Ahad, 5 Julai 2009

Antara Hj Hadi & Nik Aziz..Siapa Dijangkiti Selsema Babi DAP?


Satu alam tahu betapa bahayanya penyakit selsema babi yang telah menjadi pendemik menyerang dunia kini, jumlah pesakit yang semakin bertambah diseluruh dunia saban hari amat membimbangkan dan yang lebih menakutkan sehingga kini vaksin sebenar bagi mengubat penyakit ini masih belum ditemui dan masih didalam kajian pihak bertanggungjawab.

Puncanya semua tahu..tak lain tak bukan ialah babi...seketika kena panggil H1N1 sebab nak jaga imej babi, babi pun tahu jaga imej apa daa? dalam posting lepas penulis dah mengupas mengenai penyakit ini, penulis hanya ingin mengupas akan kewujudan jiwa-jiwa babi yang semakin galak dan menjadi-jadi dikalangan tokoh-tokoh dan pengikut tegar pakatan rapuh pembangkang.

Namun penyakit ini masih lagi boleh disifatkan selamat kerana hanya menyerang batang tubuh manusia dan tidak menggoncang keimanan seseorang, jauh sekali menyesatkannya malah mungkin ianya akan menambah keimanan dengan insaf dan sedar bahawa manusia sebagai hamba yang lemah tetap bergantung kepada khaliknya dalam apa jua perkara termasuk apabila menerima musibah penyakit ini.

Penulis membuat persoalan kepada tajuk diatas kerana babi merupakan haiwan yang mampu memperoses kuman dan virus baru yang menyerangnya dan ini menjadikan setiap kuman yang menyerang babi berpotensi menjadi virus baru yang lebih berbahaya dan yang sedang melanda sekarang merupakan satu contoh darinya.

Sebagai manusia walau siapa jua tak kira ulama dalam semak, tok guru kelentong atau ustaz yang rajin meniup air didalam botol tetap terdedah kepada segala macam penyakit termasuk penyakit hati yang menjadi punca dan raja kepada segala penyakit dalam diri manusia walau berlindung di sebalik serban sebesar reban ayam sekali pun.

Lebih lagi apabila mereka yang berjawatan didalam parti politik yang disalut dengan slogan Islam namun tindakan dan perkataan mereka jelas bertentang dengan agama yang syumul. Sesuatu penyakit yang meracuni diri dan hatinya disebar dan ditanam di dalam kepala pengikut taksub yang akhirnya mampu merosak akidah dan menolak persaudaraan sesama agama.

Dari fatwa bahawa perjuangan Ibrahim Libya dan pengikutnya ialah syahid, Kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, makan sembelihan dan berimam kan orang UMNO tidak sah, tuhan mencarut, boleh berkawan dengan syaitan, menuduh perjuangan UMNO seperti komunis, menolak perpaduan sesama agama tapi memeluk erat musuh agama yang terang-terang menolak Islam.

Banyak lagi contoh yang semuanya jelas bertentangan dengan ajaran agama yang benar, namun ianya jelas telah menjadi pegangan kepada penyokong dan pendokong ulama tegar mereka hingga gagal untuk menilai yang benar dan yang bathil. Ini yang penulis maksudkan apabila penyakit hati yang ada didalam diri pemimpin mereka telah diproses menjadi virus baru untuk merosakkan jamaah yang lebih besar...apa beza nya dengan babi? sendiri jawab lah..

Semoga mereka ini diberikan taufik dan hidayah Allah untuk kembali kepada ajaran agama sebenar serta insaf bahawa tindakan mereka yang menjual agama ini bukan sahaja menghina agama malah merosak dan menyesatkan. Namun sebagai hamba Allah kita tahu bahawa taufik dan hidayah hanya datang atas kehendak Allah, kalau ditakdirkan tidak mendapat taufik hidayahnya maka tetap tidak akan mendapatkannya walau seluruh isi bumi ini mendoakannya.

Sedarlah...

