Isnin, 2 November 2015

Cari Segera..!


Kerajaan perlu peka dengan keperluan rakyat..! penarikan subsidi beras dari ketirisan memang baik..! Namun pihak kerajaan seharusnya sudah sedia memiliki cara bagi mempastikan bantuan kepada rakyat miskin dapat terus dilaksana  sebelum atau semasa penarikan subsidi tersebut diumum..!

Rakyat tahu dalam isu beras subsidi ni sudah ada yang dipanggil dan di siasat oleh SPRM..! Orang politik malah orang besar Kementerian juga turut disiasat..! 

Rakyat juga tahu bahawa ada orang politik yang menggunakan subsidi beras untuk memperteguh sokongan politik..! Dikhabarkan juga ada orang kuat bahagian yang setiap bulan  meratah subsidi tersebut..!

Tahniah kepada Shabery Chek yang berani memberhentikan kebejatan ini..! Banyak dah duit mengalir ke kantung peribadi dari golongan sasar..! 

Mungkin tindakan ini akan mengurangkan populariti Shabery dikalangan ahli politik namun Shabery sebenarnya menggalas amanah dengan penuh hikmah..! Amanah akhir zaman ni memang macam memegang bara api..! 

Cari segera mekanisme yang sesuai..! kalau perlu bagi duit bagi la..! Rakyat tak kisah nak makan beras hancur..! daripada program yang dilihat baik diatas kertas namun hancur oleh mereka yang 'gian' subsidi untuk kepentingan diri..!

Buat dan lakukan segera Menteri..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencari mekanisme baharu bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk membeli beras selepas pemansuhan program subsidi beras Super Tempatan (ST15), mulai tahun depan.

   
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, antara mekanisme yang boleh dipertimbangkan adalah menilai modul di negara lain, seperti Thailand yang mana rakyatnya tidak makan beras tinggi kandungan hancur, sebaliknya menggunakan beras tempatan mereka.
   
"Program beras subsidi in diperkenalkan pada tahun 2008 apabila difikirkan bagaimana mahu sediakan beras pada harga yang murah. Bagaimanapun, ada kelemahan dari segi pelaksanaan dan kita tidak mahu beras yang dikeluarkan kepada rakyat Malaysia akhirnya sampai ke pihak tidak sepatutnya.
   
"Kita juga memikirkan adakah selama-lamanya rakyat miskin di negara kita akan makan beras hancur?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasaraya Agro pertama di Malaysia di Bera di sini, hari ini.
   
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga ahli Parlimen Bera dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman.
   
Ahmad Shabery juga memaklumkan antara mekanisme lain yang boleh dipertimbangkan ialah dengan memberi wang bersamaan jumlah subsidi bagi sekampit beras, iaitu RM7.50 kepada golongan sasar supaya mereka dapat menggunakannya untuk membeli beras yang lebih baik.
   
Kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kementerian kendalian Ismail Sabri yang 'menjaga' golongan penoreh getah dan pekebun kecil yang merupakan golongan sasar program subsidi itu, katanya.
   
Beliau memaklummkan kerajaan membelanjakan RM530 juta setahun bagi program beras ST15, namun pemerhatian mendapati beras itu banyak dibeli oleh warga asing dan restoran.
   
"Sesuatu program yang dilaksanakan mesti mempunyai data dengan integriti tertentu dan data tentang pengedaran beras ini tidak menyeluruh dan sempurna. Ia hanya di peringkat pengilang dan pemborong, tetapi siapa yang membeli dan di mana kedainya... ini yang perlu kita lihat sendiri," katanya.
   
Semalam, Setiusaha Bahagian Industri Padi dan Beras MOA, Samsuddin Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan pemansuhan program subsidi beras ST15 ekoran terdapat banyak masalah ketirisan berkaitannya.
   
