Selasa, 23 Februari 2010

Kit Siang dicabar desak sidang khas Australia


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar supaya mendesak 50 Ahli Parlimen Australia memanggil sidang khas Parlimen negara itu bagi membahaskan isu pembunuhan seorang pemandu Konsulat Malaysia berketurunan Melayu di Sydney, pagi ini.

Selain itu, Bendahari Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Mohamed Aziz secara sinis berkata, Kit Siang juga boleh bergabung bersama rakan-rakan pembangkang lain mengutuk kerajaan Australia berhubung kejadian itu.

Menurut beliau, pembangkang perlu mendesak Parlimen negara tersebut untuk menjawab setiap persoalan yang timbul hingga membawa kepada tragedi itu, sambil boleh juga menanyakan mengenai pembunuhan penduduk asli mereka.

"Saya yakin mereka (pihak Australia) pasti tidak akan sesekali marah kepada pakatan pembangkang kerana mereka juga pernah melakukan perkara sama terhadap Malaysia.

''Lagi pun mereka sebagai negara maju yang kononnya faham konsep keadilan dan demokrasi sebenar, pasti akan menerimanya dengan terbuka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading mengulas mengenai pembunuhan lelaki berusia 43 tahun itu yang mati ditikam dan dihentak menggunakan tukul di Sydney, Australia pagi ini.

Baru-baru ini, seramai 50 Ahli Parlimen Australia meminta supaya kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan kononnya pendakwaan itu memalukan sistem demokrasi negara.

Desakan itu dibuat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Datuk Salman Ahmad melalui sepucuk surat rasmi bertarikh 11 Februari lalu sambil menyatakan mereka perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

Ekoran daripada tindakan itu, pakatan pembangkang menggesa sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan usul menggugurkan pendakwaan kes liwat Anwar.

Kit Siang dilaporkan berkata, sidang khas berkenaan perlu bagi menetapkan pendirian Parlimen terhadap perbicaraan Anwar yang kini menjadi bahan jenaka masyarakat dunia.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mendengar pandangan 50 ahli Parlimen Australia yang mahukan pertuduhan ke atas Ketua Pembangkang itu digugurkan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menggesa ahli-ahli Parlimen Australia tersebut mendesak kerajaan mereka menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat pembunuhan itu.

Tegas beliau, suruhanjaya itu perlu berlaku adil dan tidak sesekali menyembunyikan sebarang fakta serta mengambil tindakan keras kepada penjenayah yang melakukan kesalahan itu.

"Saya nak ingatkan ahli-ahli Parlimen itu supaya terlebih dahulu memastikan negara mereka selamat daripada sebarang ancaman dalaman sebelum bertindak mencampuri urusan negara lain.

"Pembunuhan seorang yang berasal dari Malaysia dan kini menjadi rakyat Australia mati dibunuh dengan kejam ini, amat dikesali," katanya.

Komen

Ada Berani? Bangang punya kit siang...

8 ulasan:

  1. belum pun lama juak-juak pkr dan pas ikut sama sokong campurtgn kapir australia, sorang melayu islam mati kena pukul (faktor buli jalanan tu mungkin utk cover motif sebenar pembunuhan ala-nazi). mana tok lebai dgn puak liberal pkr kali ni? ni anak bangsa dan saudara seagama yg mati ni dibunuh dgn kejam (bukan mcm tbh yg terbukti bukan dibunuh oleh SPRM)! kalau dulu anak cina kapir mati sanggup gadai akidah tunduk-tunduk depan colok dan mayat, kita nak tgk apa reaksi diorg. apakah mereka sanggup turun berdemo dpn kedutaan australia utk tuntut keadilan dan inkues atau suruhanjaya diraja. suruh queen england yg preside kes nih. Allah itu maha adil.

    BalasPadam
  2. Kit siang? dia ni cakap je besor. . buat kerja, haram tak berani pun. . orang macam ni mana boleh pakai bro. . dia target lain. . kebajikan langsung tarak!

    BalasPadam
  3. salam putramerdeka..gua ada baca komen lu dalam paneh miang punya blog pasal isu minyak..gua dengar2 tak jadi bro..memang tak jadi..memang tak pernah ada perancangan tu je..semuanya mainan politik pihak tertentu je..

    BalasPadam
  4. Salam bro, manalah puak-puak komunis ini berani nak cabar mereka..... hamPAS dan Puak Kaki Rogol lagilah baculnya......

    BalasPadam
  5. salam mymassavoice
    dunia akhir zaman bro, tuhan bayar cash!
    terima kasih

    BalasPadam
  6. salam MC,
    nuar brahim jer yang pakai kit siang ni bro sebab selera masing-masing sama
    terima kasih

    BalasPadam
  7. salam jebat berkokok
    alhamdulilah kalau begitu adanya, cuma kalau dapat biarlah ianya dijelaskan dengan lebih terperinci oleh pihak kerajaan agar rakyat lebih lena tidurnya
    terima kasih

    BalasPadam
  8. salam YG,
    setuju! bacul hanya berani berkokok di gelanggang sendiri jer bro!
    terima kasih

    BalasPadam