Ahad, 1 November 2015

Apakah Jawapannya..!

Layan...

Pertanyaan yang dikemukakan Umno Semporna hari ini adalah:
  • Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?
  • Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?
  • Adakah 1MDB ini milik Umno?
  • Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?
  • Adakah melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?
  • Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
  • Kuat sangatkah Umni pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?
  • Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?
  • Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyataan kebimbangan terhadap parti?
Bersuara demi rakyat
Umno Semporna diketuai oleh Mohd Shafie yang juga salah seorang daripada pemimpin kanan yang dipercayai sedang dipantau ibu pejabat parti ketika ini.
Beliau dan Muhyiddin adalah antara tokoh yang pernah membangkitkan persoalan mengenai cara Najib mengendalikan beberapa isu negara, termasuk agensi pelaburan tajaan kerajaan 1MDB.
Menurut kenyataan Umno Semporna, Mohd Shafie adalah salah seorang pemimpin yang bertanggungjawab membawa Umno ke Sabah.
Dengan rekod "cemerlang dalam memikul tanggungjawabnya" sebagai wakil rakyat dan pernah berkhidmat sebagai menteri di tujuh kementerian, mereka mempertikaikan kewajaran Mohd Shafie disingkirkan hanya kerana "bersuara demi kepentingan rakyat".
"Ahli Jawatankuasa Umn Semporna amat kecewa dengan khabar angin yang mengatakan terdapat usaha menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno serta Mohd Shafie selaku naib presiden.
"Ketika ini Umno berdepan masalah kemerosotan keyakinan rakyat terhadap parti dan ia dapat dibuktikan dengan keputusan dua 2 pilihan raya umum lalu apabila buat pertama kali dalam sejarah, parti kalah undi popular kepada pembangkang.
Adakah dengan penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin serta bekas pemimpin Umno yang banyak berjasa dapat mengembalikan keyakinan rakyat?" katanya.
Menurut Umno Semporna lagi, sehingga kini Muhyiddin dan Mohd Shafie tidak pernah mengeluarkan kenyataan menuduh perdana menteri melakukan penyelewengan.
Sebaliknya, kata mereka, kedua-dua pemimpin itu secara konsisten mengeluarkan kenyataan supaya 1MDB serta kementerian kewangan perlu telus dan jujur membuat penjelasan kepada rakyat.
"Jika terdapat salah laku atau penyelewangan, mereka yang telibat perlu dibawa ke muka pengadilan tanpa takut atau pilih kasih. Bukankah ia selaras dengan kenyataan perdana menteri?" kata kenyataan itu.
Ketika ini, kata Umno Semporna, golongan muda dahagakan pemimpin berani menyatakan kebenaran dan bukan tokoh bersuara dengan bongkak, retorik serta mengampu "seperti yang berlaku sekarang".
Malah lebih teruk, katanya, ada pihak mencabar pemimpin tertentu keluar dari Umno atau BN jika tidak menyokong perdana menteri.
Ada sesiapa kesah?
Lu Fikir La Sendiri!!!

28 ulasan:

  1. Pertanyaan yang dikemukakan Umno Semporna hari ini adalah:

    1. Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?

    ■ Keutamaan semasa adalah menerima reward (wang dan pangkat) daripada kepentingan rakyat

    2. Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?

    ■ 1MDB lebih penting kerana melaluinya wang rakyat dan negara akan dirompak untuk kepentingan pemimpin untuk membeli sokongan

    3. Adakah 1MDB ini milik Umno?

    ■ Milik najib untuk mengawal dan terus berkuasa dalam umno

    4. Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?

    ■ Menguatkan pemimpin berkuasa tapi melemah dan membunuh parti

    5. Adakah melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?

    ■ Mustahil rakyat akan kembalikan keyakinan, malah akan membawa kepada perpecahan yang berkekalan

    6. Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?

    ■ Macamana hendak sedar kalau dedak yang diterima membangsatkanmereka dan tiada maruah untuk membuat sebarang kebaikan! Realitinya, rakyat semakin menjauhkan diri

    7. Kuat sangatkah Umni pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?

    ■ langsung tidak kuat malahan menunjukkan kelemahan ketara dek rasuah dan salah guna kuasa

    8.Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?