Beras ST15 adalah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15 peratus beras hancur yang kualitinya sedikit rendah berbanding beras tempatan biasa ST5 dibeli oleh majoriti pengguna dengan kandungan lima peratus beras hancur. - Bernama

11 ulasan:

  1. Duit BR1M tu gunalah utk beli beras, minyak masak, isi minyak petrol dan bayar tol. So, takder la kata tak dpt subsidi lg. Kalau bg subsidi mcm sebelum ni, semua dpt , org asing, org kaya, so, tak kena kumpulan sasar yg sebenar. Logik jugak akal penasihat penasihat Najib tu.

    BalasPadam
  2. kena stop makan nasik.

    tanam ubi, keledek, keladi, sukun, pisang, sayur, epal, anggur, ganja dan ketum je....lepas tu tanam diri sendiri, tgk tumbuh tak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau ni dah tanam semua tu atau ckap yo , susah kau nk kimbus diri sendiri
      tapi aku dah cipta alat utk kau tanam kau
      cuma tarik tanah jatuh dan kau mampos

      Padam
  3. Buat pertamakali setahu aku admin memuji menteri kerajaan.jgn jadi talam dua muka udah lee kiri kanan hang sapu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi aku ini yg betul....Perjuangan menentang Rasuah mesti mendapat sokongan rakyat baru berjaya.

      Cuma biasa la mana2 kumpulam akan ada pro dan kontra..Sokongan kpd Kerajaan bermakna memberi kredit kpd Najib.Akhirnya lahirlah golongan penentang tegar..semuanya salah,

      Kpd geng Tun M yg sentiasa membuat fitnah sabar la ya...Korang kata Najib batalkan beras psal tak cukup wang kan....Ok teruskan makanan fitnah ya...Kita tengok siapa dijalan kebenaran dan siapa yg otaknya hanya tahu fitnah...

      Padam
  4. Kalau kat negara lain, ada menteri cakap kalau beras mahal, jangan makan nasi. Banyak lagi benda lain yang boleh di makan..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ..Geng Tun M baru nak buka mata cara pemerintahan Najib la...Alahai...Baca la balik camna SPRM buat kerja..Kau ingat isu ketirisan yg diselesaikan dizaman Najib baru ari ini ya..

    1-Ketirisan minyak paling banyak wei..seludup pkai kapal tangki tau...

    Ahmad Sabree jgn risau Allah bersama-sama orang-orang baik...Insyallah kena banyak sabau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cai Dedak... cuba ngko tanye ismail sabri menteri MOA yg lama.. brape byk dia ada massyukk???!!!....

      Padam
    2. Memang org dah lama bukak mata.
      Regim Najib penuh dgn manusia ampu/jilat.
      Selalu jadi munafik bila bercakap.m

      Berapa bilion regim Najib dah selamatkan duit minyak, mana duitnya?

      Kenapa pulak pukul kompang, GST yg tambah pendapatan negara?

      Tak ada pun dlm ucapan Najib kata dah dapat kawal ketirisan penjualan gelap minyak.
      Tak ada pun Najib kata dah masyuk berbilion sbb tak ada lagi yg jual minyak gelap.

      Sekarang, berlambak pulak mesin slot judi dimerata tempat.

      Padam
  6. Kek Ameriko tuh ada kurang lobih 8 juto PATI. Kalo gandum disubsidikan, tak terkiro bonyak nyo kojean Ameriko kono tanggung. Makonyo gandum tidak diberikan subsidi. Dlam kato laeng, mana-mana negaro tidak akan ado peruntukan apa yang dinamokan subsidi PATI.

    BalasPadam
  7. Sifir nya mudah. Kalo Tun ckp betul tindakan kerajaan, semua setuju walaupun salah. Kalo Tun ckp tak baik, semua ckp xbaik.
    "semua" tu adalah lembu yg ikut tali dihidung. Tarik kanan, dia condong kanan. Tarik kiri, condong kiri.

    BalasPadam