18 ulasan:

  1. Yang bawa, yang mengidap selsema babi ialah UMNO dan BN kah..kah...kah...

    BalasPadam
  2. salam anon1,
    nampaknya anon hanya tahu membuat kenyataan namun langsug tidak mempunyai hujah apatah lagi bertanggungjawab dengan kenyataan yang dibuat, ini lah contoh penjilat tegar nik aziz dan PAS yang beranggapan melihat muka nik aziz yang sesat itu pahala, keluar lah dari ketaksuban yang membabi buta yang akhirnya mencampakkan diri anon kearah kebinasaan,
    sekarang pon dah nampak binasa...
    terima kasih ajer la..

    BalasPadam
  3. NAK HUJAH DAN BUKTI UMNO BABI DAN BERUK BACA NI!

    Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi. Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan. Setiausahanya Safrie Abdullah.

    berkata, kejadian tersebut berlaku selepas pertikaman lidah antara kira-kira 40 ahli dan penyokong Pemuda Umno dengan kumpulan seangkatannya dalam DAP dan PAS.


    Tambahnya, insiden ketegangan ini terjadi setelah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu. “Dua kali sebelum ini, hanya Pemuda DAP yang datang berkempen, tetapi kali ini mereka ajak sama Pemuda PAS,” kata Safrie, yang tidak hadir di situ kerana turut bertugas di DUN Manek Urai yang menghadapi pilihanraya kecil, Isnin ini. “Mereka bukan ahli Suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk melancarkan kempen tersebut. Saya juga dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran dari pengerusi jawatankuasa taman dan persatuan penjaja.


    "(Lagipun,) Pemuda Umno memberitahu mereka, kawasan ini untuk pasar malam dan bukannya untuk melancarkan kempen menambahkan keahlian parti." Sementara Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Katil, Jailani Khamis berkata beliau “tidak tahu” pihak mana yang memecahkan meja tersebut tetapi dimaklumkan ia memang dirosakkan. Beliau juga menafikan memaki-hamun kepada pemimpin Pemuda PAS tetapi mengakui berbuat demikian kepada pemimpin Pemuda DAP. “Saya beritahu pemimpin DAP, ini kawasan pasar malam mengapa buat ceramah politik dan berkempen menambah ahli menggunakan logo suruhanjaya pilihanraya (SPR),” kata Jailani ketika dihubungi Malaysiakini.


    Beliau juga menafikan ahli-ahli Pemuda Umno memaki-hamun polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah seperti didakwa Ketua Penerangan PAS negeri Sofi Wahab hari ini. Mengulas kecederaan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong seperti didakwa PAS Melaka, Jailani berkata, ia berlaku kerana wakil rakyat berkenaan menyorok bawah meja kerana ketakutan ketika kekecohan itu berlaku. Wakil rakyat DAP itu terluka akibat terkena batu di bawah meja itu, kata Jailani. Mencerita lebih lanjut insiden tersebut, Jailani berkata, pada mulanya Pemuda Umno telah mengarahkan Pemuda PAS dan DAP supaya tidak meneruskan kempen tersebut - yang bermula sejak petang.


    Bagaimanapun, menurutnya, mereka enggan meninggalkan tempat itu dan membuat provokasi dan lantaran itu tercetuslah pertikaman lidah antara dua kumpulan tersebut. “Tetapi ahli Pemuda DAP marah kepada Pemuda Umno, lalu kita mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mereka (DAP) pula marah kepada kita. Kita pun marah mereka pula,” katanya. Dihubungi dari Kelantan, Safrie berkata, beliau menerima pesanan melalui SMS daripada ahli Pemuda Umno yang berada di tempat kejadian sebelum Maghrib tentang kempen pendaftaran DAP dan PAS di situ. Beliau kemudiannya meminta ahli pergerakan itu ke tempat berkenaan untuk memantau keadaan tetapi jangan mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.


