Selasa, 2 Jun 2015

Letak Jawatan Kabinet ~ Hishamudin Beri Syarat..!

gambar yang dikirim oleh seorang kenalan dari sebuah majalah yang terdapat di Dubai..
Kata Hisham...


  • Letak jawatan: Hishammuddin setuju gesaan Najib
 1 / 1 
SHAH ALAM – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberikan persetujuan bersyarat atas desakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta anggota Kabinet meletak jawatan sekiranya tidak bersamanya untuk pemulihan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Memetik kenyataan di laman mikro Twitternya, Hishammuddin berkata, badan pelaburan itu mesti menjalani proses rasionalisasi dan mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan salah laku perlu diambil tindakan.

Tambah Hishammuddin lagi, proses rasionalisasi berkenaan mesti dilakukan secara telus.
"Setuju dengan syarat. Yang pertama, rasionalisasi 1MDB. Yang kedua akauntabiliti sekiranya ada salah. Yang ketiga ketelusan,” tulisnya. 

Najib hari ini dilapor sebuah akhbar tempatan mengeluarkan kenyataan meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB supaya meletakkan jawatan.

Maknanya Hisham juga sudah tidak yakin dengan kepimpinan Najib?

Hisham mahu berhenti dengan 3 syarat tersebut dilaksanakan?

Atau Hisham menyokong Najib dengan 3 syarat yang tersebut?

Apa pun dilihat Hisham seakan sudah mencium sesuatu yang 'busuk' dari 1MDB..!

Bau apa tu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. maksudnya hisham tgh main playsafe. bkn x support tp xde la support sebarangan. so duduk di tgh2

    BalasPadam
  2. Bagus la kalau dia dah mula stood up against his own cousin .Cuma jgn ulangi perangai masa cium keris dulu.

    BalasPadam