Jumaat, 31 Julai 2009

Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya.... Biarkan!


UMNO perlu berani! Pemimpin UMNO perlu punya maruah diri! UMNO selama ini menjadi payung kepada bangsa Melayu, wadah perjuangan bangsa, Parti yang menyatukan seluruh umat melayu dalam negara, UMNO yang menjadi tunjang kekuasaan dalam pentadbiran negara selama ini tetap dari dulu, kini dan selamanya membela Bangsa, Agama dan Negara!

UMNO tak perlukan orang lain, jauh sekali memerlukan persetujuan seorang tua nyanyok, rosak dan sesat yang konon bergelar ulama dalam semak, didewa sebagai tok guru, namun gerak, perkataan dan perbuatan lagsung bercanggah dengan tuntutan agama Islam yang syumul.

Lupakan Nik Aziz! Siapa nik aziz hingga UMNO dilihat begitu terikat dan terikut dengan rentaknya! Nik Aziz yang jelas mengidap sawan Anu-war aljub yang tidak sesekali akan melihat akan perpaduan melayu itu satu kewajipan, perpaduan melayu yang selama ini menjadi asas kepada kuasa melayu kekal berkuasa bukan lagi lagu yang merdu untuk dendangan nik aziz dan anu-war aljub.

UMNO seharunya lebih fokus kepada perpaduan didalam UMNO itu sendiri dan selepas itu barulah melihat kepada sokongan kepada mereka yang tidak berparti. UMNO juga boleh menganjurkan semangat ukhwah dan kesatuan bangsa ini sesama ahli-ahli parti PAS dan PKR yang ramai lagi masih rasional apabila memperkatakan isu kesatuan umat melayu demi survival politik dan kuasa melayu dalam negara.

Tapi mereka ini tidak mahu dijadikan isu oleh UMNO untuk kepentingan politik sesetengah pemimpin. Mereka ini mungkin berbeza dalam ranting perjuangan politik tapi sekepala dalam asas perpaduan bangsa. Mereka tidak mahukan momokan dan sebarang fiesta dalam perjumpaan. Itu sebab UMNO perlu mengenal pasti sasaran serta bijak memilih pemimpin mana yang wajar diberikan tugas dan amanah untuk mendampingi golongan ini. Yang jelas bukan nya pemimpin yang duduk di mainstream kekuasaan.

Dalam mendepani kerenah penghapusan ISA, sebenarnya bukan semua anggota pembangkang yang bersetuju dengannya. Itu sebab pemimpin UMNO perlu peka dan menyusuri isu ini terutama di kawasan masing-masing. Yang panas hanya dibeberapa tempat terutama nya di Kuala Lumpur sedangkan dikebanyakkan tempat isu penghapusan ISA ini jelas tidak mendapat sambutan. Tetapi ianya dimainkan dengan begitu hebat di media-media arus perdana dan media alternative maka dilihat seolah-olah isu ini menjadi isu nasional sedangkan hakikatnya TIDAK!

UMNO dan Pemimpin seharusnya jangan terperangkap dengan dakyah dan cywar yang dirancang rapi oleh anu-war aljub dan pengikutnya termasuk nik aziz untuk menari mengikut rentak mereka. Sebenarnya banyak lagi kerja dan usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan terutama pemimpin UMNO agar rentak politik negara ini kembali kepada kita untuk memalu dan memukul gendang mengikut rentak yang kita sendiri alunkan.

Yang jelas hari ini bukan UMNO yang bermasaalah, yang masih bermasaalah ialah beberapa kerat sahabat di dalam komponen BN yang masih lagi gagal mencari formula mujarab untuk penyatuan parti mereka. Namun ini sedikit sebanyak mengganggu usaha memurni dan memantap imej yang sedang UMNO lakukan. Pemimpin BN perlu segera menyelesaikannya.

Berharap kepada yang sudi, meminta kepada yang mampu, bagi yang memang jelas menolak akan perjuangan UMNO...tinggalkan mereka! UMNO cukup tua untuk mendepani pelbagai isu dan liku perjuangan, cuma yang perlu ialah biarlah ianya dilaksana dan dilakukan oleh setiap ahli UMNO itu sendiri, Ahli perlu mengambil inisiatif bahawa mereka juga bertanggung jawab dalam memperkasa kan parti, begitu juga pemimpin, bukan sesetengah pemimpin, jauh sekali cuba mengenepikan sesetengah pemimpin yang lain...

Kepada Anu-war aljub, nik aziz dan mereka yang hanya berbangsa melayu di Kad Pengenalan tapi langsung tidak menghayati dan mensyukuri akan nikmat sebagai bangsa melayu..biarkan!

Persetan dengan mereka, kerana perjuangan yang tidak didasari dengan perjuangan bangsa di bumi melayu yang bertuah ini jelas tidak akan membawa mereka lebih jauh dari apa yang mereka miliki sekarang malah apa yang mereka nikmati ini dilihat semakin terlepas dan akan tertolak oleh majoriti rakyat yang tahu menilai akan asas perjuangan sesebuah parti politik..

Hidup UMNO! Bangkit BN!

4 ulasan:

  1. Syabas Putera Merdeka. UMNO tak perlu gentar TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. tinggalkan sang Durjana Bangsa.akan Kita hukum meeka dikemudian hari sehingga ke anak cucu mereka.

    BalasPadam
  2. LASKAR MUDA: Keinginan dan nafsu telah menguasai diri dimana perjalanan selangkah dulu dengan nilai dakwah katanya.. akhirnya punah bila mendapat rakan untuk menari..Biarkan mereka terus leka dengan tarian lemas mereka sendiri.Ayuh teman bangkit sesungguhnya kita mampu bangkit kerana kita punyai ilmu dan pengalaman yang luas.Persetan dengan salam omongan mereka.Melayu tak akan lupa kerana kita bangkit dengan DARAH DAN KERINGAT!!

    BalasPadam
  3. Salam Tok Ayah,
    Sesungguhnya sejarah bangsa yang panjang ini penuh dengan panduan dan sempadan bagi kita yang mahu berfikir dan menginsafinya...
    setuju bahawa jika generasi sekarang gagal untuk menghukum pengkhianat dan petualang bangsa anak cucu mereka sendiri yang akan menghukum mereka seperti mana kitol dan mandaliar!
    terima kasih tokayah
    terima kasih

    BalasPadam
  4. Salam Laskar Muda,
    UMNO sebuah parti Keramat yang telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa perjuangan suci demi bangsa, agama dan negara selama ini akan tetap subur dan bersinar dari dulu, kini dan selamanya biar darah dan nyawa menjadi taruhannya... Hidup Melayu Bermaruah!
    terima kasih Laskar Muda
    terima kasih

    BalasPadam