Rabu, 10 Jun 2009

MCA....cukup lah...


MCA! cukup-cukup lah menjolok sarang tebuan... cukuplah dengan semangat ke'bangsa'an yang semakin menebal yang semakin menyakitkan hati. MCA yang sudah 100% peratus bertukar adab dan budaya dalam mendepani isu yang menyentuh kepentingan melayu, bumiputera dan islam.

Betulkan dulu masaalah dalaman parti kamu! Tarik sokongan pengundi cina tapi bukan dengan cara biadap dan kurang ajar!!!

Walaupun PAS yang mencadangkan kuota 30% perlu dipastikan berjaya dalam muktamarnya adakah itu tidak mewakili kepentingan melayu dan bumiputera dalam UMNO? Walaupun PAS yang mengusulkan pengharaman SIS adakah ianya tidak menyentuh agama yang sama ahli UMNO anuti? Walaupun PAS yang memukul gendang 'Kerajaan Perpaduan' adakah itu tidak melibatkan perpaduan dan kesatuan bangsa melayu yang ada dalam UMNO?

Kalau DAP secara jelas dan terang menolak negara Islam PAS selama ini, apakah MCA gagal untuk mengiktiraf akan penafsiran perlembagaan negara yang menyatakan dengan jelas bahawa AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI PERSEKUTUAN yang menjadi asas kepada perjuangan UMNO selama ini?

Dalam mempastikan hak dan kebebasan beragama terjamin seperti mana diamalkan selama ini, adakah MCA membutakan mata dengan menafikan bahawa wang negara 'HALAL' untuk dibelanjakan bagi tujuan meningkatkan syiar Islam? Jadi apa yang fobia sangat dengan kewujudan negara islam sedangkan anda bahagia dan berjaya didalamnya? Apakah yang anda ingin nafikan apabila ungkapan ketuanan melayu begitu menyesakkan dada sedangkan hakikatnya telah jelas begitu?

Apabila DAP mempopularkan buku versi mereka berkenaan 13 Mei kenapa surat khabar MCA, The Star begitu teruja mempromosikannya? Apabila bangsa melayu bercakap tentang sejarah yang perlu difahami kenapa Presiden anda sebok untuk mewujudkan kumpulan pemikir bagi memberi tafsiran baru akan sejarah kedatangan bangsa cina ke tanah bertuah ini? Masih tidak cukup lagi kah anda apabila kerajaan memberikan kuota pemberian biasiswa 50% mengikut merit yang membawa makna bahawa lebih ramai anak-anak melayu dinafi akan hak untuk mendapatkan biasiswa sedangkan ianya dijamin di dalam perlembagaan?

Tengok The Star! apa yang Star buat dalam membawa pemahaman dan pemikiran yang boleh mewujudkan perpaduan antara kaum. Utusan dibantai dan dilabel sebagai rasis sedangkan anda lah yang mengamalkannya. Mengalu-alukan kepulangan Chin Peng atas nama perikemanusiaan sedangkan apa yang dia lakukan jelas bertentangan dengan unsur kemanusiaan. Betulkan Star!!!

Betulkan parti anda...Selesaikan kemelut yang melanda diantara Presiden dan Timbalan presiden anda yang terus menambah parah keatas kesatuan parti kamu. Tidak perlu mencampuri urusan bangsa melayu yang begitu tolerate terhadap bangsa kamu.

Jangan berlaku biadap dan kurang ajar. hormati hak orang lain terutama hak bangsa melayu yang menjadi tuan kepada tanah air ini agar hak anda juga akan kami hormati....

Sendiri mau ingat!!!

9 ulasan:

  1. Assalamualaiku Putera,

    Dalam hal ini yang salahnya, Orang Melayu juga. Sebab tidak bersatu. Jadi MCA ke, DAP ke MIC ke tentu tunggu kesempatan ini nak Ngap kita.

    Tapi kita tak sedar sedar juga sebab dikalangan kita sendiri pun ramai sangat DALANG pada Kesatuan dan Perpaduan antara kita walaupun ramai yang mengaku amat Alim dan tergolong dalam mereka yang Soleh dan Soleha berlaka.

    WaAllahuAlam.