    Menurutnya lagi, pemergian ahli Pemuda Umno itu bukan untuk bergaduh tetapi mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa “penyokong Pemuda Umno lebih ramai daripada mereka”. "Saya beritahu kepada ahli-ahli Pemuda Umno supaya menghubungi pihak polis jika mereka memulakan kekacauan," katanya. Akibat insiden ini, pemimpin-pemimpin DAP dan PAS membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno.

    BalasPadam
  4. saudara PM,
    Apa yang saudara banggakan sangat dengan hujah mencarut dan merapu saudara tu. Mcm ni beruk kat Melaka pun boleh buat. Adakah perlu saya kemukakan hujah bila menulis dengan orang mcm saudara hahahaha, kencing dlm tempung jantan dan suluh muka tu dulu, handsome ke tak. Kalau muka tu handsome macam babi ok, saya setuju bro....

    BalasPadam
  5. NI 1 KERJA BERUK KAT PERAK!!! RASANYA BERUK KAT HUTAN LAGI PANDAI UNDANG2 TP UMNO DAN BN NI MEMANG JAHIL TUKIR....

    Setelah gagal menangani bantahan rakyat Perak terhadap rampasan kuasa di negeri itu, Menteri Besar Zambry kadir dari UMNO kini menggunakan taktik baru meraih sokongan orang ramai.

    Beliau cuba pula untuk mengumpan kerjasama Pakatan Rakyat dengan menawarkan adun mereka pelbagai jawatan namun usaha itu gagal.

    Zambry melantik 4 adun daripada gagasan pakatan itu sebagai ahli jawatankuasa kerajaan negeri Perak bersabit urusan Dewan Undangan Negeri.

    Namun pemimpin UMNO itu sekali lagi membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri dalam menawarkan jawatan itu kepada empat adun berkenaan.

    "Pakatan Rakyat Menyoalkan Secara Rasmi tentang lantikan itu dibuat tidak sah ,dan tidak sebarang asas undang-undang . Lantikan ini juga secara paksaan dan tidak sebarang setuju dari adun-adun keempat-empatnya." Kata Nga Kor Ming.

    Zambry melantik Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim bin Abdullah dari PAS ditawarkan sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Negeri Perak. Manakala Adun Pokok Asam, Yee Sue Kai dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang , Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Tiow pula diberi jawatan Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri Perak serta Adun Changkat Jong, Haji Mohd Anuar Sudin dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak.

    Keempat-empat mereka menolak perlantikan itu kerana tidak ada sebarang usul bersabit perkara berkenaan dibentangkan pada sidang DUN 7 Mei lalu.

    Malah sidang itu dipergunakan oleh UMNO untuk mengarahkan polis bertindak secara kekerasan untuk menyingkir speaker V.Sivakumar bagi membolehkan Zambry melantik calon sendiri untuk menggantikan Sivakumar.

    Usaha terbaru Zambry membeli sokongan daripada adun Pakatan Rakyat hanya mencerminkan keadaan terdesak UMNO- BN Perak dalam berdepan dengan bantahan lantang rakyat yang mahu DUN dibubarkan supaya pilihanraya negeri diadakan semula.

    BalasPadam
  6. INI KERJA BERUK KAT MELAKA...........

    Larangan keatas pegawai dan kakitangan kerajaan Melaka untuk melawat Kelantan pada tahun 2000 telahpun di tarik balik atas arahan Ketua Menteri Melaka itu sendiri. Itupun kerana beliau tepaksa juga pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu kerana berkempen untuk dirinya sebagai calon Timbalan Presiden UMNO.

    Arahan itu menunjukan sifat 'kebencian'nya yang mendalam pada kerajaan Kelantan pada suatu ketika dahulu. Tetapi sejak akhir-akhir ini Ketua Menteri Melaka itu seperti terkena sumpahan rakyat Kelantan bilamana budaya masyarakat di sana diimport atau dibawa berhijrah ke negeri Hang Tuah itu.