    ■ fikirlah.....bila bercakap....berbohong, bila berjanji....dimungkiri, bila diberi amanah.....dikhianati.......

    9. Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyataan kebimbangan terhadap parti?

    ■ pemimpin mesti tunduk pada pemimpin yang rasuah dan salahguna kuasa seperti salleh, rahman, pandikar, anifah dan musa aman... jangan pertikaikan...angguk2, geleng2....tunduk2

    ■ yang malang sekali you sabahans are stupid to bring umno into sabah. You should all resign en bloc. Be like sarawak, never will bring umno into the state..

    ■ act now and act fast......if you sabahans have balls

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku nak jawab ya....

      1.Adakah Ahli UMNO menyerahkan keputusan 1MDB kepada pihak siasatan dianggap menetang perlembagaan.

      2.Adakah isu 1MDB yg dibawaq Tony PUA pada mulanya dianggap ada kredibility?

      3.Adakah disebabkan Tun M yg membawa isu 1MDB maka dikatakan rakyat berkehendakkan isu tersebut...Kalau ya kenpa isu 1MDB tidak menjadi isu pokok di PRK Rompin?

      4.Adakah ahli2 UMNO yg mempertahankan Presidenya kerana tahu terdapat komplot menjatuhkan presiden menggunakan isu 1MDB...

      5.Adakah geng Tun M tidak tahu kewujudan Justro dan arkitek penipuan utk menjatuhkan Najib?

      Ingat ya kawan2 hayat pejuang engkorang shafie Afdhal dah sampai ke penghujung...

      1.Yang perlu dia jawab kenapa dia jadi balaci geng ingin jatuhkan najib.\
      2.Shafie kena faham isu 1MDb dibawah siasatan dan pelan pembaikan..
      3.Shafie kena tahu isu 1MDB digunakan musuh2 Najib utk jatuhkan Najib.

      Padam
    2. Jawapan anda tersasar. Anda gagal. Cuba lagi pada peperiksaan seterusnya.

      Padam
    3. Anon 9.26 pagi, saya setuju dengan anda bahawa Anon 9.22 tersasar jawapannya. Terbukti berperangai najib lari menjawab real soalan.....

      Padam
    4. Adakah tersar bila mana isu 1MDB sudah sampai ke garisan penamat..Ingat ya tunggu Audit ja dan PAC selepas itu berakhirlah isu 1mDB..

      Ingat ya isu 1MDB utk jatuhkan Najib ada faham,?

      Bila GAGAL maka GAGAL ada faham....

      Terima lah kegagalan kerana perjuangan hanya berkisar1 1MDB BUKAN ISU RAKYAT...ada faham tak?

      Apa yg rakyat hendak adalah CASH IS KING..

      1. Ringankan beban kos..CASH IS KING>..BRIM dinaikkan
      2 Perumahan yg mahal..Cash IS KING > Bantuan Kerajaan PRIMA
      3. Kos Kehidupan dibandar CASHH IS KING> Pengangkutan DIperkasakan.

      Padam
    5. Macai-macai Najib ni sekali Najib campak keropok mamee dua tiga bungkus, air kotak dua tiga kotak, terus melalak menyokong Najib tak tentu hala.

      Biasalah CASH IS KING dalam kepala otak mereka tu sukar nak dibetulkan menjadi normal, terus menerus tak tentu hala.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta

      Ikhlas daripada

      Abu Bakar

      Padam
    6. Abu Bakar lama menghilang...Takda nak ulas ke psal ARUL?

      CASH IS KING dirosakkan oleh Tun M...Najib faham apa yg rakyat hendakkan...Ingat ya budget terbaru Najib bagi sokongan kepada B40 dan M 40...

      BRIM dah berjaya ..pengundi2 solid sokong kerajaan..pas ni B40 dan M40 pulak...

      Jangan lupa ya Ulas Azmin dan Lim Guan eng psal la rakyat sangat suka kepada pemimpin pembangkang.....oiiii sudah lah kau ingat rakyat suka pakatan ya...pakatan hancur dan haprak faham...

