Rabu, 17 Mac 2010

Kapal Selam Tak Boleh Menyelam...Menteri Menjawab Di Parlimen


Soalan William Leong Jee Keen Ahli Parlimen Selayang...

KD TUNKU ABDUL RAHMAN telah diterima oleh Kerajaan Malaysia pada 26 Januari 2009 setelah berjaya menjalani ujian penerimaan yang menyeluruh dan intensif termasuk Final Sea Acceptance Trial selama 10 hari pelayaran dan selaman sehingga kedalaman maksimum.

Keupayaan kapal selam ini telah dibuktikan sewaktu pelayaran pulang meredah beberapa lautan seperti Laut Mediterranean, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan. Kapal selam ini telah melaksanakan selaman lebih kurang 72% dari tempoh keseluruhan pelayaran iaitu selama 31 hari daripada 43 hari di lautan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, masaalah teknikal yang dihadapi oleh KD TUNKU ABDUL RAHMAN adalah masaalah yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masaalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali kapal selam yang mengamalkan prosuder keselamatan yang sangat ketat.

Berdasarkan situasi tersebut, tiada keperluan untuk kerajaan mendapatkan penilai bebas antarabangsa sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pembangkang kerana masaalah teknikal kapal selam SCORPENE yang dihadapi telah pun diatasi oleh pembekal dan ujian selaman telah berjaya dilaksanakan pada 22 Februari 2010 yang lalu. Perkara ini juga tidak ada kena mengena dengan unsur-unsur sabotaj pihak luar atau penipuan oleh pihak kontraktor.

Jumlah masaalah teknikal yang dialami oleh KD TUNKU ABDUL RAHMAN semenjak tiba di Malaysia sebagaimana yang didakwa pihak pembangkang juga adalah sedikit dan tidak membimbangkan. Kesemua masaalah teknikal yang dialami masih didalam jaminan dan dibawah tanggungjawab sepenihnya pembekal. Sekiranya masaalah teknikal ini berlarutan Kerajaan mempunyai opsyen untuk menggunakan klausa tertentu didalam Kontrak Perolehan Kapal Selam yang menuntut pembekal untuk melakukan pembaikan sehingga berjaya.

Perlu dinyatakan di dewan Yang Mulia ini, masaalah teknikal ini tidak akan menjejaskan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan negara kerana kapal selam ini masih boleh beroperasi dan mampu melaksanakan peranannya apabila diperlukan. TLDM sentiasa memastikan prosuder pengoperasian dan senggaraan dipatuhi sepenuhnya bagi memastikan kapal selam dapat dioperasikan dengan selamat.

Menyentuh isu yang dibangkitkan mengenai kos senggaraan kapal selam TLDM, anggaran kos penyelenggaraan dan alat ganti bagi 2 buah kapal selam ialah dianggarkan RM270 juta setahun. Kontraktor penyelenggaraan masih belum diputuskan oleh Kerajaan kerana masih didalam peringkat rundingan.

Saya juga ingin meningatkan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa bukan semua isu ketenteraan dan aset-aset strategik ketenteraan boleh dipolemikkan sewenang-wenangnya. Ianya boleh mendedahkan kelemahan pertahanan kita kepada pihak luar. Sebarang permasalahan yang dihadapi terutamanya melibatkan aset strategik kapal selam akan ditangani oleh Kerajaan dengan sebaiknya tanpa mengakibatkan ketirisan maklumat-maklumat penting dan strategik jatuh kepada pihak luar.


Agak-agak puas hati? Lu Fikir La Sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan