Mari ikuti cerita yg diluahkan sendiri oleh sahabat baik Tuan Guru Nik Aziz sendiri menulis bahawa sejak sekian lama Nik Aziz memang suka bercakap berubah-rubah...
* Penulis Mohd Sayuti Omar dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain.
Lepas Fatah & Cikgu Rahim, Kini Nik Aziz Pula Meraban
SATU masa dulu sekitar tahun 90-an seorang ahli parlimen bergelar ustaz meminta saya memohon maaf kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebabnya, kata bekas wakil rakyat itu kerana saya derhaka kepada Tok Guru. Saya dikatakan derhaka kerana mengkritik dan menegur sikap Tok Guru itu menerusi buku berjudul “Kesan dan Akibat – Pindaan Perlembagaan Kelantan.”
Apa yang saya kritik dalam buku itu ialah mengenai sikap Tok Guru itu yang bercakap berubah-rubah dan tidak konssten, meraban. Saya mengistilahkan sikap itu sebagai berdolak dalih.
Permintaan bekas ahli Parlimen itu dibuat menerusi seorang bekas kawan saya, (bukan orang itu tetapi orang lain).
Saya menjawab kepada orang yang menyampaikan permintaan bekas wakil rakyat berkenaan; Kenapa saya harus memohon maaf, dan bila saya derhaka kepada tok guru? Apakah kritikan kepada orang politik dianggap derhaka? Apakah konotasi derhaka sebenarnya?
Selepas itu saya bersemuka dengan bekas wakil rakyat berkenaan di parlimen. Saya bertanya beliau apakah istilah yang boleh saya pakai terhadap seseorang yang bercakap tidak betul dan merubah-rubah isi kata-katanya? Saya tidak mahu menanyai hukumnya, tetapi bertanya apakah sifat orang berkenaan.
Hari ini cakap begini esok cakap lain pula dan lusa menarik balik apa yang dicakapkan. Kata saya kepada bekas wakil rakyat itu kalau dalam bahasa Inggeris orang yang bercakap tidak tetap dan berubah-rubah dipanggil over laping. Atau dalam bahasa Kelantan dikatakan ‘belawak” (bohong). Manakala dalam bahasa Arabnya disebut munafik.
Orang munafik kalau menurut ustaz-ustaz otodoks di kampung-kampung bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api neraka.
Saya bertanya kepada bekas wakil rakyat, bila Tok Guru Nik Aziz cakap begitu apakah istilah yang tepat untuk dipakai? Perkataan apakah yang tepat untuk dikiaskan? Dia tidak menjawab dan hanya diam saja seolah cuba menafikan yang dia ada mengatakan sesuatu kepada saya.
Dan saya merasakan tuduhan beliau ke atas saya derhaka kepada Tok Guru itu tidak betul.
Tidak menurut sifat-sifat derhaka yang sebenarnya. Ia dibuat kerana rasa taksub dan teruja bekas wakil rakyat itu kepada Tok Guru berkenaan. Menegur sesuatu kesalahan seseorang bukan derhaka tetapi tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan bijaksana.
Moral kisah yang saya cuplikkan itu bagi menunjukkan bahawa perangai Nik Aziz bercakap tidak betul dan berputar-putar itu bukan baru berlaku. Ianya sudah lama diamalkan sebelum ini. Kalau orang mengatakan dia nyanyuk dengan cakap yang tidak istiqamah itu adalah tidak betul. Dia bukan nyanyuk tetapi itu mungkin tektik politiknya. Mungkin strateginya untuk jadi popular.
Mungkin Nik Aziz menerima pakai berbohong itu adalah sebagai strategi politik yang ampuh. Mungkin dia tahu hukumnya mengenai itu. Mungkin juga dia menerima pakai istilah bohong sunat yang diamalkan oleh para pengawal poligami! Ataupun berbohong itu adalah keistimewaan yang Pas berikan kepada orang yang memegang jawatan Mursyidul Am.
Sebab seseorang yang memegang jawatan Mursyidul Am tentulah mereka yang bertaraf ulama, suci, terhindar dari dosa besar dan dosa kecil. Mempunyai moral yang baik, akhlak yang baik dan saksyiah yang tinggi dan luhur. Makanya mereka yang memiliki kecemerlangan itu tidak mungkin mudah untuk ‘berjibah’ dengan dosa-dosa kecil dan dosa besar.
