selepas Sri Gading berucap yang membela Utusan dan ketuanan melayu serta mengatakan bahawa Tapak Kaki Khalifah Omar Abdul Aziz Pun Lim Guan Eng Tak Layak Disamakan, tibalah giliran Dato Ghafur Salleh Ahli Parlimen Kalabakan tiba-tiba bangun berucap meroyan!
Beliau menghujahkan bahawa apa yang disampaikan oleh Bayan Baru minggu lalu adalah satu penipuan! Beliau yang kelihatan begitu berang dan tidak mahu menerima hakikat bahawa apa yang dijelaskan oleh Bayan Baru itu adalah pembohongan Anwar Aljuburi!
Sri Gading yang bangun mencelah menjelaskan bahawa isu pembohongan oleh Bayan Baru tidak timbul! Bayan baru hanya mengutarakan apa yang dibohongi oleh Anwar, namun Kalabakan seakan kuda liar yang tidak dapat mengawan setahun.
Malah Bayan Baru yang berdiri memohon penjelasan untuk mencelah tidak diberikan laluan oleh kalabakan, ini membuktikan bahawa Kalabakan sebenarnya tidak mahu menerima isu pembohongan Anwar kepada Zahrin yang mengaitkan namanya diantara Ahli Parlimen BN yang bakal melompat parti seperti yang didedahkan oleh Zahrin Bayan Baru.
Kalabakan...sebagai orang lama sepatutnya beliau jelas akan mainan politik! tapim kalau dah angin satu badan, emosi dan gagal mengawal perasaan maka bercakaplah sesuka hati demi nak menegakkan benang basah sendiri...huuhuu!
Salam Putera,
BalasPadamEntah apa nak jadi agaknya dengan YB YB yang dipilih rakyat ini. Kalau rasa kena kelentong dengan Anwar, dengan Anwarlah yang patut marah, bukan dengan kebenaran.
WaAllahuAlam.
salam makcik melayuangkat,
BalasPadamkadang-kadang kebenaran tu memang pedih kan...
terima kasih