Sabtu, 18 Julai 2009

PRK MU...1 Manifestasi Kesatuan Melayu!


Dalam sistem demokrasi 1 undi mengatasi tetap dikira menang begitu jugalah sebaliknya. Walaupun bermacam post morterm yang dibuat di kedua pihak, sama ada UMNO/BN hendak memanjangkan perkara ini ke mahkamah diatas keraguan-keraguan yang timbul atau PAS yang sehingga kini masih menuding jari sesama sendiri atas aib yang menimpa parti.

Bagi Nik Aziz sakit seluruh kepala dan badan masih belum kebah. Nik Aziz yang seakan di 'tomoi' hanya menjawab karung duit bagi memberikan alasan walhal pedih dan malu yang ditanggung serta marah yang menyelubungi jiwa dan raga tetap terus membara...apa punya PAS! tak abis-abis kasi orang tua ni sakit...kalau mati siapa susah? huhu..

Dalam posting yang lepas, penulis telah menyatakan kenapa nik aziz termenung? hari ini jelas yang nik aziz bukan sahaja termenung malah fobia melihat karung guni hingga melihat karung guni beras dan kentang pun dia fobia. Sikap takbur bongkaknya telah memakan dirinya, Strategi PAS yang mendewa-dewa kan beliau juga nampaknya sudah tidak laku, tak heran poster nik aziz pun banyak yang dibuang setelah selesai PRK MU tempoh hari, agaknya dah tak de pahala lagi kot...

Sikap sombong PAS Kelantan yang menolak bantuan ahli-ahli dari negeri lain juga nampaknya menjadi bahan 'kekek' kan ahli-ahli PAS di seluruh negara. Malah ada yang merasa puas kerana dapat mengajar PAS Kelantan yang taksub menjilat Anu-war dan memeluk erat DAP sedangkan menolak persaudaraan sesama agama. Wan A Rahim dan A Fatah sehingga kini terpaksa menjilat semula air ludahnya setiap kali bertemu dengan ahli dimana jua kerana angkuh menyatakan PAS akan menang mudah dan PAS mendapat majoriti 2000 undi.

Husam dalam menerima kemaluan besar ini hanya mampu untuk bermain politik agar jambatan yang dijanjikan BN dapat ditunaikan. Walhal BN telah lama membangunkan negara ini tanpa memerlukan ingatan dari sesiapa terutama dari husam yang berlagak sebagai pemimpin besar negeri tapi tidak tahu bagaimana untuk memaju dan membangunkan negeri. Mungkin ada keuntungan kepada husam didalam isu ini...kerana 65 undi ini juga menunjukkan bahawa nik aziz sudah mula ditolak pengundi dan rakyat, tentunya lebih mudah bagi husam untuk menambah 'kelajuan' tolakan kepada MB kelantan ini.

Lebih memihak kepada UMNO/BN tempoh hari adalah kesedaran pengundi akan peri penting nya kemajuan dan pembangunan yang mereka dahagakan selama ini. kesedaran pengundi muda dan pengundi luar untuk membela nasib keluarga dan saudara mara jelas mereka tunaikan. Nampak jelas mereka tidak mengkhianati kampung halaman dan penduduk seperti yang penulis harapkan dalam posting yang lepas...terima kasih & tahniah!

Tahniah juga kepada TS Muhyiddin, Tok Pa dan barisan kepimpinan UMNO/BN serta jentera yang bertungkus lumus, sesungguhnya rakyat nampak apa yang anda lakukan! Janji yang telah dikata wajarlah di kota, walaupun UMNO/BN masih belum berjaya secara total, namun sebenarnya Pengundi Manik Urai telah menyahut seruan perubahan yang dibawa oleh pemimpin pusat, Tuan Aziz teruskan lah servis kepada rakyat, Insyaalah Tuan berjaya.

Apa yang lebih penting ialah pengundi Manik Urai telah menerima mesej perpaduan melayu seperti mana yang diharapkan. Pengundi Manik Urai telah membuktikan bahawa kuasa melayu ini perlu kekal dan untuk mengekalkannya mestilah melalui perpaduan. Caranya? caranya dengan menolak parti yang dibawa oleh orang tua bernama nik aziz yang bukan sahaja GAGAL setelah diberikan amanah untuk memerintah negeri selama ini malah menolak persaudaraan seagama dan memeluk erat musuh yang nyata...

Perubahan telah bermula! Ianya telah bermula di Manik Urai!!!

4 ulasan:

  1. Kalau dah kalah tu, kalahlah hahahahahaha
    tak payah nak cerita bnyk.

    SIAPA NAJIS????

    BalasPadam
  2. NAJIS tu tok guru ko la bongok.... Nik Ajis a.k.a. NAJIS suka meraban (bukan aku cakap, ko tanya kat MSO, kawan baik PAS suatu masa dulu....)

    BalasPadam
  3. salam anon1,
    kalah dan menang kan adat dalam bertanding, PAS pun selama ini sejak dari merdeka kan lebih banyak kalah dari menang tapi tetap cakap banyak kan...jadi apa salahnya nak ulas dan cerita!
    mungkin anon yang tak tahan telinga apabila cerita-cerita benar mengenai parti anon dan tok guru anon semakin galak diketahui ramai.
    untuk pengetahuan anon ahli parti anon yang banyak menyalak sekarang ni...so suruh lah nik aziz keluarkan fatwa yang melarang mereka ini bercakap...apa macam?
    terima kasih

    BalasPadam
  4. salam sdr shonzu,
    kuda-kuda belang PAS ni dah semakin meleleh bila pekung dan tembelang tok guru mereka dibuka, itu yang panas tu..anyway thanks bro atas sokongan.
    penulis amat menghargainya..
    terima kasih

    BalasPadam