Isnin, 1 Jun 2015

Asean Perlu Gantung Keahlian Myanmar..!


Asean perlu menggorak langkah dengan mengambil tinakan tegas menggantung keahlian Myanmar didalam Asean..! Asean juga perlu terus tegas mengecam Myanmar yang menjadi negara pembunuh zalim dirantau ini..!

NEW YORK, SABTU – Pemerintah Myanmar terus mendapat tekanan antarabangsa berhubung nasib etnik muslim Rohingya negara itu. Terkini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Myanmar untuk memberi status kewarganegaraan kepada Rohingya.
Pegawai Kanan Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), Volker Turk, berkata PBB mengecam Myanmar yang mengenakan sekatan pada kebebasan asas masyarakat Muslim Rohingya.
“Masalah Rohingya tidak boleh diselesaikan kecuali akar penyebabnya ikut dibahas.
“Hal ini memerlukan tanggungjawab dari Myanmar terhadap semua orang di wilayahnya. Pemberian kewarganegaraan adalah tujuan akhir untuk menyelesaikan masalah ini
“Justeru, kita desak Perdana Menteri negara itu untuk memberikan kewarganegaraan kepada minoriti Muslim yang ada di negara itu,” katanya, lapor Press TV.
Selain itu, Turk juga menekankan keperluan mendesak status undang-undang bagi semua warga Rohingya untuk mengakui bahawa Myanmar adalah negara mereka sendiri.
Bagaimanapun, wakil Myanmar dalam mesyuarat itu mengecam keras PBB dan masyarakat antarabangsa yang melabelkan negara mereka sebagai penyebab krisis asing yang membabitkan Muslim Rohingya.
“Ini adalah masalah imigresen haram orang hanyut, anda tidak boleh mengatur negara saya,” ujar Htin Lynn, seorang diplomat dari Myanmar. – Agensi
Tunggu apa lagi..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Cerita Rohingya menjadi imigresen haram orang hanyut adalah cara untuk menutup kelemahan kerajaan Myanmar. Kerajaan Myanmar yang menidakkan kerakyatan Rohingya dan umpama melaksanakan pembersihan etnik Rohingya dibumi Myanmar adalah bertentangan dengan piagam UNCHR. Sementara ASEAN sudah sekian lama mengamalkan dasar berlembut dengan kerajaan Myanmar dan memang patut sekarang ASEAN bertindak menggantung keahlian Myanmar.

    BalasPadam
  2. kenapa tak bawa pemimpim burma ke mahkamah jenayah perang kerana penghapusan etnik di lakukan dengan baik dan sistematik..seperti serb dulu

    BalasPadam