Ahad, 1 November 2015

Politik Matang..!


Ada kebenarannya..

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz semakin bimbang terhadap apa yang berlaku dalam Umno hari ini.
"Perkara menjadi sangat peribadi... sehingga semuanya kelihatan seperti ada dendam peribadi. Tumpuan difokus kepada individu berhubung pelbagai sebab dan bukan kepada parti serta kepentingan ahli.
"Kata-kata yang menyakitkan hati dilempar, serangan peribadi menjadi norma. Paling teruk, tiada tolak ansur langsung kepada sebarang suara yang ingkar atau berbeza pandangan," katanya dalam Facebook.
Kenyataan bekas ketua wanita Umno itu dibuat ketika spekulasi semakin hangat bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal digantung dari kedudukannya.
Rafidah memberi amaran bahawa akan menjadi "kesilapan besar atau persendaan" jika pemimpin hanya mendengar suara penyokong mereka sahaja.
Penyokong pula, katanya, dijangka menyuarakan apa yang mereka fikirkan pemimpin mahu mendengar.
"Tidak ramai penyokong yang mahu menghulur tengkuk untuk menyatakan sesuatu yang berbeza. Dan dalam politik, adalah lumrah untuk tidak mempersoalkan atau untuk menunjukkan perbezaan pendapat, "katanya.
Rafidah berkata isu yang dihadapi oleh parti dan negara bukan isu peribadi pemimpin, justeru, elemen peribadi mesti diketepikan.
Apakah masyarakat kita sudah berjaya berpolitik matang?
Atau sebaliknya?
Lu Fikir La Sendiri!!!

18 ulasan:

  1. Berbicara tentang peribadi , persoalan timbul kenapa Najib memasukkan 'Wang derma' ke dalam akaun peribadi (kunun2 "derma" sepertimana diadu domba pencacai2 Najib?)

    Sepertimana yang telah di ketahui oleh rakyat selepas percubaan menyembunyi Dan komplot sorok Najib berkenaan Wang "DERMA" ini gagal Dan kantoi, Najib Dan penca...ca...cai Cuba mengalihkan isu ini.

    Hakikatnya....

    Najib menjangkakan dalam PRU13 yang lepas umno Dan BN akan gagal , tewas dalam pilihanraya tersebut.

    Strategi Najib yang bodoh lagi dungu ditambah dengan sifat ketamakan beliau adalah, apabila umno Dan BN tewas, maka beliau boleh melarikan Wang tersebut.

    Sungguh malang strategi pilihanraya yang telah ditangkap oleh pemimpin umno terdahulu adalah memastikan umno akan memenangi pilihanraya dengan "sistem tanda amaran awal' kepada pemimpin yang pemerintah supaya bangun Dan sedar Dari Tidur Dan kebodohan yang telah mereka lakukan..

    Adalah amat jelas tindakan kebodohan Najib memerangkap beliau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walau apa pun, UMNO dan kerajaan telah difitnah kononnya menerima derma dari tok arab dan Arab Saudi, sedangkan tak ada satu sen pun dari wang USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion itu diserahkan kepada UMNO, semuanya dibelanjakan sesuka hati oleh Najib dan larikan baki wang itu sebanyak USD 650 juta a.k.a. lebih kurang RM 2 bilion ke Singapura pula.

      Semuanya kerana Najib nak lepaskan diri dari perbuatan jenayah pengubahan wang haram, kerana dah kantoi, khianat parti, khianat kerajaan, buat fitnah kononnya wang itu derma untuk parti, lepas tu derma untuk kerajaan pula.

      Jenis pengkhianat macam Najib ni sangat keji, tidak bertanggungjawab, dasar gunting dalam lipatan, api dalam sekam, duri dalam daging, sanggup jadikan parti sendiri dan kerajaan sendiri sebagai mangsa kerana nak lepaskan diri sendiri dari tuduhan jenayah yang Najib sendiri buat jenayah itu.

      Majoriti ahli UMNO masih tak sedar, dicampak oleh Najib keropok mamee monster dua tiga bungkus ke muka, dicampaknya air kotak dua tiga kotak ke lantai pun bukan main berkerumun ahli UMNO datang jilat kaki Najib sambil mengharap Najib lempar beras dua tiga kampit dan kain batik dua tiga helai untuk diberebut sesama ahli UMNO.