    BalasPadam
  2. salam tuan melayuangkat...setuju dengan pandangan tuan kerana ada warisan kitol & mandaliar yang begitu dipuja oleh bangsanya dan terus ditunggang oleh mereka yang memang ingin merampas apa jua yang menjadi hak melayu selama ini..
    terima kasih

    BalasPadam
  3. SALAM BRO :-D
    MCA NI KDG2 NAIK TOCANG JUGAK. TP KITA PERATIKAN DULU GERAK GERI MEREKA NI. GERAKAN NI PUN SATU SPESIS KAKI KAYAP!. MKN DALAM! TAK TAU DEK UNTUNG PUNYE PARTI. DH LE RANAPKAN BN KT PENANG LEPAS TU BYK SONGEH MINTAK ITU INI!. BAIK HUMBAN JEK KT LONGKANG KEHKEHKEH

    BalasPadam
  4. salam bro jeffry, kalau ikut tinjauan pendapat dalam blog MCA 70% nak MCA keluar dari BN, rasanya MCA takkan ambik tindakan begitu sebab kerana jarum diluar dah DAP jalankan jadi biarlah MCA menjalankan 'kerja' dari dalam. Pelampau yang cauvinis dalam DAP, MCA & Gerakan memang sentiasa ada dan bergerak senada dan seirama walau baju dan pentasnya ajer yang berbeza...melayu kena ingat..
    terima kasih bro...

    BalasPadam
  5. Gua tengok PM kuat betul perkauman, setiap komen dan tulisan dia berbau perkauman yang busuk. Memang dia ni jiwa perkauman, dan tidak layak tinggal kat negara ini. selayaknya campak saja kat laut India.

    MCA memang pun patut buat umno mcm tu, sebabnya umno dah lemah dan banggang. Semua pemimpinnya sudah gila kuasa, tidak perjuangkan hak rakyat tapi berjuang untuk diri sendiri, dah terantuk baru nak sedar. itulah melayu umno. baru nak insaf. Tidak lama lagi semua komponen Bn akan tinggalkan umno, keseoranganlah umno, kalau ada pun komponen lain semuanya sebasib dengan umno, dah nak masuk lubang kubur....tenggoklah nanti...

    BalasPadam
  6. kini umno akan gunakan isu perkauman untuk dududk semeja dengan Pas. Sebab sekarang ni umno dah tergugat, semua parti bersekutu dah mula tidak yakin dengan melayu umno. maka umno akan gunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan pas. Itu cara umno berpolitik sempit dan sakit. Sama jgk dgn PM ni, yang jadi baru umno, dah mula mainkan isu perkauman untuk menarik perhatian dan simpati. AWAS DENGAN GOLONGAN UMPAMA INI, BOLEH BANGIKITKAN PERPECAHAN KAUM DI NEGARA INI. BOLEH DIKENAKAN ISA NI MAINKAN ISU PERKAUMAN MELAMPAU.

    BalasPadam
  7. salam anon,
    nampaknya sdr yang harus dicampak kelaut..sebab?kerana sdr sendiri gagal memahami bahawa kesemua parti yang tertubuh didalam negara semenjak merdeka semuanya berasas kepada semangat bangsa dan bukannya perkauman tebal.
    dari situ parti ini membentuk permuafakatan didalam BN untuk memperjuangkan semua bangsa tanpa menafikan hak melayu dan bumiputera.
    UMNO tak memainkan sentimen perkauman dan sentiasa menghormati hak orang lain didalam perjuangannya.
    UMNO dan BN agak 'murung' menerima sokongan politik itu jelas tapi tidak bermakna UMNO dan BN telah berada digarisan akhir didalam perjuangan malah ianya merupakan suntikan semangat untuk UMNO dan BN menggorak langkah memenangi hati rakyat dan ini dimulakan di manik urai Insyaallah
    Penulis tak rasa ISA sebagai halangan bagi penulis untuk terus menyuarakan pandangan bagi membela nasib bangsa
    Salam perjuangan!!!

    BalasPadam
  8. Kita Tunggu dan lihat apa akan jadi pada UMNO lepas pilihan raya umum akan datang.wasalam

    BalasPadam
  9. salam ijoks2009,
    terima kasih la sebab nak tengok apa berlaku pada UMNO tapi jangan lupa apa yang bakal kepada PAS dan PR yang semakin berpecah dan hancur mungkin tak payah tunggu lepas PRU 13...
    terima kasih

    BalasPadam