      Padam
    7. Retorik sahajalah, apa yang jelas majoriti rakyat menolak retorik bangsat haram jadah yang dibuat oleh Najib tu, M 40 konon, kos sara hidup makin tinggi, harga barang makin naik.

      Sekarang ni bukan setakat masyarakat biasa yang dah meluat dengan Najib, masyarakat peniaga pun dah benci dengan Najib, polisi ekonomi gila Najib ni hanya menghancurkan negara ini.

      RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta tu derma untuk UMNO ke derma untuk kerajaan? Najib ni depan sebahagian ketua bahagian kata derma untuk UMNO, tapi depan sebahagian ketua bahagian yang lain pula kata derma untuk kerajaan pula, lepas tu Tengku Adnan pula kata wang itu derma untuk UMNO kononnya dia dan Bendahari Agung UMNO tahu pasal wang itu, tapi pasal apa tak masukkan dalam penyata kewangan parti untuk tahun 2013? Nak menipu pendaftar pertubuhan ke?

      Zahid pula kata wang itu derma dari Arab Saudi untuk negara sebab nak lawan IS dan amal ahli sunnah wal jamaah? tapi pasal apa tak masuk akaun negara dan dibelanjakan sesuka hati oleh Najib?

      Cer citer, apahal dah jadi merapu sampai macam ni sebegini rupa?

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta

      Ikhlas daripada

      Abu Bakar

      Padam
  2. Maslah geng Tun M adalah mereka merasakan pejjuang rakyat sedangkan sehingga kini kojonya hanya menjatugkan presiden atas kesalah 1MDB dab 2.6B..


    1.Aku nak tanya adakah 1MDB dab 2.6B bukan dalam siasatan ke?

    Dan yg perlu korang tahu bertahun korang sembang penipuan 1MDB ..korang fitnah macam2 kpd Najib dan keluarganya...aku nak tanya la

    1.Apabila Arul wawancara dibernama..kenapa engkorang semua senyap? Dah baca dan faham kan?

    2.Kenapa bila Arul sambut debat kenapa engkorang senyap?

    Ingat ya korang GENG TUN M mesti bertanggungjawab kerosakan yg berlakau...Jangan ingat senang2 nak lepaslan diri...

    Akhir kata kepada geng2 Tun M boleh BLAH dari UMNO...UMNO tak perlukan kaki SPIN dan sifat MUnafik ya...

    Aku minta tolong boleh tak?

    Daripada engkorang melalak pakai BAJU UMNO..boleh tak tanggalkan? Payah tau selagi engkorang pakai Baju UMNO menyuisahkan ja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 9.28 pagi

      1. Maaf kami tak pakai baju umno yang dicemari najis

      2. Maaf negari kami tak pernah terima umno masuk dan kacau keharmonian kami

      3. Kami melayu muslim di negeri kami gagal dibangsatkan dan maruah kami tak semacam anda.

      Padam
    2. Isu RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta dalam akaun Najib bila Najib atau kuncu-kuncu atau macai pemakan dedak nak jawab? Persoalan wang itu adakah derma untuk UMNO atau derma untuk kerajaan pun hingga kini tak terjawab, apahal?

      Tengku Adnan kata wang itu derma untuk UMNO, tapi Zahid Hamidi kata wang itu derma untuk kerajaan.

      Najib pula kata dekat sebahagian ketua bahagian kata derma untuk UMNO, tapi dekat sebahagian yang lain kata derma untuk kerajaan pula.

      Mana satu yang betul ni? Sah sangat mereka ni pembohong. Najib membohong kononnya wang itu wang derma, tapi siapa penderma tak mau dedahkan pula, lepas tu auta kata derma untuk parti, kemudian auta lagi kata derma untuk kerajaan pula.

      Zahid pun pembohong juga, kononnya dia dah jumpa dengan wakil keluarga diraja Arab Saudi yang kononnya beri derma itu, bila dia jumpa? di mana jumpa? Membohong sahajalah kerja kau ni Zahid.