      Teruskan jadi manusia yang mudah diumpan dan dibeli dengan barang-barang sedemikian, jual maruah diri, tepuk tangan sampai merah tangan bila Najib membohong korang semua, nilailah mentaliti korang semua tu, teruskan jadi alat untuk Najib rembat berbilion-bilion masuk karung, korang pula Najib campaklah dua tiga puluh sen ke muka tu pun berkerumun mengutip.

      Saya bukannya nak menghina, tapi majoriti ahli-ahli UMNO nilailah sendiri maruah korang tu, ada nilai berapa lagi yang ada bila korang terus biarkan Najib pelingkupkan UMNO dan merosakkan negara ini tanpa ada korang nak bertindak untuk tumbangkan Najib demi maruah UMNO.

      Jangan sampai maruah UMNO disamakan dengan taik dalam lubang jamban sudahlah, sedarlah makin hari rakyat pengundi atas pagar makin menjauhi UMNO, korang ingat dengan ahli korang yang 3 juta orang tu yang mana ramai lagi tak daftar jadi pengundi tu boleh menang pilihanraya ke? Sedarlah, pengundi dalam PRU 14 dijangka sebanyak 15 juta orang, ahli korang tu hanyalah 1/5 dari jumlah pengundi sahaja, 20% dari jumlah pengundi saja, teruskan syok sendiri ditabur oleh Najib dengan segala keropok mamee monster, air kotak, kain batik, beras, kuaci dan sebagainya tu, teruskan berkerumun mengutip bak pemintak sedekah, lepas tu tepuk tangan sampai merah tangan dan bangga diri kononnya UMNO mampu menang pilihanraya tanpa mengharapkan pengundi atas pagar.


      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Bila kata majoriti ahli umno, kenalah ada perkiraan yang menyokong kata2 itu. Yang nyata menyokong najib bermati2an ialah kalangan menteri dan timbalan menteri, majlis tertinggi dan ketua2 bahagian serta blogger bangangnya. Tiada bukti kata majoriti ahli umno menyokong najib bermula dari timbalan ketua bahagian. Kalau nak tahu suara akar umbi, presiden kena jumpa ketua2 cawangan terus. Ada lebih 20 ribu cawangan berdaftar katanya. Jumpa dan beri peluang ketua2 cawangan bercakap secara bebas. Lalangan ketua cawangan adalah kumpulan yang menanggung beban tanpa sebarang manfaat dalam keadaan sekarang.

      Padam
    3. Saudara berasiam, sekarang ni pun apa yang ahli UMNO buat semasa parti mereka sendiri dikhianati oleh presiden parti mereka sendiri?

      Bila Najib songlap duit masuk akaun sendiri, lepas dah kantoi maka Najib fitnah UMNO kononnya itu wang derma untuk UMNO sedangkan tak ada satu sen pun dari wang itu diberikan kepada akaun UMNO, malahan dalam penyata kewangan parti bagi tahun 2013, langsung tak ada pun dicatatkan pasal derma RM 2.63 bilion tu, apa yang ahli UMNO buat?semuanya biarkan sahaja.

      Berapa kerat ahli UMNO yang berani seperti cawangan UMNO Pusat Bandar Taman Chempaka di Selangor, lepas tu beberapa cawangan di Bahagian Telok Kemang, Puan Anina dari cawangan UMNO Padang Mat Sirat, Datuk Seri Khairuddin dari Bahagian Batu Kawan, dan beberapa orang lagi, yang lain semuanya takut, takut kena tangkap dan dilokapkan seperti yang dialami oleh Datuk Seri Khairuddin, takut dipecat dari parti seperti yang dialami oleh Puan Anina, semuanya angguk dan tunduk mendengar segala kata yang diucapkan oleh Maharaja Najib CASH IS KING.

      Ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan perlu buktikan dengan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pejabat bahagian masing-masing dan desak supaya kepimpinan Bahagian supaya buka mata dan buka hati untuk mengambil tindakan terhadap Najib yang dah terang-terangan khianati UMNO bila Najib songlap duit dalam akaun sendiri, lepas tu fitnah kononnya wang itu derma untuk UMNO, tak pasal-pasal UMNO diheret dalam jenayah yang dibuat oleh Najib itu, Najib sedap-sedap dapat berbilion ringgit, UMNO pula jadi bahan kutukan maki hamun dan tidak dipercayai oleh masyarakat.

