Isnin, 13 Julai 2009

PRK Manik Urai...Mengundi BN Adalah 1 Kebajikan, Sebaliknya...?


Esok adalah hari penentu bagi pengundi-pengundi di Manik Urai untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Pergi menunaikan tanggung jawab untuk mengundi itu juga merupakan suatu kebajikan jika diniatkan dengan ikhlas kerana Allah bagi menyempurnakan hak untuk memilih seorang calon wakil rakyat yang mampu membawa kebaikan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada seluruh warga demi pembangunan dan kemajuan DUN Manik Urai.

Penulis tidak berhajat nak menghurai panjang lebar cuma nak menyimpulkan tajuk diatas kepada beberapa sebab:

UMNO berjuang menuntut Kemerdekaan bagi membebaskan negara dan rakyat dari belenggu penjajahan sedangkan PAS membelenggu dan menjajah pemikiran ahli agar taksub dan fanatik.

UMNO memerintah negara dengan menggunakan kuasa politik bagi meningkatkan syiar Islam sedangkan PAS memperalat dan memperkudakan agama untuk mendapat kuasa politik.

UMNO sentiasa mempastikan rakyat dan umat mendapat keseimbangan didalam mengejar dunia dan akhirat sedangkan PAS berslogan akhirat semata-mata mengejar dunia.

UMNO membuat dasar bagi mempastikan rakyat mendapat pendidikan agar melahirkan generasi dan umat yang disegani dengan kepakaran yang dimiliki sementara PAS menyempitkan ilmu hanya berkisar kepada ukhrawi yang merelakan rakyat dan umat mundur malah dihina kerana kegagalan membina tamadun bangsa yang hebat.

UMNO mempastikan rakyat sihat dengan bekalan makanan yang cukup dan berkhasiat sedangkan PAS langsung tidak mengusahakannya malah rakyat terpaksa berhijrah untuk mencari makan.

UMNO sentiasa memperuntukkan dana bagi membangunkan dan memakmurkan institusi masjid dan surau sedangkan PAS bukan sahaja tidak membinannya malah memecah belahkan jemaah di dalam masjid dan surau dengan sembahyang dua imam.

UMNO sentiasa meletakkan pembelajaran agama itu penting dan berusaha untuk memajukannya dengan prasarana yang lengkap dan tenaga pengajar yang berpengalaman serta berkelayakkan bukannya menutup pintu SAR dan mempolitikkannya.

UMNO diizinkan Allah untuk menerajui pemerintahan negara selama ini dengan asas perjuangan parti sentiasa dihadapan sedangkan PAS sentiasa gagal malah melacurkan perjuangannya hanya kerana ingin berpolitik dengan berkawan dengan setan-setan yang mereka sendiri namakan.

UMNO Insyaalah akan terus subur dan berkuasa sementara PAS akan hanyut dan tenggelam dengan ketaksuban dan kesesatan yang memperalatkan agama.

Terpulang kepada kebijaksanaan pengundi untuk memilih. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayahnya kepada pengundi di Manik Urai untuk memilih calon yang benar-benar mampu dan bersedia untuk membantu, membela dan benar-benar bekerja demi kesejahteraan rakyat.

Manik Urai perlukan Tuan Aziz kerana beliau datang dari UMNO/BN yang jelas sejarah perjuangannya dan mampu untuk meneruskannya di Manik Urai. Sesuatu yang baharu itu akan binasa dan tentunya jalan-jalan akan rosak, jambatan perlu di selenggara, prasarana perlu dipertingkat, kemudahan perlu disediakan, kehendak semakin memuncak, peluang perlu dibuka dan banyak lagi yang tentunya tidak akan dapat diatasi hanya dengan berceramah dan berceramah...