      Kalau Najib nak jadi penyamun sangat, sila berambus dari UMNO, bawa sekali kuncu-kuncu, malahan macai-macai pemakan dedak belaan pun boleh diangkut sekali, pergi melingkuplah dengan korang, tapi jangan melingkup UMNO yang mana kalau UMNO lingkup maka Barisan Nasional pun lingkup, yang elok melingkup adalah korang semua, pergi melingkup dalam penjara, dasar pengkhianat parti, pengkhianat negara, pengkhianat rakyat!

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Abu Bakar memang kaki fitnah...hujah berdasarkan tun M dan tony Pua..itu aja..

      Ingat ya Tony Pua dah kena terajang ya...Tun M plak tunggu keputusan mahkamah kedua2 kawanya yg MERINGKUK DALAM PENJARA

      Padam
    4. Kau ni bodo ke atau sengaja buat tak faham wahai Tanpa Nama1 November 2015 10:07 PG?

      Apa yang aku tulis di atas tu adalah pertanyaan, aku tanya pasal wang USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion dalam akaun Najib tu, yang kau merapu tak tentu hala ni apahal? Inilah taraf mentaliti macai pemakan dedak belaan Najib, otak jenis tong kosong, kepala saja nampak besar, tapi otak kosong.

      Sila jawab soalanlah, yang kau merapu tak tentu hala apahal? Najib baru campak keropok mamee sebungkus kepada kau?

      Berlagak macam pandai, tapi jahil, macam perangai Salleh Keruak je, kau ni Salleh Keruak ke?

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    5. Kalau pakai baju Umno tapi mengkhianat agama, bangsa dan negara buat apa?

      SiBaju Merah berkokok bakar api perkauman, tapi tak pernah belajar apa punca sebenar Cina DAP jadi kurang ajar?

      Siapa mansuhkan ISA?
      Sejak pemansuhan, serangan dan hinaan ke atas agama Islam dan org2 Melayu semakin menjadi2.

      SIBaju Merah, kompang2 nak tutup Petaling Street, SJKC dan menyalahkan cina2 pendatang.

      Kerajaan Najib dah bersetuju nak upgrade PS la pulak.

      Najib jumpa Cina Gerakan, terus berikrar akan pertahan SJKC.

      Najib juga menjulang bangsa Cina sebagai anak watan bukan pendatang sebagaimana yg dikompang oleh SiBaju Merah.

      Resolusi nombor 14 , permintaan utk kembalikan ISA oleh SiBaju Merah,sampai sekarang masih gagal dijawab oleh Najib.

      Terbaru, kerajaan pimpinan Najib,menghina dan membelakangkan fatwa pengharaman vape oleh mufti dan para ulama, dgn membenarkan penggunaan dan penjualannya kpd awam.

      Hanya kerana kebulur undi dan mengaut cukai, maruah agama dipijak2 oleh Najib n the gang.

      Kabinet hanya mengetahui ttg 1MDB apabila pihak pembangkang mula bising ttg perjalanan syarikat ini.

      Najib dan pengurusan telah mengaku 1MDB tersalah urus dan syarikat ini akan terbelit dgn hutang utk waktu yg tidak diketahui.

      Proses rasionalisasi hutang 1MDB seperti yg diketahui, jana aset utk keuntungan.

      Dah untung, jual semula aset utk bayar hutang berbilion2.

      Menurut Arul, tanah TRX, Bandar Malaysia pun dah dipecah2 lot dan dijual utk tunai.

      Begitu juga, IPP, contoh EDRA yg dibeli dgn harga lebih tinggi dari pasaran juga akan dijual.

      Jika aset terus dijual, apa yg tinggal?
      Hutang bertimbun dikenakan caj dan faedah setiap hari dan ianya berterusan!!!

      Benar kata P.Ramlee....ini mcm berniaga Al Marhum daaa.

      Seperti biasa, utk melepaskan tengkuk, Tun M diserang dan dikata punca segala kemelut.

      Membanding pencapaian Tun dan Najib telah menjadi bahan lawak di kalangan rakyat.

      Imej Najib semakin merudum sepertimana merosotnya majoriti undi utk BN dlm PRU13 dan PRKecil2.

