Tahniah PAC..! Syabas kerana berjaya 'membenarkan' telahan dan tanggapan rakyat berkaitan Jho Low..! Rakyat dah pun mengagak yang Jho Low akan terus selamat, sihat dan boleh terus merembat..!
Tiada keperluan terdesak bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil ahli perniagaan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho bagi menghadiri prosiding siasatan berhubung dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad.
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata jawatankuasa itu tidak menyenaraikan Low sebagai saksi yang perlu disegerakan dalam siasatannya.
"Setakat ini belum ada tarikh nak panggil Jho Low. Kita masukkan beliau sebagai personaliti, bukan saksi, (sebaliknya) individu yang kita perlu panggil, ia bukan mendesak," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Mengulas mengenai prosiding siasatan terhadap 1MDB yang tertangguh sejak Julai lalu, Hasan yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata pihaknya tetap akan meneruskan rancangannya sebelum ini.
Katanya jawatankuasa di bawah Parlimen itu akan memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, serta beberapa lagi pengarah syarikat berkaitan 1MDB.
"Kita akan teruskan prosiding dengan memanggil mereka yang ditetapkan sebelum ini, seperti CEO dahulu, Arul, Shahrul, dan pengerusi-pengerusi mereka.
"Tarikh kita akan tentukan secepat mungkin,” katanya.
Gambar kat atas tu bukan gambar pak arab yang menderma tau..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
rakyat masih tak faham kes 2.6 b ni...SPRM tu ada kuasa lagi ke...atau masing2 nak jaga periuk nasi sendiri...bubarkan saja sprm....ikan bilis lu hambat...ini buaya ...naga semua senyap ...kuku semua termasuk...poorahhhh
BalasPadamMaaf saya tanya....adakah melayu islam dalam umno telah dibomohkan sehingga mereka gagal berfikir secara matang, berfantasi and indulged in falsity?
BalasPadamPertama kali saya tanya....adakah malaysia sekarang malaysia yang ditubuhkan bersama sabah dan sarawak?
Anon 3.38 pm..bukan di bomoh tapi dirasuahkan.wang raja donia
PadamAduhaii...apa istimewanya mamat nii dimata mohd najib..? Mamat nii penjaga harta karun mohd najib kee..? PAC nii wujud utk apa..? PrOoOtT
BalasPadamkat sebelah sana suku serkap Pak Arab Celup ni tak kasi can sama ente-ente; kat sebelah sini lain pulak: terlebeh can le pulak dah! ana bolih pining ini macam.
BalasPadamWoi bangsat, kata harga topup turun 1 november ni tapi apa hal kena gst lagi ini? Sial betul, admin tolong bincang isu ini
BalasPadamBro....1 jan 2016, bolih ler kutip dua bulan lagi. ...banyak tu buat belanja naik jet satu donia
PadamKalau tidak punya kepakaran dan tenaga yang mencukupi, sewajarnyalah PAC tidak terlibat dalam siasatan pada peringkat ini. PAC sepatutnya menunggu Audit Negara menyiapkan laporan penuh tentang 1MDB. Itulah fungsi asal PAC pun. Tanpa laporan penuh Audit Negara, PAC tidak berwibawa untuk menjalankan siasatan sendiri. Jelas dan nyata PAC dilibatkan kerana lebih mudah untuk dikawal berbanding dengan badan siasatan lain khususnya SPRM, BNM dan PDRM yang mempunyai bidang kuasa dan kepakaran yang luas. Orang putih kata redundancy. Pihak yang paling tidak berwibawa menjalankan siasatan dari segi pengalaman, kepakaran dan bidang kuasa sebaliknya paling mudah dikawal ialah PAC. Tatkala peranan agensi lain semakin dimalapkan peranannya dalam siasatan, PAC diangkat dengan begitu bersungguh2 seolah PAC adalah pihak yang paling berwibawa dan harus diletak sepenuh kepercayaan dalam episod ini. Penyudahnya nanti, laporan siasatan PAC akan dimasyhurkan manakala laporan Audit Negara digelapkan. Telah terbukti laporan interim 1MDB Audit Negara dijadikan rahsia dan tidak diumum untuk dinilai oleh khalayak rakyat. Berani kerana benar, kalau sorok2 tu ada salahlah.
BalasPadamUdah2 le... x terkesan pun pemimpin be end dgn serangan 1MDBi nih.
BalasPadamKorang bising2 pun......semuanya rahsia...... semuanya x bleh lihat..... nanti account semua mungkin clear punya. 'Duit' tu mainan dorang je.
Tolonglah angkat isu PTPTN, pendapatan petani/nelayan, kos harga barang dan gst nih...
Ini semua masalah yang jelas dilihat. Rakyat terhimpit.
nama jho low terpalit kerana kononnya syarikat beliau mendapat komisyen traksaksi biz 1MDB... hasil siasatan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali maka tiada sebab dia perlu dipanggil sbg saksi utama... fokus siasatan tertumpu kepada src dan individu yg disyaki menerima komisyen... tak tau hujung pangkal nak jadi penyiasat pulak... nampak sgt bodoh tu... sorok2 la sikit....
