Rabu, 1 Disember 2010

Mesyuarat MT...Presiden Suruh Buat Kerja Bukan Buat Buat Kerja!!!


Pemilihan UMNO tahun depan ditangguh 18 bulan - Najib

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini membuat ketetapan pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian dan MT yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan, umum Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO itu berkata, penangguhan itu bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan parti selain pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini.

Beliau turut menafikan penangguhan itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum sebaliknya memberi alasan ia bagi membolehkan seluruh perhatian serta tenaga pemimpin dan ahli UMNO terarah kepada usaha pemantapan parti.

"Kita tidak mahu tahun depan dan berikutnya dijadikan medan pergelutan politik yang boleh timbulkan perbalahan dalam parti walaupun kita percaya ia boleh dibendung dan tidak berlaku keadaan tertekan sebagaimana parti politik lain.

"Kita nak UMNO tumpu kepada pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan model baru politik yang pernah saya umumkan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn, di sini malam ini. - Utusan

Desas desus mengenai perlantikan pengerusi perhubungan umno negeri negeri yang baru dikatakan akan dibuat hujung tahun apabila YAB Presiden Parti memberitahu bahawa beliau memerlukan lebih masa untuk mendapat maklumat yang lebih menyeluruh.

DS Najib suruh buat kerja bukan buat buat kerja...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Artikel yg menarik. Tahniah sahabat.
    Mohon link blog ini ke blog tuan utk Program Amal Walk4Gaza. Jemput hadir tuan..TQ

    www.walk4gaza.blogspot.com

    BalasPadam
  2. aku rasa, pengerusi perhubungan umno negeri punya hal kena kasi settle dulu. Benda ni lagi penting. Susah diaorg nak buat keje kalau tergantung mcm ni.

    BalasPadam