Jumaat, 12 Jun 2009

Manik Urai....Langkah Pertama PAS Tutup Kedai


PRK Manik Urai yang akan berlangsung bulan depan benar-benar akan menguji sejauh mana kemampuan parti PAS untuk terus bernafas di dalam lumpur atau berkubur tanpa nesan. Melihat kepada senario yang menggejala parti itu mutakhir ini jelas kebimbangan yang akan membawa kepada keruntuhan parti itu seakan tidak dapat dielakkan.

Pertentangan antara 2 singa diatas satu bukit jelas menyebabkan riak perpecahan didalam parti itu semakin ketara. Kedua-dua pihak iaitu puak Presiden dan Murshidul Am saling tuduh menuduh, tempelak menempelak dan yang lebih buruk lagi sering berbalas serangan dengan gelaran dan makian yang tidak pernah terjadi didalam sejarah parti yang dikatakan lebih islam, lebih warak dan lebih ukhwah.

Kalau menyokong Kerajaan Perpaduan dikatakan boneka kepada UMNO tentunya bagi yang menentang gagasan Presiden parti itu bolehlah di kelaskan sebagai boneka Anwar dan DAP. Sikap menentang pemimpin yang di anggap ulama dalam semak selama ini berlaku secara terang-terangan tanpa segan dan silu.

PAS telah berpecah kepada golongan yang menyokong ulama dalam semak serta golongan pro Sheikh Anwar Al Juburi yang jelas tidak berpuas hati dengan kekalahan kuda padi tambatan nya didalam muktamar parti itu baru-baru ini. JK pengurusan pemilihan diserang dan didakwa berat sebelah...adat orang kalah...tak heran lah, itu kan cara Anwar berpolitik, semua yang dilihat tidak berpihak kepadanya semuanya salah dan tidak adil...jangan didepan tuhan nanti pun nak salah kan tuhan kerana menghukum dirinya atas perbuatan tangan mereka sendiri...

Pengundi di Manik Urai tentunya dapat melihat dan menimbang akan semua yang berlaku didalam parti itu, selepas ramai kepimpinan tertinggi negeri itu di tolak oleh perwakilan PAS seluruh negara hingga lah kewujudan 2 kelompok besar yang sedang menambah senak dan nazak akan perkembangan dan kemajuan parti yang menjadi kerajaan PAS di negeri Kelantan sejak 5 penggal yang lalu.

Kuasa dan aura tok guru nik aziz dilihat semakin malap dan gelap, malah usaha untuk menafikan wewenang kuasa yang nik aziz miliki selama ini juga giat dijalankan dengan membunuh masa depan politik anaknya terlebih dahulu. Kewujudan 3 kelompok didalam PAS seperti mana yang diucapkan oleh seorang sahabat akan turut menyumbang kepada kejatuhan, keruntuhan dan kebinasaan PAS. Mereka ialah golongan yang bodoh tak boleh diajar, bodoh tapi cuba mengajar dan cerdik tapi kurang ajar ini sedang membiak dan menjadi anai-anai perosak yang merosak PAS dari dalam...

Tentunya akan ada dua kem dalam kempen PAS nanti dan faktor calon akan menentukan sejauh mana kem yang tidak terpilih sebagai calon akan memboikot dan mensabotaj PRK ini nanti, Disamping itu kedengaran juga penyokong-penyokong PKR yang ingin membalas dendam terhadap usaha penyokong PAS yang memboikot tidak mengundi di Penanti tempohari.

Bagitu lah yang berlaku didalam PAS kini. Yang jelas pengundi-pengundi di Manik Urai tidak sabar-sabar untuk menunjukkan satu petanda jelas kepada dunia bahawa mereka sudah serik, mereka tidak akan merelakan terus diperdaya dan mereka akan buktikan bahawa Manik Urai merupakan langkah pertama PAS untuk 'tutup kedai' sebelum menutup kilangnya....Insyaallah.

Mari Adik Kakok...Pakat Pangkah BN!
Hidup UMNO!

2 ulasan:

  1. PM,
    Kalau inilah analisisnya, maka Umno akan tumbang sekali lagi dalam PRK, sebab terlebih teruja. Benda terlebih teruja ni memang dah jadi asam garam umno/bn, sebab dia tahu mereka semua akan kalah.

    Maka tidak hairanlah, jika pelik bagi orang-orang atau juak2 umno melihat perselisihan pendapat dalam Pas, sebabnya dia orang semuanya jenis YES MAN, kalau presiden Umno suruh makan tahi pun dia orang akan makan. Jadinya bertambah hairanlah puak2 ini bila ada pertembungan pendapat dalam Pas. Itu dikatakan Demokrasi, bukannya DEMO yang Kasi seperti dalam Umno.

    Sebagai sebuah parti yang cukup matang, kita bukan mcm budah hingus untuk menilai sesuatu perkara, mcm umno, kasi gula-gula hangus pun dia orang sapu, dah boleh sokong BABI yang BUTA. itu sikap puak2 dalam umno. Dalam Pas lain kalau benda itu tidak boleh, tidak kira siapa dia, kita mesti perbetulkan hatta di Presiden sekali pun dia juga perlu ditegur.

    Hingga ke hari ini umno masih terhegeh2 nak berunding dgn Pas, memang muka tak malu.Sebabya diorang tahu, masa untuk umno dah sampai. Kita yakin PRU13 nanti umno akan terbus bungkus dan dicampakkan ke laut. Saiful baru umno sama saja dengan PM ni, semuanya baru.. hahahah

    BalasPadam
  2. salam anon,
    bukan soal keterujaan yang dibangkitkan disini tapi ianya kesan dari riak perpecahan dalaman pas yang semakin teruk sehingga sanggup memaki hamun ulama yang mereka sanjung selama ini, kesedaran tinggi yang dapat dilihat dari pengundi-pengundi manik urai terutama pengundi muda yang merasa perlu bagi mereka untuk mengundi BN kali ini.
    apapun kita masih lagi dalam perjuangan so sama-sama lah kita usahakan kemenangan masing-masing, tlg doakan kejayaan BN
    salam

    BalasPadam