Bagi lebih 2000 pengundi luar pula jangan lah dikhianati akan nasib dan harapan ibu dan bapa, saudara mara dan keluarga serta penduduk di Manik Urai kerana mereka memerlukan kemajuan dan pembangunan seperti mana yang anda nikmati di luar. Pulang untuk mengundi dengan keinsafan bahawa mereka yang tinggal di Manik Urai wajar dan layak serta berhak untuk mendapat segala kemajuan dan kemodenan yang sama anda miliki di tempat anda bekerja dan tinggal sekarang. Bukannya balik atas ketaksuban yang membuta tuli malah menyebar kerosakkan kepada mereka yang lain pula.

Pulang mengundi dengan niat ikhlas kerana Allah dan menjalankan kewajipan untuk memilih seorang wakil rakyat yang pasti boleh bekerja untuk rakyat dan membangunkan kawasan yang beliau wakili. Itulah tuntutan agama dan menuruti tuntutan agama adalah kerja kebajikan.

Mari Adik Kakok...Pakat Pangkah BN!
Hidup UMNO!

9 ulasan:

  1. MARI ADIK KAKOK PAKAT MAPUS UMNO. LAAAA HIDUP LAGI BERUK SEKOR NI???...INGAT DAH MAMPUSSSS. NAJIS LANGSUNG KECUT TELUR NAK MU. LANGSUNG TAK DATANG TAKUT JUMPA TGNA, DASAR DAYUS.

    BERANI MENJERIT DLM TV JELAH, MCM SIALLLLLL!!!!NI PUN DIA PUNYA PUAK. HAHAHAH

    BalasPadam
  2. ni sekor jenis bangsat UMNO....banggang sungguh, perompak dan penipu rakyat kelantan, dasar kera jahanam!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. salam anon1,
    anon tak perlu emosi untuk memberitahu dunia yang anon beruk dayus kecut telor dan nak mampos..huhu
    berhujahlah dengan berhikmah agar pembaca dapat memberikan penilaian yang lebih baik kerana apa yang anon tulis cukup mudah untuk penulis dan pembaca menilai siapa diri anon yang sebenar..
    terima kasih

    BalasPadam
  4. salam anon2,
    anon po lebih kurang anon 1 diatas dan rasanya apa yang penulis sifatkan diatas samlah seperti anon2 ni.. sepatutnya ungkapan itu boleh lah anon tujukan kepada nik aziz dan pimpinan kerajaan PAS di Kelantan yang telah memerintah selama 19 tahun...apa yang dia orang buat? apa pulak yang mereka dan keluarga mereka dapat?
    anon pun dapat ker?
    terima kasih

    BalasPadam
  5. DS Najib tak yal buang masa nak jupo tok guru yang bodo lagi sombong tu.. Berselindung disebalik serban dan air mata palsu... Allah Maha mengetahui who is Nik Aziz. Satu persatu.. tengokla nanti.. Islam konon..hi geli aku die ni. Pada si anonymous yang tak sedar nak kena jual buka mata sikit apa tok guru buat untuk Kelantan ? cuba jawab soalan aku ni...

    BalasPadam
  6. salam poyosede,
    setuju dan pastinya kuda belang PAS tidak akan dapat menjawab persoalan yang sdr ajukan..kenapa? sebab mereka hanya pengikut taksub yang tidak ssekali dibenarkan untuk mempersoal akan tindak tanduk tok guru hawau mereka...ishh..ishh..shh kesian!
    mereka ada akal ke nak jawab?
    erima kasih sdr

    BalasPadam
  7. OOOOOO BRO

    BABI NEGARA + UMNO KALOH WEEEIIIIII

    PADAM MUKO MUUUU.

    BalasPadam
  8. kaloh hahahahahahahahahahahahah

    BalasPadam
  9. salam anon 3 & 4,
    merujuk kepada keputusan PRK MU jelas bahawa BN tewas ditangan PAS sebanyak 65 undi, babi negara kalah dan padan muka tu penulis tak kenal cuma anon jer yang menulis begitu jadi boleh la penulis simpulkan bahawa itulah diri anon...kesian, termasuk anon nasi tambah yang ke 4 pun sama..huhu
    terima kasih

    BalasPadam