Khamis, 4 Jun 2015

Hisham Negative Spin..!


Hishammuddin nafi khabar angin akan letak jawatan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan desas-desus kononnya beliau akan meletak jawatan daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam satu kenyataan pendek di Twitter, Hishammuddin mengatakan spekulasi itu sebagai "putar belit negatif" oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Hishammuddin membuat kenyataan itu sebagai menjawab satu pertanyaan daripada seorang pengikutnya di Twitter yang bertanya apakah benar beliau akan letak jawatan.

Desas-desus peletakan jawatan itu mula tersebar sejak Selasa melalui beberapa tulisan sekurang-kurangnya oleh dua orang blogger politik.

Khabar anginnya ialah Hishammuddin dikatakan akan letak jawatan dalam masa 48 jam iaitu sebelum Khamis, diikuti oleh seorang menteri lain.

Ia susulan reaksinya kepada laporan tentang "kata dua" yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada jemaah menterinya dalam mesyuarat kabinet minggu lalu.

Najib dilapor Utusan Malaysia yang memetik sumber sebagai meminta anggota jemaah menteri untuk bersama-sama beliau berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau letak jawatan.

Ini adalah kali kedua Hishammuddin memberikan reaksi berhubung desas-desus kedudukannya dalam kabinet melalui Twitter.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Saya percaya hishamuddin tak akan letak jawatan. Jika ada laporan mengatakan dia akan meletakkan jawatan sekali pun .
    Ini kerana kedudukan suasana politik kebelakangan ini saya lihat dia ada ruang untuk dinaikkan pangkat yang lebih tinggi
    Secara logiknya adakah dia akan lepas kan peluang ini . Saya percaya tidak . Dia adalah sepupu najib . Bak kata pepatah melayu sebusuk busuk daging digincah dan dimakan juga . Begitu juga saya rasa perasaan najib terhadap hishamuddin berbanding ahli kabinet lain . Ini adalah lumrah dalam kehidupan manusia .

    BalasPadam