Ahad, 7 November 2010

Bila Rahman Botak Buka Mulut...



Mungkin ramai yang tak kenal Rahman botak ni...tapi bagi rakyat dan pengundi di Kemaman jelas mengenali hati budi beliau apabila pernah menang sebagai Ahli Parlimen Kemaman pada 1999 yang lalu.


Semasa beliau menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen dulu, beliaulah yang mengatakan bahawa negara akan tergadai kerana berhutang hampir setengah trilion.

Beliau jugalah yang gemar membuat perbandingan bahawa negara Thailand begitu aman dan makmur sehingga disanggah dan disergah oleh Ahli Parlimen Sri Gading YB Dato Mohamad Aziz agar beliau 'berambus' berpindah ke negara Siam tersebut.


Itu dulu...tapi sekarang biras kepada Tajol Rosli ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Anwar Aljuburi, nasib baik Rahman ni tak jambu, kalau tak mesti Anwar tanya ok ke tidak sambil makan karipap atau epok epok kata orang Johor.

Apa yang menarik disini ialah apabila Rahman Botak meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada sokongan dan kerjasama rakan rakan pakatan haram PAS dan DAPig apabila PKR menghadapi PRK Batu Sapi yang lalu. Jelasa beliau PKR telah melakukan segala daya usaha bagi membantu memenagkan calon DAP di Sibu dan PAS di Kuala Terengganu dahulu, namun apabila PKR bertanding di Batu Sapi penglibatan sekutu setan mereka dilihat tidak 'all out' membantu Ansari juara terjun laut 2 kali dalam PRK Batu Sapi yang lalu.
Blog Rakyat Malaysia ada butirannya di sini

Agaknya Rahman ni tak perasan kot....yang PAS di Galas dah tercungap cungap berdepan dengan Jentera BN yang dikemudi oleh YBM Tan Sri Tengku Razaleigh, PAS dan Nik Najis dah tak boleh mengadap rakyat dan pengundi kerana banyak isu pembangunan dan penyelewengan yang dibongkar sudah menjadi bangkai gajah yang cuba ditutup dengan serban Nik Najis.


Nik Najis dan PAS Kelantan sudah tidak mampu berdepan dengan kehendak rakyat yang mahukan pembelaan terutama orang asli yang jelas dipinggirkan oleh kerajaan negeri PAS selama ini, malah usaha Nik Najis untuk melakukan rasuah/zakat juga diherdik bukan sahaja oleh pengundi malah orang orang PAS sendiri.

Malah apa yang Rahman Botak mungkin tak tahu ialah usaha terancang tangan tangan didalam PAS yang jelas mahukan PAS KALAH di dalam PRK Galas ini. Usaha untuk memalit najis kemuka Nik Najis begitu halus dilakukan seperti hanya menggerakkan beberapa orang penghulu yang menyebabkan penghulu penghulu lain berasa hati dan menjauhkan diri.


Itu usaha didalam PAS! itu sebab dia orang tak peduli Batu Sapi...

Bagi DAPig pula kegagalan PAS dan PKR didalam 2 PRK ini jelas menyebabkan berhala berhala mereka semakin besar dan tinggi untuk dipamer kepada rakyat bahawa hanya mereka yang layak dan berjaya memenangi hati rakyat sejak dari PRU 12 yang lalu hingga kini.

Bagi DAPig, mereka terus dominan untuk menjadi tuhan politik kepada PAS dan PKR seterusnya menjadi dahan bergantung beruk beruk PAS dan PKR dalam mendepani rakyat terutama masyarakat cina pabila menghadapi pilihanraya.

Itu kata mereka! yang jelas BN telah mendapat kembali kepercayaan rakyat! pengundi cina mula beralih arah untuk kembali menyokong BN kerana usaha berterusan Kerajaan dan pucuk pimpinan untuk memulih hubungan dan mengambil hati rakyat telah mekar berkembang wangi di hati dan sanubari rakyat.
InsyaAllah BN akan terus beroleh kejayaan!!! Amin

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. mana nak menang sekutunya PAS banyak suping je dekat sana dan makan angin contohnya kalid gereja suping sakan beli ikan,udang berkotak2 nok bagi makan anak bini.....orang macam inipun ada ka....

    BalasPadam
  2. Lagi lawak bila Prof UIA kata PAS kecundang disebabkan "pedalaman". Lebih 20 thn Pas berkeraaa..jaan di Kelantan, setakat jamban org asli dah tau lokasinya, semuanya finger tip. Patut menang besar, letak calon batang pisang pun boleh menang. Tapi, disebabkan sifat tamak haloba, kuasa, pangkat, darjat, harta benda duniawi, mereka me'rakyat'kan ladang rakyat kpd tokeh-tokeh, kroni-kroni, sahabat-akrab, dan keparat-keparat. Org asli, rakyat pedalaman tetap hidup melarat. Ini lah jawapan wahai Prof Ba...ngang

    BalasPadam