    Kali ini Datuk Ali mencetuskan idea baru yang tidak terfikir oleh pegawai2nya iaitu dengan a mengimport beberapa ekor beruk dari Kelantan. Tarikan terbaru di negeri Melaka ialah

    aksi beruk memetik buah kelapa sambil para pelancong berkunjung ke Taman Buah-buahan Tropikal di Sungai Udang.
    Aksi beruk yang tidak asing lagi di negeri Pantai Timur itu rupanya sudah mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka sejak sekian lama sebagai tarikan pelancong ke negeri itu. Buat permulaan kerajaan negeri telah membawa lima ekor berok bersama dengan jurulatihnya sekali yang akan menjaga dan menyelia beruk2 tersebut.

    Selepas beruk, mungkin beberapa lagi budaya masyarakat Kelantan akan dibawa masuk oleh Datuk Ali bagi menggalakan lebih ramai pelancong ke negeri ini selain daripada lambakan kedai2 masakan citarasa kelantan yang telah sedia ada di negeri ini sejak sekian lama.

    BalasPadam
  7. salam putera merdeka,
    entry kali ni mmg bagus ngn idea yang baik,
    saye sbg anak mude mmg suke ngn karya kritis..

    sbg seorang pejuang UMNO,saye ingin tahu stand putera merdeka dlm pelbagai isu,sbg contoh isu negara kita dikaitkan dengan nuklear korea utara oleh akhbar korea selatan,dan edaran rumah putih yang sangat berbeza dgn berita utusan malaysia..

    kenapa dlm dunia yang serba canggih ini,utusan masih menjadi media sebegitu.sbg anak muda,mmg saya tidak membeli suratkhabar kecuali TheStar untuk kemahiran berbahasa..

    atau pada pandngan saudara yang arif,perlu rakyat ditipu utk elak dr huru hara.?

    BalasPadam
  8. salam anon2,
    maf la lambat mengulas 'hujah bernas' anon kerana sebagai ahli UMNO yang sentiasa mendahului rakyat maka tentunya penulis ada komitmen lain semalam, bukan mengadap komputer 24 jam dengan mencaci mencerca serta memberitahu satu dunia yang anon spesis beruk,
    tak payah gitu..
    baik lah dalam isu pemuda melaka, bagi penuls siapa jua tidak berhak menggunakan kekerasan dalam menangani sesuatu perkara termasuk pemuda UMNO, namun mungkin atas provokasi yang melampau dari DAP dan PAS telah menyebabkan mereka bertindak begitu, itu pun belum dibuktikan lagi yang pemuda telah melakukannya. Ini kerana DAP dan PAS juga boleh memecahkan meja tersebut dan menuduh pemuda melakukannya, kan itu kerja PAS dan DAP.
    Apapun penulis tidak bersetuju dengan sebarang tindakan fizikal.
    terima kasih

    BalasPadam
  9. salam anon 3,
    penulis melihat seakan ada masaalah jiwa dari diri anon apabila gemar berhujah yang menampakkan taraf pendidikan anon, seperti biasa penulis ingatkan bahawa anon tak perlu memukul canang satu dunia untuk membuktikan diri anon sbenar seperti mana yang anon coretkan...
    sebagai tambahan kepada isu pemuda melaka, isu memaki polis dan anggota majlis bandaraya telah dinafikan oleh pemuda UMNO melaka.
    Namun isu ini sebenarnya boleh terjadi kepada siapa tanpa melihat parti apa yang diperjuangkannya. Malah ianya bermula sejak tahun 1998 lagi dicetuskan oleh kuda-kuda belang taksub PKR, DAP dan PAS, ianya jauh lebih teruk apabila merusuh dan mengadakan demostrasi jalanan setiap minggu yang menimbulkan keganasan, kekacauan dan menimbulkan ketakutan rakyat terbanyak. Apa yang dilakukan oleh pemuda melaka terlalu sedikit dengan apa yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang. Serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan isu ini.
    Namun apa yang lebih berbahaya ialah kewujudan puak ekstrimis yang kononya sebagai pejuang agama seperti yang dibawa oleh PAS, memperalat agama tetapi jelas bertentangan dengan amalan agama yang suci, ini lebih bahaya kerana ia mampu menggugat keimanan dan keyakinan umat Islam itu sendiri. Tapi jenis anon ni sedar ke yang anon sedang hanyut dibawa arus ganas politik sempit san sesat PAS. Penulis percaya anon juga ada poster wajah nik aziz dirumah untuk menambah pahala setiap kali menatapnya setelah melakukan dosa dengan tindakan menghina agama. kan itu pendapat orang seperti anon yang bertaraf imam di Manik Urai, dan ianya tidak pulak disanggah oleh nik aziz yang anon letakkan sebagai ulama, tok guru dll lagi kata2 dan pujian2 yang mendewa-dewa kannya.
    rosak dan sesat lah kalau begitu...
    terima kasih

    BalasPadam
  10. salam anon 4,
    tak sangka pulak babi handsome dan kalau itu nilai tampan bagi anon...penulis serahkan taraf handsome itu kepada anon kerana anon lah yang paling layak mengunggulinya..tahniah!
    Membaca hujah anon berkenaan perlantikan tersebut jelas menampakkan kecetekkan ilmu anon didalam isu ini, ditambah lagi dengan pembohongan yang datang bertubi-tubi yang dipasakkan ke otak anon maka anon akan terus jauh dari kebenaran.
    Sebagai Kerajaan Negeri Perak yang SAH dengan majoriti ahli Dewan menyokong BN maka Kerajaan negeri BN yang SAH ini berhak untuk menubuhkan J/K yang menyelaras Dewan serta J/K yang menilai akan perbelanjaan kerajaan Negeri secara telus maka penubuhan PAC adalah satu keperluan...
    Komposisi ahli nya mestiah terdiri dari ADUN negeri Perak yang disertai sama oleh pihak kerajaan BN yang sah dan pihak pembangkang yang terus melukut di tepi gantang.
    Perlantikan keanggotaan ini mestilah di cadangkan oleh anggota pentadbiran ( EXCO ) dan akan di sahkan oleh Dewan apabila bersidang akan datang.
    Apa masaalahnya? yang tak reti merintah macam ngor, ngeh, siva dan nizar memang lah tidak akan menamakan anggota BN dalam J/K itu ketika mereka memerintah dulu, tapi sekarang kerajaan negeri diperintah oleh BN maka dasar terbuka dan berani BN dulu, kini dan selamanya tetap diteruskan...apa yang pelik?
    Melayu macam anon ialah jenis melayu yang menyokong penderhaka dan petualang bangsa dan negara seperti nizar, ngor, ngeh dan siva akan terpatri didalam sejarah, lagipun anon hanya mengikut sejarah pengkhianat-pengkhianat terdahulu... apa yang pelik?
    terima kasih

    BalasPadam
  11. salam anon 5,
    soal kerajaan negeri melaka nak memboikot kelantan itu urusan mereka dan yang jelas ali rustam tidak memboikot negeri kelantan, beliau hanya mengarahkan urusan kerajaan negeri tidak melibatkan urusan kerajaan negeri kelantan, kira G to G la, itu pun anon tak paham...
    tapi masa bertukar, fikiran manusia pun berubah maka tok ali dah menarik balik arahan itu...baguslah.. malah beliau telah mengiktiraf beruk-beruk kelantan aper dengan mengimportnya untuk beraksi di melaka.
    tengok betapa baikya kerajaan BN, bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat kelantan yang berhijrah kerana tidak mempunyai peluang kerja dek kerana nik aziz lemah, malas, tak cerdik merintah dan hanya tahu berpolitik malah beruk pun terpaksa berhijrah untuk hidup yang lebih baik...apa punya nik aziz..akai ada kaa?
    terima kasih

