatu hukum itu sendiri iaitu KEADILAN?
    Selama ini apakah tidak tertegak keadilan?
    Apakah anon dan pemimpin PAS akan terus menghina Islam dengan menafikan kaedah hukum takzir yang bertunjang kepada keadilan ini tidak mengikut Islam?
    Keadilan kepada anon dan puak-puak PAS ialah apabila kemenangan berpihak kepadanya sementara tidak adil apabila kalah dan hilang kuasa... ikut nafsu serakah semata-mata... adil ker? Islam ker?
    bagi penulis PAS sudah membuang isu ini kebelakangan ini kerana semata-mata sedang berkawan dengan setan dan iblis bagi memenuhi tuntutan nafsu politik rakus diterajui oleh ulama dalam semak anon...
    sedarlah...kalau boleh!
    terima kasih

    BalasPadam
  19. Hahaha anon, anon yang pengecut.

    Sejak PAS memerintah Kelantan dari 1990, baru nak sambut Hari Hududullah kali pertama tahun lepas???
    Kenapa tak buat dari tahun ia diluluskan iaitu tahun 1993?
    Adakah sebab PR dah menang 5 negeri baru nak adakan Hari Hududullah?
    Tapi kenapa disambut di Kelantan je?

    Tahun ni nak buat bulan Ogos juga ke? dimana pulak????

    Saya cadangkan buat la sambutan tu kat Penang dan yang merasmikan Hari Hududullah Negeri P. Pinang oleh Khalifah Lim Guan Eng.....

    BalasPadam
  20. Oh ye anon yang pengecut....

    Kalau la PAS memerintah Malaysia (mungkin dalam mimpi kut!!), hudud tu wajib ke atas orang Islam dan bukan Islam ke???? atau wajib ke atas Islam saje????

    BalasPadam
  21. salam shonzu,
    PAS mimpi di siang hari dan akan terus bermimpi,sdr lihat lah bagaimana cara berfikir kuda-kuda belang PAS yang taksub ini dan penulis bersetuju dengan sdr bahawa PAS akan terus menggunakan agama dengan melaung-laungkannya mengikut masa, tempat dan keadaan, dan yang lebih penting isu agama hanya akan diletakkan didepan apabila menguntungkan politik sempit mereka...itu lah PAS dulu kini dan selamanya akan terus menjual agama..insaf lah..
    terima kasih sdr shonzu

    BalasPadam