Rabu, 22 Julai 2009

PAS Barua DAP Barua PKR...Berbarua-barua lah jadinya..


Dulu apabila sesebuah parti politik ditubuhkan, ianya mesti lah bertunjang kepada ideologi yang jelas dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara. macam UMNO lah yang ditubuhkan dulu jelas akan tuntutan bersatu untuk menuntut kemerdekaan agar maruah bangsa, agama dan negara dapat dipertahan dulu kini dan selamanya...Itu Keramatnya UMNO!

Kewujudan komponen BN atau Perikatan juga menekankan akan parti yang berteraskan bangsa bagi bersama-sama berkongsi kuasa, hidup bersama, sepakat dan mewujudkan suasana muhibbah dikalangan rakyat dalam negara. Boleh dikatakan senario politik dalam negara bertunjang kepada semangat kebangsaan dan bersatu didalam komponen bagi mencari penyelesaian menang-menang diantara kaum...kenapa ini berlaku? kerana komposisi kaum yang wujud dalam negara tidak akan membenarkan sikap dan tuntutan melampau dari mana-mana bangsa dan sebarang masaalah diselesaikan antara pemimpin didalam komponen. Itu Bijaksananya pemimpin-pemimpin BN!

Malah kalau dilihat akan asas penubuhan PAS dan DAP sendiri jelas bahawa kedua-duanya membawa perjuangan bangsa. Malah PAS lebih ekstrim dengan membawa pendekatan yang kononnya lebih islamik dengan penubuhan negara islam dan hukum hudud sementara DAP bukan sahaja dengan slogan Malaysian Malaysia nya malah dengan cabaran 'langkah mayat dahulu kalau nak menubuhkan negara islam'. Kedua-duanya saling berlawanan, masing-masing menegak benang basah yang amat bertentangan.

PKR pula ditubuhkan kerana hendak menyelamatkan Anu-war yang mata lebam kerana tuduhan meliwat...itu jer. Sebab tu PKR dah tak laku pada PRU 2004 kerana parti yang tidak mempunyai arah tuju perjuangan hanya ditubuh atas sentimen dan isu semasa yang akhirnya tenggelam ditelan masa. Ianya hanya bangkit selepas bekas banduan Anu-war keluar dari penjara dan mula menyuntik semangat dan nafas baru dengan membawa slogan keadilan untuk semua. Maknanya asas perjuangan untuk rakyat cuma semangat kebangsaan dinafikan... tak heran ramai melayu tak sedar diri dan melayu derhaka hidup dalam PKR...

Tapi kini, parti pembangkang dah semakin pudar arah perjuangan parti masing-masing, sebab tu bila penulis bertanya kepada seorang kawan yang menganut ajaran parti PAS tentang hala tuju PAS kini dia pun tak boleh nak menjawab. Apa sahaja yang diharamkan dahulu sekarang dah halal, Ada pemimpin tinggi yang berbisik kepada ahli PAS dalam pertemuan tertutup menyatakan bahawa ini semua adalah politik...jadi hukum dan fatwa pun pakat ikut selera politik la... yang bingung kuda belang dibawah yang diperas untuk menyumbang derma demi jihad yang jahat, siang malam pagi petang menyampaikan risalah karut tok-tok guru selama ini, tapi akhirnya dikhianati akan usaha kuda-kuda belang ini atas nama POLITIK... itu PAS!

Hari Ini PAS dah menjilat DAP, malah mempertahankan perlakuan sumbang berbogel pemimpin DAP hanya kerana politik, Dalam dakapan mesra dengan DAP isu hudud adalah politik, isu membangun bersama ulama adalah politik, kewujudan negara islam adalah politik...Itu PAS!

DAP pula sememangnya sebuah parti cauvinis yang jelas anti kepada hak dan keistimewaan melayu, DAP yang memang kurang ajar dan biadap kepada raja-raja melayu. Parti rasis dulu, kini dan selamanya akan terus menerus mempertikai perlembagaan. Itu sebab DAP tidak pernah mendapat tempat dihati rakyat sejak ianya ditubuhkan. Yang jelas menentang asas penubuhan PAS...tapi PAS wokey.. sebab? politik...PAS jadi barua DAP pun tak per...

DAP tahu bahawa untuk memerintah seorang diri mustahil. Itu sebab bila adanya pengkhianat bangsa, petualang negara bernama Anu-war Al Juburi maka ianya merupakan peluang untuk DAP mengerjakan orang melayu yang selama ini dinaungi oleh UMNO memerintah negara. Secara sedarnya DAP tahu dan mengakui bahawa negara ini adalah negara melayu dan hanya melayu sahaja yang boleh menjadi tunjang kepada kekuasaan negara. Namun seperti orang mengantuk yang disorong kan bantal apabila adanya bangsat-bangsat bangsa yang rela menggadaikan maruah diri, keluarga dan bangsanya demi survival politik diri maka DAP 'hidup' dan 'subur' ditengah-tengah ular berbisa ini.. demi politik! DAP jadi barua PKR pun apa ada hal!

Ini lah budaya politik pembangkang yang sedang membelit sebahagian rakyat dalam negara. Budaya politik tunggang menunggang, kuda menguda, jilat menjilat demi survival politik sempit dan kabur. Tiada perjuangan sama sekali. Politik hanya untuk mendapat kuasa, kuasa hanya akan dibahagi sesama mereka sedangkan kuda belang mereka tetap hidup ditakuk lama.

Rakyat dan Negara sedang diperlihatkan bagaimana budaya politik lacuran ini bersenggama di 5 buah negeri. Budaya pemerintahan secara pelacuran ini tak kan bertahan lama. Berpeluk cium hanya kepada perkara yang dilihat menguntungkan mereka sedangkan bagi maslahat yang lebih besar mereka ketepikan. Menyelesai masaalah rakyat jauh sekali. membangunkan negeri jauh panggang dari api. Rakyat disogok dengan andaian dan persepsi. Kebenaran jangan dipeduli yang penting agenda peribadi...

PAS, DAP & PKR barua membarua membawa bencana,
Menipu rakyat tak kekal lama,
Akhirnya kebenaran akan menjelma,
UMNO dan BN itulah pilihan semua!!!


Hidup UMNO!

12 ulasan:

  1. LU MAT UMNO BABI BN HAHAHAHAH

    BalasPadam
  2. ishhh ishhhh...bc dlu la statement tu btul2
    trus2 maki je..
    mmmg spesis mnusia yg dah gelap hatiny..

    UMNO dulu,kini & selamanya...

    BalasPadam
  3. salam anon1,
    berhujahlah dengan akal yang dianugerahkan, setidaknya junjunglah adab dan budaya, paling kurang pun sedar akan tamadun manusia, tapi kalau tak de tu semua jelas lah yang anon spesis kera..
    apa nak heran..
    terima kasih

    BalasPadam
  4. salam anon2,
    penulis tak jelas anon maksud kan siapa yang patut baca dulu sama ada penulis atau anon 1, kalau anon 1, terima kasih dari penulis
    terima kasih

    BalasPadam
  5. salam...

    sori cr bhn nak merapu...
    hehehe best la ko... lg best klau dpt blasah org yg main2kn islam... jom sokong isA...

    BalasPadam
  6. salam sdr zulmin
    siapa jua yang mempermainkan Islam aka ditentang, ISA merupakan instrumen ampoh selama ini dalam menentukan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara terus subur.
    Sokong ISA dulu,kini & selamaya..
    terima kasih sdr,

    BalasPadam
  7. Baik jadi baruah bangsa sendiri, daripada jadi pengkhianat bangsa melayu sendiri. Demi Allah PKR, DAP tak ubah seperti komunis... Pengkhianat bangsa... (daripada bekas org kuat PKR) Luu pikirlah sendiri wahai bangsa ku!!!!

    BalasPadam
  8. Nyesal jugak dulu saya pangkah PKR. Lepas ni sumpah saya takkan pilih PKR laknattullah lagi.. PKR makin ngarut. Nampak gaya macam parti keling jee.

    BalasPadam
  9. Kenapa Anwar tak jawab sumpah liwat. Kenapa dong deng don deng lagi?.. Kenapa time UMNO dulu semua UMNO buat kira halal? tapi skarang sebaliknya.. something wrong with DSAI..sedarlah wahai kaum melayu yang extreme yang menyokong PKR.

    BalasPadam
  10. salam anon0513,
    Alhamdulilah kerana tuan telah diberikan taufik dan hidayah Allah untuk kembali ke pangkal jalan, UMNO tidak pernah menolak malah mengalu-alukan siapa jua untuk bersama-sama berjuang demi bangsa, agama dan negara
    terima aksih anon

    BalasPadam
  11. salam anon0525,
    Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu, maka cara dan bagaimana sesuatu ilmu dan penngajaran itu diberikan kepada seseorang terpulang kepada hikmah yang hendak diberi oleh nya, mungkin dengan cara itu seseorang akan lebih insaf dan serik dengan keterlanjuran yang dilakukan dahulu, apa yang penting ialah keinsafan yang membawa kepada perubahan diri untuk terus berada didalam landasan kebenaran dan berjuang bagi mempertahankannya...InsyaAllah berjaya
    terima kasih anon

    BalasPadam
  12. salam anon0128,
    Anwar tahu bahawa sumpah laknat yang dibuat oleh saiful adalah benar, tentunya untuk bersumpah laknat terhadapa dirinya juga adalah sesuatu yang benar yang ditakuti akan membawa mudarat dan kebinasaan kepada dirinya, itu sebab beliau mengelak untuk melakukannya, berani kerana benar! tapi takut kerana SALAH la!
    simple la, tapi anon sebutkan bahawa puak xtreem ni ada dimana-mana, mereka yang gelap mata hati da perasaan ini akan terus mewarnai politik negara dan kekal didalam lipatan sejarah yang mereka tergolong didlaam manusia yang terpedaya dengan tipu helah dan sandiwara anwar aljuburi...kesian
    terima kasih bro

    BalasPadam