BalasPadamMana dia Suboh Mat Yasin dan Nik Faisal? Apahal tak hadir jumpa dengan para penyiasat SPRM untuk siasatan kes dana SRC yang sebahagiannya melingkup tak tahu apa dah jadi tu?
PadamKemudian, mana di Casey Tang dan Jasmine Loo Ai Swan? Apahal tak hadir jumpa dengan penyiasat dari Bank Negara untuk siasatan dana USD 1.83 bilion dan kes-kes lain berkaitan penyelewengan di 1MDB?
Suboh dan Nik Faisal ni masih kerja dengan SRC lagi ke? Apahal Kementerian Kewangan selaku pemilik tunggal SRC tidak mengarahkan Suboh dan Nik Faisal ni hadir untuk beri keterangan dalam soal siasat oleh pihak SPRM?
Begitu juga dengan Casey Tang dan Jasmin Loo Ai Swan masih lagi kerja dengan 1MDB ke? Kalau masih kerja dengan 1MDB, apahal 1MDB selaku majikan mereka, terutama Arul Kanda sebagai CEO 1MDB tak arahkan kedua-dua individu berkenaan hadir dalam sesi soal siasat oleh pihak Bank Negara?
Selama kehilangan keempat-empat individu berkenaan apakah tindakan yang diambil oleh SRC, 1MDB dan Kementerian Kewangan untuk mengesan mereka? Malahan jika mereka masih lagi berkhidmat dengan SRC dan 1MDB, pasal apa mereka tak dipecat lagi sedangkan larikan diri dari tugas?
Ketua Polis Negara tak mau nak tolong ke untuk minta Interpol keluarkan notis merah untuk tangkap keempat-empat individu berkenaan dan diserahkan kepada pihak BNM dan SPRM untuk disoal siasat?
Sungguh meragukan, amat meragukan apa yang berlaku ini, Kementerian Kewangan, 1MDB dan SRC macam tak kisah pun pekerja mereka hilang, malahan selama mereka hilang tu, ada ke Kementerian Kewangan, SRC, dan 1MDB buat laporan polis mengenai kehilangan pekerja mereka itu? Setahu saya tak ada, pasal apa tak buat laporan polis ye? Apakah Kementerian Kewangan, SRC, dan 1MDB syok tak terkata ke pekerja mereka itu hilang?
Sila blogger MYKMU.net, Salleh Keruak, Rahman Dahlan, Shahrir Samad, Ahmad Maslan, serta Zahid Hamidi beri penjelasan mengenai hal ini.
Saya malas nak tanyak macai pemakan dedak belaan Najib seperti sman, System baru, Semangat dato’ haron a.k.a. Semangat CASH IS KING, dina, adi, hadi, Meriam Buluh, dan lain-lainnya tu, sebab mereka ni bukannya tau apa, hanya tau komen merapu tak tentu hala merapu sana sini saja, tak ada isi, hampas pun tak ada, kosong, tak guna tanya orang macam ni, bukannya tau apa, hanya komen bodo sambil mengharapkan keropok mamee monsteri, air kotak yeo’s, kuaci, gula-gula dan duit dua tiga puluh sen dicampak ke muka, melompak keriangan seperti beruk dan kera ditabur pisang, mencicit kegembiraan seperti ayam dan itik ditabur hampas kelapa.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Salam perjuangan A B C. Kihkihkih
PadamDulu aku baca akhbar kata kalau laksana gst barang turun.namun lain pulak jadi, harga makin mahal, tak faham aku,
BalasPadamDua-dua pihak sama saja janji tak boleh pakai. Tang belah sini GST tang belah sana kata nak tutup tol tetapi realitinya depa yang tambah lebih banyak tol. Udahlah barang naik, tol pula macam cedawan lepas hujan, memang berat.
Padamanon 6.39
Padamtol x slh...ia nye utk kemudahan bg yg memerlukan...setiap perniagaan msti mahu ke untungan...fhm lahh...
yg jd masalah skunk ni adalah najib rosmah n soldadu yg bermsalah . .membuat kekayaan ats derita rakyat mlysia
Eh. Buat2 x faham je tu.
BalasPadamMemang mreka x nak orang faham, Lagi ramai x faham lagi bagus.
Selagi ada rakyat miskin di kampung2 boleh di tipu, selagi itulah kite kena buat2 faham.
kuang... kuang... kuang.... hehehe kan dah cakap kualiti pengerusi pac ni sama je ngan ag baru.... adik beradik kut... hehehe... pandai uncle najib pilih orang... sama taraf sama level... hehehe.... agaknya semua yg uncle najib pilih saja je kot kualitinya... termasuk la tpm uncle najib sendiri.... hehehe....
BalasPadamuncle najib atas sikit je dari semua.... kan uncle najib bos...musti la lebih sikit... hehehehe... lebih kurang atau lebih banyak tak tau la.... uncle dan anak buah je yg tau... hehehe...
Padam