      Banyak sungguh sejarah keaiban dibuat oleh Najib dlm PRU13 yg rakyat pasti tidak akan lupa.

      Tsunami Cina, kegagalan majoriti mudah 2/3 di parlimen, tumbangnya taiko2 besar sprt Noh Mohd, Ali Rustam, penambahan besar majoriti undi utk pembangkang, kegagalan menawan semula Penang dan Selangor adalah kenangan paling pahit utk ditelan oleh Umno dan BN.

      Pro Najib ingat rakyat bodoh sangat.

      Rakyat yg dah melalui zaman Tun tau benar sejarah telah melakar penghormatan tertinggi untuknya.

      Berbanding zaman Najib.

      Untuk kesekian kali, FB Najib adalah bukti tepat, kemarahan dan kebencian terhadap Najib MEMANG BERASAS.

      GST, Tol, 2.6b, 1.83b, 42b, BR1M, tarif letrik, air, serangan ke atas mantan pemimpin, pemecatan pemimpin dan yg terbaru isu vape, meruntun reaksi rakyat.

      Apa lagi yg regim Najib mahu?

      Persoalan yg tak akan dijawab oleh puak angkuh dan sombong, beraja di mata, bersultan di hati.

      Padam
  3. Ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan perlu buat perhimpunan di hadapan pejabat bahagian masing-masing, itu pun kalau masih sayangkan partilah, kalau jenis tak kisah, dilempar dengan keropok mamee dua tiga bungkus, beri gula dua tiga kampit, beri beras dua tiga kampit, kain batik sehelai dua, lepas tu tepuk tangan sokong Najib sampai merah tangan, maka lantak korang sahajalah, korang sayanglah Najib tu puas-puas walaupun dia mengkhianati korang, nanti dalam perhimpunan agung menangislah teresak-esak tengok dan dengar lakonan Najib dan kuncu-kuncunya tu, nanti kalau kalah PRU 14 korang nak meraung pun lantak koranglah, padan muka sebab mudah sangat kena bodo, apa pun dalam UMNO kini hanya ramai orang bodo saja, adalah juga yang cerdik, tapi berapa kerat sangatlah.

    Kalau setakat beberapa orang macam saya yang berhempas pulas nak selamatkan parti tapi begitu ramai yang masih tak kisah, susahlah macam ni, semangat perjuangan tahun 1946 dah luntur, kerana dah jadi macam kuli batak british dulu, yes sir, yes sir, kalau orang putih kata you stupid, maka dijawab yes sir, betapa teruknya jiwa ahli UMNO sekarang ni, dah jadi macam macai British sebelum negara ini merdeka.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abu Bakar kau jawatan apa dalam UMNO?


      Sudah lah wei..dah lah takda jawatan sembang macam bagus je...Abu Bakar boleh tak kau masuk DAP atau PKR? Mudah sikit aku belasah kedua2 pemimpin hebat PAKATAN.

      Padam
    2. Ini bukan soal jawatan, tapi ini soal kelangsungan parti, tak ada guna ada jawatan macam Najib, jawatan Presiden, tapi mengkhianat parti, songlap wang RM 2.63 bilion masuk akaun sendiri, lepas kantoi maka fitnah parti kononnya wang itu derma untuk parti, tapi satu sen haram pun tak diserahkan kepada akaun parti, derma pundek apakah ini? Sila Tanpa Nama1 November 2015 10:08 PG jawab jika masih lagi mempunyai akal fikiran.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Semalam jumpa dengan ketua cawangan lain. Sesama ketua cawangan bersembang tentang parti. Dia pun tak hadir ke persidangan bahagian yang lepas. Mungkin persidangan bahagian akan datang makin sedikit cawangan yang hadir. Dengan kemelut yang berlaku di atas, ketua2 cawangan semua terpalit. Kalau betul ada 2.6bilion duit, sepatutnyalah setiap cawangan dapat bantuan untuk anjur aktiviti. Ni minta kerusi meja pun harapkan duit dari icu. Di selangorlah ni. Bawah noh omar, pegawai yang bertugas bukan main sombong. Dengan ketua cawangan pun berlagak, apalagi dengan yang tak ada jawatan. Orang atas kecoh tapi poket dan perut penuh. Yang macai kenyang makan dedak terpekik terlolong bela tuannya. Yang ketua cawangan cuma ada jawatan yang terpalit dek perangai khianat pemimpin di atas. Atas kertas ada lebih 20ribu cawangan umno. Panggillah ketua2 cawangan berjumpa presiden sendiri kalau nak dengar suara akar umbi. Ada bran?

