Khamis, 4 Jun 2015

Ini Negara Islam..!


Suka suka mak bapak komunis ni..!

Tidak boleh bina gereja sesuka hati

Najib menghadiri majlis pelancaran NGO Kristian baharu CPHM semalam.
Najib menghadiri majlis pelancaran NGO Kristian baharu CPHM semalam.
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Rabu – Pengamal Undang-undang, Aidil Khalid menempelak Pengerusi Christians for Peace and Harmony Malaysia (CPHM), Wong Kim Kong apabila mendakwa penganut Kristian, Hindu dan Budha di Malaysia boleh membina rumah ibadat mereka di mana-mana, termasuklah membuka gereja di lot kedai.
Menafikan perkara itu tegas Aidil, kenyataan yang dibuat Wong sama sekali tidak benar. Mereka perlu mendapatkan izin bertulis terlebih dahulu.
“Sesuatu bangunan itu hanya boleh digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan ketika dibina. Bererti bangunan yang dibina sebagai lot komersial hanya boleh digunakan untuk tujuan komersial, dan tidak boleh ditukar menjadi gereja.
“Hal ini seperti yang diperuntukkan dengan jelas dalam seksyen 70(12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
“Tetapi aturan umum ini ada pengecualiannya, iaitu sekiranya hendak digunakan untuk tujuan yang lain daripada tujuan ketika dibina, kegunaan tersebut mestilah terlebih dahulu mendapat izin daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Semalam Wong mendakwa penganut Kristian, Hindu dan Budha di Malaysia boleh membina rumah ibadat mereka di mana-mana. Ini kerana katanya, perlembagaan membenarkan perkara itu dan tidak menghalang untuk mengamalkan agama masing-masing.
Jelas Aidil, sungguhpun perkara 11 memberikan hak kebebasan beragama, tetapi perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa hak bagi memperoleh harta dan mengawal selia hal ehwal agama mereka adalah tertakluk kepada perundangan yang berkuat-kuasa.
“Soalnya kenapa Wong Kim Kong hanya membaca dan mengulas sekerat sahaja perkara 11? Sikap yang tidak cermat, tidak telus dan tidak jujur seperti ini ketika merujuk Perlembagaan Persekutuan lah sebenarnya menjadi penyebab kepada masalah ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia mutakhir ini,” bidasnya.
Aidil juga menjelaskan bahawa mana-mana exco dalam kerajaan negeri tiada hak untuk mengatakan bahawa syarat untuk mendapat keizinan bertulis tidak diperlukan untuk membina gereja di lot komersial (seperti yang pernah didakwa oleh Elizabeth Wong sebelum ini).
“Ini kerana Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 adalah merupakan perundangan di peringkat persekutuan. Jadi exco di peringkat negeri tiada hak untuk mengatasi peruntukan dalam perundangan persekutuan.
“Perlu juga dijelaskan bahawa walaupun seksyen 1(4) Akta tersebut menyatakan bahawa pihak berkuasa negeri boleh membuat pengecualian terhadap mana-mana peruntukan dalam Akta tersebut, tetapi pihak berkuasa negeri seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 3, mengehadkan kuasa tersebut hanya kepada Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Negeri, Yang di-Pertuan Besar (bagi negeri-negeri yang ada raja), atau kepada Menteri (bagi wilayah Persekutuan).
“Dalam kata lain, hanya raja-raja atau menteri yang berhak untuk melangkaui peruntukan dalam Akta ini, dan bukan exco-exco di peringkat negeri,” katanya.
Pertubuhan CPHM yang diketuai Wong ini baru ditubuhkan dan mula dilancarkan semalam di Hotel Majestic, Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Agak agak Najib betulkan tak pemikiran salah Wong dan kuncu kuncunya ni..!
Puak sesat ni bersemangat kerana pemimpin Islam Melayu takde semangat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Melayu semua dah mati pucuk ! Berdegar kata ok kat kengkawan, hakikat nya tak bangun pun.. he..he..

    BalasPadam