    BalasPadam
  12. salam sahabat anak posmen chemor,
    terima kasih kerana singgah ke laman penulis, maaf lah kerana memedihkan hati dan perasaa sdr, namun penulis menulis demi menegakkan kebenaran insyaallah...
    Isu nuklear ini digembar gemburkan oleh yahudi yang melihat malaysia sebagai negara Islam yang berjaya dalam mengurus ekonomi dan rakyatnya dengan baik.
    Malaysia masih lagi diperingkat perancangan untuk mewujudkan sumber tenaga nuklear bagi kegunaan penjanaan sumber tenaga-elektrik. Ini kerana penggunaan kuasa nuklear lebih murah dan berkesan dalam menampung permintaan yang semakin meningkat selain sumber penjanaan seperti arang batu dan gas yang semakin berkurang dan menelan kos yang tinggi.
    Ini semua dibuat dan difikirkan demi rakyat supaya rakyat tidak dibebankan dengan kos takrif elektrik yang tinggi...dari rakyat-untuk rakyat-demi rakyat bro!
    Kekhuatiran puak-puak negara maju yang tentunya didominasi oleh US yang tentunya ditunjang oleh yahudi bahawa negara akan menjadi negara pembangun senjata nuklear dan mengadakan hubungan dengan korea utara dan seumpamanya hanya merupakan tindakan terbaru mereka untuk melemah dan mensabotaj pembangunan negara. Mereka yang berlagak sebagai polis dunia akan terus membuli negara yang tidak sehaluan dan tunduk kepada desakan demi menjaga kepentingan mereka. Itu yang tejadi kepada Iraq sehingga hari ini satu alam tahu bahawa tiada satu pun weapon mess of distruction yang dijumpai selain minyak, gas dan saluran paip gas demi tembolok bush dan sekutu. Begitu jugalah dengan definasi negara paksi keganasan yang mereka dakwa..helah bro!
    jangan taksub sangat dengan Star bro kerana cauvinis cina tebal dan sentiasa menimbulkan polimik yang memualkan... Utusan hanya menjalankan tanggungjawabnya demi agama, bangsa dan negara dari dulu, kini dan selamanya Insyaallah..asal jangan terlalu mengampu sesetengah pemimpin sudah ler..hehe
    terima kasih

    BalasPadam
  13. terime kasih putera merdeka,
    sbnarnya sorg kwn sy bekerja di dlm utusan sbg wartawan sambilan,dan sememangnya berita mereka di tapis untuk menjalankan tanggungjawab baru mereka,baca : menjaga kepentingan peribadi mana-mana pemimpin..akhbar harakah juga begitu,menapis kenyataan dr.zulkifli sedangkan mengaku demokrasi :p

    untuk isu nuklear tu,mungkin saudara perasan ini merupakan kali ke2 negara kita dibabitkan dgn sesuatu yang bersifat terror,selain penglibatan scomi tidak lama dulu..

    negara kita seharusnya memekakkan mata utk maju dlm tenaga nuklear spt iran,kerana dgn cara tidak begitu mengampu Amerika,insya Allah kita akan mendapat bantuan Allah..

    terima kasih sekali lagi atas pandangan saudara =)

    BalasPadam
  14. PM,
    dia ni tak tahu membezakan antara fakta dan khayalan. Apa yang dia tulis semuanya khyalan, kerana dia seorang taksub giler dengan umno. Walaupun umno sendiri mengaku samseng dan dilapurkan oleh akhbar mereka sendiri, masih nak nafikan. Itulah PM kita yang hatinya sudah gelap gelita, lebih hitam dari arang batu kat congo.

    Sebab itulah gua kata mamat ni tak boleh guna fakta, kita main hentam jelah, mcm kita hemtam beruk2 kat kebun kita. hati dia sudah mati, bersama2 MJ hahahahah

    BalasPadam
  15. NI SEEKOR BABI HUTAN TERLEPAS DARI HUTAN KAT SELANGOR..SAMA SAJA NI DENGAN PM.

    Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

    ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

    "Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut," kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi tadi.

    Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

    Berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Mohd Khir, 44, dan isterinya Zahrah Kechik, 44, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

    Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas - yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni - didakwa Ng sebagai kawan Dr Mohd Khir.

    Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

    "Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.

    Ng juga mendakwa, rumah Dr Mohd Khir itu jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.

    Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.

    Dr Mohd Khir seorang doktor gigi sebelum meningkat dalam hirarki Umno dan menjadi menteri besar pada 2001 ketika berusia 33 tahun.

    BalasPadam
  16. salam sdr anak posmen chemor,
    dimana pun pekerjaan yang dilakukan tidak lari dari bertanggungjawab, sama ada kepada diri, tuan punya (pemegang saham) dan public, begitu juga la akhbar, lebih lagi akhbar seperti utusan yang sebarannya amat luas diseluruh negara, berita yang berintegriti tetap akan mendapat tempat dihati pembaca...
    Yahudi melalui US akan terus membuli negara-negara kecil, mundur terutama negara Islam bagi meneruskan agenda jahat mereka.
    Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara membangun dan negara Islam terutamanya mestilah diperlihatkan dengan memperkuatkan kesatuan sesama mereka...namun dalam OIC sendiri masih belum terlihat akan kesatuan hati dan ketetapan bersama terutama apabila mendepani isu-isu yang melibatkan kepentingan yahudi dan US...bila nak selesai bro!
    Terima kasih bro kerana sudi berkongsi pandangan walaupun terkadang sdr dan penulis dipentas yang berbeza, yang jelas ada persamaan sekiranya kita ingin mengakuinya...
    terima kasih sdr..

    BalasPadam
  17. salam anon 6,
    penulis tidak pernah membenarkan apa yang dilakukan oleh pemuda melaka JIKA mereka benar-benar melakukan keganasan, malah peulis ulangi agar pihak berwajib dapat menyiasat dan mengambil tindakan keatas mana-mana pihak yang jelas melanggar peraturan dan undang-undang negara...anon yang tak paham atau sngaja untuk tidak memahami hujah yang penulis sebutkan dalam komen balas diatas...baca semula dan faham kan pelahan-lahan...mudah2an anon faham!
    cuma dalam berdepan dengan anon yang tak faham penulis tak payah menggunkan cara anon yang menyerang yang bukan sahaja menampakkan kecetekkan akal anon dalam memahami sesuatu perkara malah cuba melarikan persoalan dengan cara yang tidak bermaruah!
    terima kasih

    BalasPadam
  18. salam anon 7,
    Ini lah jenis anon yang jelas tidak mendapatkan berita dari kedua2 pihak, agama pun dah berpesan jika ada berita datang dari orang yang fasikh kaji dan selidiki lah dahulu.
    ADUN Sekinchan tu fasikh, menuduh tanpa bukti, membuat fitnah dengan andaian semata-mata.
    Anon sendiri terus menerima dan menyebarkan berita fitnah ini...balik kepada agama anon..jangan hanya tahu takbir tapi gagal memahami akan kebesaran lafaz tersebut!
    Kenapa anon tidak menyiarkan jawapan dari Dr Khir yang menafikan tuduhan itu?
    Kenapa anon tidak menyebut bahawa Dr Khir membeli rumah itu dengan harga 3.5 + 500k dengan loan di HSBC selama 30 tahun?
    Kenapa anon lebih percaya dan yakin malah menyebarkan berita yang dibawa oleh fasikh yang jelas kafir dari orang yang seagama dengan anon?
    Apakah bagi anon politik adalah segala-gala seperti pemimpin PAS yang lain yang menafikan akan tuntutan beragama dan tanggungjawab sesama agama?
    Apakah anon begitu sakit hati, dengki dan cuba mengkhianati akan kemampuan dan kebolehan orang yang seagama dengan anon? kalau gitu rosak sangat lah penyakit hati anon ni...
    pegilah berubat...selagi sempat!
    terima kasih

    BalasPadam