Selasa, 2 Jun 2015

Pemimpin BN Faham Tak Kesan 6000 Orang Berhenti..!


Kemana 6000 orang ni nak pergi? bagaimana dengan nasib keluarga mereka? Kalau ada perikemanusiaan pasti ada jalan lain yang boleh diambil oleh pihak berwajib untuk meringankan bebanan hidup yang bakal menimpa 6000 orang tersebut..!

Tidak takut ke pemimpin Barisan Nasional akan kesan dari pemberhentian ini akan mengakibatkan undi BN didalam Pilihanraya akan datang merosot dan lebih buruk ianya mampu membawa kekalahan..!

Ada tak lagi pemimpin BN yang mempunyai hati perut yang mahu mengambil inisiatif untuk mempastikan isi perut 6000 orang ini berserta keluarga mereka akan terus terisi..! 

Perut kosong..! otak pun boleh turut kosong beb..! mana nak bayar rumah..! mana nak bayar kereta..! hutang itu...hutang ini..! Penyakit semua ni..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif MAS NewCo Christoph Mueller hari ini mengesahkan bahawa seramai 6,000 petugas syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tidak akan menerima surat tawaran bagi berkhidmat dengan syarikat baharu.

Daripada 20,000 surat pemberhentian tugas yang telah dikeluarkan, hanya 14,000 daripadanya yang akan menerima tawaran kerja di syarikat baharu di bawah nama MAS NewCo yang diterajui Mueller.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Malaysia Airlines atas sokongan dan sumbangan mereka terhadap syarikat selama ini,” ujar Mueller yang mengakui sedih atas keputusan tersebut.

Mueller dalam sidang media pertamanya itu turut membentangkan pelan strategik merangkumi rangka pemulihan syarikat penerbangan kebanggan negara tersebut.

Bagi fasa pemulihan tahun 2015, MAS NewCo melihat faktor kapasiti iaitu penetapan jumlah kakitangan mengikut saiz operasi.

"Syarikat juga akan mengurangkan punca kerugian selain membuat rundingan dan pelarasan semula kontrak penting," ujar Mueller.


MAS NewCo
Suasana sewaktu sidang media pertama CEO MAS NewCo Christoph Mueller berkenaan pelan strategik pemulihan MAS di Bangunan Pengurusan MAS, Sepang hari ini. - Foto Astro AWANI/Shafizan Johari

Sementara itu bagi tahun 2016, MAS NewCo akan menjalankan transformasi untuk menjadi lebih berdaya saing dengan operasi lebih mapan.

"Ini termasuk melancarkan projek penambahbaikan dengan lebih daripada 40 projek telah dikenal pasti untuk distruktur semula.

"Semua projek ini memberi impak ke atas setiap aspek operasi syarikat," jelas Mueller.

Dalam tempoh seterusnya iaitu bagi tahun 2017 dan 2018, MAS NewCo dijangka muncul sebagai pendahulu di Asia Tenggara.

Antara yang disasarkan adalah dengan kembali mendapatkan pegangan dalam pasaran melalui beberapa langkah.

Ia dicapai melalui dasar kos yang kompetitif, membentuk jaringan terbaik, kecekapan pengurusan pendapatan serta operasi yang dipacu teknologi industri.

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa MAS akan diambil alih entiti luar negara namun pelan strategik yang diumumkan Mueller menafikan perkara tersebut.

9 ulasan:

  1. Dpt pampasan stgh juta ...apa tak seronok nya...

    Mas nak 6 ribu org.... yg ambik vss 8 ribu org...berebut2...

    Yg nak kerja lg boleh report kat cdc... cdc akan carikan kerja di glc lain...

    X sama masa zaman nuaq brahim dulu taun 98... glc renong tendang sekor2 keluar mcm tu jaa... bg 3 ribu sorg pampasan...puiii....

    BalasPadam
  2. syarikat bukan walfare

    BalasPadam
  3. Pipet ah,besok klu rugi berbillion lg ko jd kan isu gak..sama je..muller kena restructure smula menda yg tak betul ni,mcm mana MAS bley ada lebey ramai staff dr SIA sedangkan tak buat duit..kaji mcm mana staff yg ada ni dapat diperah keringatnye mcm staff air asia kena..nego balik kontrak2 yg tak masuk akal..kaji smula gaji2 pengarah dan eksekutif atasan..najib pilih dia sbab smua ceo2 lepas tak brani nak betulkan MAS..bior je omputih tu buat keje

    BalasPadam
  4. Yg diberhentikan kerja tu manusia ada akal. Macam2 kerja boleh buat, nak x nak je. Ulat dlm batu pun boleh hidup.

    BalasPadam
  5. Admin cuba fikir pulak kalau MAS bangkrup... berapa orang yg xde kerja...20000 kan.. daripada semua xde kerja baik buang 6000 org... buang bukan buang kosong tapi berisi gak... Negara pun boleh muflis kalau tiap2 tahun asik nk topup, bukan sikit tu. Jd biarlah CEO tu buat kerja dia...

    BalasPadam
  6. Ini lah cabaran getir untuk Malaysia.

    1. MAS sentiasa di rundung malang akibat muka-muka hodoh mentadbir organisasi ini, dari satu PM mengganti PM yang lain. Dari zaman Saw Huat Lye hingga kini.

    2. Terlalu banyak polemik dalam politik sehingga pembangkang berjaya bertapak dengan persepsi politik tidak realistik menjadikan Umno tertolak ke belakang. Dasar PM Najib yang terlalu mendengar suara-suara sumbang.

    3. Kegagalan 1MDB sehingga di jadikan cagaran untuk kesejahteraan negara. Untuk apa dasar-dasar transformasi jika ia tidak lain menolak majoriti pro-Umno dan kerajaan ?

    4. Kegagalan PM Najib mengolah perjuangan politik Umno menjadikan ia satu organisasi di segani dan di hormati.

    Jadi k/tangan MAS menjadi mangsa kepada keadaan yang tidak pernah di lihat satu jenama melestarikan sistem perekonomian Melayu. Segala "bail-out" seolah satu jalan mudah kepada pihak pengurusan utama MAS menikmati gaji besar dengan segala kemudahan kelas 1 tanpa berkerja keras demi MAS menjadikan Duta Malaysia untuk dunia.

    BalasPadam
  7. KITA HANTAR MEREKA2 INI KESELANGOR, P. PINANG DAN KELANTAN DIMANA PAKATAN MEMERINTAH APA SUSAHNYA. KITA NAK SELAMATKAN MAS BUKAN SELAMATKAN MEREKA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju bro. Arahkan mereka daftar sebagai pengundi di sana. Jaga kebalikan mereka bebaik
      Bertambah pengundi kita bro.

      Padam
  8. cer check sekor2.....berape ekor jer yang sokong kerajaan. pandai2lah.....mereka kan orang cerdik pandai. selama ni segala elaun, overtime, bonus dan ext ext......semua sapu. syarikat tak jugak maju. sekarang......ikut ko la labu.......

    BalasPadam