Justeru apabila Nik Aziz berdolak dalih atau berbohong dalam kes membabitkan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ia tidak menghairankan kerana itulah stail Tok Guru itu. Jika diperhatikan apa yang berlaku ke atas Nasharudin jelas Timbalan Presiden Pas itu menjadi mangsa stail politik Nik Aziz yang dibatasi susila Melayu dan Islam!
Hari ini beliau telah menjadikan Nasharudin sebagai bola politiknya. Dia boleh tendang ke mana saja dia suka. Sekejap dia suruh Nasharudin letak jawatan, keluar Pas dan menyertai Umno. Pada masa lain pula dia menafikan apa yang dihemburkan itu dan meminta maaf. Nik Aziz melihat semua itu hanya sebagai satu tektik saja tanpa merasai perasaan orang lain.
Serangan atau tendangan kepada Nasharudin tidak habis-habis. Terbaru dia meminta Nasharudin berkempen di Manik Urai pula. Sebelum ini dia yang melarang Nasharudin daripada hadir ke Manik Urai. Macam-macam alasan digunakan bagi menghalalkan tindakan itu, kononnya untuk mengelakkan Nasharudin dari diboo.
Anihnya perbuatan Nik Aziz itu tidak dicela oleh orang Pas. Kedudunaya sebagai Menteri Besar Kelantan, sebagai Mursyidul Am dan panggil Tok Guru seolah-olah menghalalkan untuk dia melakukan itu semua. Orang Pas jadi ' malu mata ' untuk menegur kesalahan Nik Aziz dan rela membiarkan dia larut dalam kesalahan yang dilakukan.
Apa yang dilakukan ke atas Nasharudin sebenarnya sesuatu yang teruk dan melampau. Ia tidak sepatutnya dilakukan oleh orang berjawatan Mursyidul Am. Kalau perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang terdesak dan gilakan kedudukan, ada kulihanya. Tetapi bila Nik Aziz sendiri turut sama bersikap sebagai orang pendendam ia memberi gambaran nilai saksyiah yang murni sudah tidak ada dalam Pas.
Kalaulah orang seperti Nik Aziz boleh bercakap bohong, bermain politik sesama sendiri, apalah lagi pemimpin lain yang cetek dan kewarakannya boleh dipertikaikan serta menerima bulat-bulat politik sekular, apalah hendak diharapkan kepada mereka untuk membawa kebenaran dan kemurnian dalam Pas.
Cara Nik Aziz layan Nasharudin seolah-olah Nashardin seorang ahli biasa Pas dan langsung tidak menghormati kepada kedudukan Nasharudin sebagai Timbalan Presiden yang dipilih oleh muktamar. Satu masa dia berpegang kepada keputusan muktamar, misalnya mengenai konsensus sokongan kepada Pakatan Rakyat yang dibuat dalam muktamar di Ipoh tetapi dalam masa lain dia sendiri memungkiri keputusan muktamar. Ada sikap double standard di sini.
Justeru itu kalau sekiranya Nasharudin terus merasa ‘ malu mata ’ untuk tidak turun ke Manik Urai walaupun Nik Aziz merayu dan mempelawanya janganlah marahkan kepada Nasharudin. Sebagai orang yang ada perasaan, hati, perut dan pedal Nasharudin juga harus membela dirinya sendiri yang sudah dicarik-carikan itu.
Elok juga kalau Nasharudin tidak duduk satu pentas dengan Nik Aziz di Manik Urai. Saya cukup bimbang kalau Nasharudin duduk sepentas nanti ia akan dieksplotasikan oleh orang tertentu untuk terus memburukkannya. Tidak mustahil kalau kehadiran itu kelak akan dipusing menjadi cerita lain pula kononnya Nasharudin yang menangis-nangis meminta untuk turun ke Manik Urai. Dalam politik apa saja boleh berlaku tidak ada apa yang mustahil. Jadi bagi mengelakan kecelakaan berlaku bertimpa-timpa Nasharudin kena bijak mentafsiran pelawaan itu.
Persoalanya apakah bila tiba-tiba Pas Kelantan teringat kepada Nasharudin menandakan Pas ada masalah di Manik Urai? Biasanya kalau manusia sudah sakit dan terhimpit mulalah dia meraban tidak tentu fasal. Waktu inilah baru dia teringat kepada waris waras yang selama ini dijauhinya. Dasar manusia!
Posted by Harimau-Malaya at Thursday, July 16, 2009