      Padam
    4. 10.08,

      "Abu Bakar kau jawatan apa dalam UMNO?

      Sudah lah wei..dah lah takda jawatan sembang macam bagus je..."

      Apasal ko nk tanya jawatan abu bakar dlm umno..?

      Dia ada jawatan ke atau xde jawtan ker itu soal lain..

      Kenapa jika ahli biasa bkata2.. maka tiada nilai disisi pemimpin ker..?

      Nampak sgt ko utamakan org yg ada jawatan.. gila jawatan..!!!

      Parti umno untuk mbela rakyat.. bukan utk kejar jawatan....!!!!! Bukan utk mata duitan...!!!!

      Patutlah bsungguh2 mempertahankan N...

      Padam
    5. Tanpa Nama1 November 2015 10:08 PG jawab jika masih lagi mempunyai akal fikiran ke? Apahal tak menjawab soalan saya, akal fikiran dah hilang kerana terpesona dengan ajaran CASH IS KING ke? Cer citer, teman nak dengor juge.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  4. Saya bukan ahli umno sebab kami tak ada umno dinegeri kami dan kami tak ingin umno kacau keharmonian negeri kami. Walaupun sokong BN kami tak bangsat dan tak tergadai maruah seperti kamu sesetengah ahli umno.

    1. Apabila Tony Pua persoalkan 1MDB DAN RM2.6 BIL, orang umno perlekehkan. Sebab apa sebab tony pembangkang dap. Bila mana mahathir mengkritik, beliau dituduh dengan bermacam2......naper, sebab dia ahli umno dan mantan PM. kalau rakyat biasa bersuara, ada umno kesah?

    2. Pas itu mulalah gerakan menangkap, membuang, memindah kakitangan, pac di neutralised....etc etc etc.

    3. Apabioa terdesak, alasan dengan mengalih tiang gol berterusan. Pagi ini terbaca soi lek kata duit yg diterima najib untuk funding bn....tiang gol dialih lagi.....

    4. Bila arul bersetuju bersemuka dengan tony, nur jazlan came into play dengan bermacam2 alasan........i bet the live talk will never materialise.

    5. Umno masih hidup berkuasa sehingga pru14 sahaja. Whatever reasons given by rahman dahlan, nazri, shahril yg umno n bn will win pru14.......take it with SECUKUP RASA, GARAM DAN BAHAN2 LAIN UNTUK KENYEDAPKAN TELINGA YANG SENANTIASA DIBANGSAT DAN TAK BERMARUAH

    BalasPadam
  5. chiken..chiken..chiken..always chiken. tony pee pakai gincu duduk belakang mati lagi baik. lawan la....sembang jer lebih. nak tau jugak sape benar sape salah. kalau ikut puak politik....kucing bolih jadi rimau. macai bolih duduk tepi diam2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1148..selalu ker ngko pergi belakang mati tu??!! .. diam diam?.. ngko sape??!!

      Padam
  6. JANGAN SEMBANG LEBIH....RAKYAT NAK TAU JUGAK. PARA MACAI DUDUK TEPI DIAM2. JANGAN MENYIBOK....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nape tak bole sembang lebih ??!! ..kene tangkap ker??!!..

      Padam
  7. Anon 11.48 am....engkao dgn najib mulut merah tu kalau pakai ginju merah kat belakang mati sah ramai bangla datang kerumun.engkau memang pandai jilat tu sebab najib sayang kau

    BalasPadam
  8. Rakyat nak tau...mana benar mana salah. Dah orang tu sanggup berdebat...nak lari la pulak. Alasan...alasan...alasan. Phorraaahhhh.....chittt.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu chiken....memang chiken.....

      Padam