      Kepada ahli-ahli UMNO sekalian, buktikan korang semua masih lagi punya maruah dan bukannya manusia kelas rendah yang sanggup berebut keropok mamee monster dua tiga bungkus yang dicampak oleh Najib itu, buktikan maruah korang tu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. Nanti dalam perhimpunan agung UMNO kita lihatlah apa akan jadi, apakah ahli-ahli UMNO akan menangis terharu mendengar pembohongan demi pembohongan Najib yang kononnya perjuangan agama, bangsa, dan tanah air itu atau ahli UMNO akan bangkit menegakkan yang hak dan menumbangkan yang batil.

      Kita lihatlah apakah para perwakilan UMNO kelak akan tunduk tersipu malu sambil memuji Najib sambil mengharapkan dua tiga bungkus keropok mamee monsteri dicampak ke muka mereka sebagai habuan atau mereka akan lantang mendesak supaya Najib dipecat dari parti dan didakwa di mahkamah kerana menyonglap wang kemudian tuduh sebagai derma untuk UMNO pula sedangkan tak ada hatta satu sen pun wang itu diserahkan kepada akaun UMNO.

      Kita lihatlah dalam perhimpunan agung nanti, apakah ahli UMNO hendak mempertahankan mempertahankan maruah parti atau sanggup merendahkan martabat diri hingga menjahanamkan parti kerana kemaruk berharap dua tiga bungkus keropok mamee monsteri dicampak ke muka mereka sebagai habuan.

      Kita lihatlah nanti, apakah UMNO hendak berubah dan menyelamatkan parti atau ahli UMNO nak melingkukan parti demi habuan yang tak seberapa.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    5. Nampak sangat saudara abu bakar terlalu ikhlas dan lurus tapi tidak berpijak di bumi nyata bila mencadangkan ahli umno berhimpun secara aman di hadapan pejabat bahagian. Semangat berkobar2 itu baik tapi pengalaman berorganisasi juga penting supaya mampu membaca realiti. Protes bukan mesti dengan cara berhimpun. Menzahirkan protes boleh dilakukan dalam bermacam cara yang lebih mudah tetapi lebih berkesan. Mesyuarat, penulisan, boikot dan sebagainya adalah cara protes yang lebih bermakna. Sebab itulah dicabar supaya pimpinan tertinggi parti bertemu secara terus dengan kepimpinan cawangan jika benar2 mahu mendengar suara akar umbi. Beri kebebasan bercakap secara telus. Bukan melalui pau yang semuanya telah diaturkan skripnya. Muhyiddin dan Shafie sebagai timbalan dan naib presiden sepatutnya telah memulakan jelajah menemui ketua2 cawangan selepas disingkir dari jawatan kerajaan. Melalui platform sedemikian barulah suara akar umbi boleh diperdengarkan. Sudah tentu timbalan dan naib presiden mempunyai tanggung jawab yang lebih besar untuk memelihara keutuhan parti. Takkan ahli biasa nak berlebihan sedangkan pemimpin besar pun macam tak tahu nak bertindak dalam keadaan krisis.

      Padam
    6. berasiam, apa lagi cara yang berpijak di bumi yang nyata? Buat bila bertanya pasal 1MDB dan RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib tu, maka dipecat dari jawatan seperti yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

      Malahan bila bawa kes ke mahkamah, maka dipecat dari parti macam yang dialami oleh Puan Anina.

      Kalau buat laporan polis dalam negara tak dipedulikan laporan berkenaan kerana Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara adalah macai tegar Najib. Kemudian bila buat laporan polis kepada pihak berkuasa di luar negara maka dituduhnya mengancam demokrasi dan nak menggulingkan kerajaan, bukannya buat laporan polis terhadap kerajaan, tetapi syarikat 1MDB, itu pun ditangkap dan dilokapkan, malahan tak dibenarkan diikat jamin.

      Sekarang apa lagi cara yang boleh? Duduk diam, tunggu Najib campak kuaci, gula-gula dan masing-masing berkerumun mengutip seperti pemintak sedekah lepas tu tepuk tangan ramai-ramai sambil puji dan mengagung-agungkan Najib?

      Sekarang ni kepimpinan atasan bukannya nak pedulikan kepimpinan di cawangan, lihatlah apa dah jadi dengan kepimpinan cawangan di Bahagian Telok Kemang, berbagai ugutan dan penindasan diterima mereka, mereka diugut untuk disingkirkan dari parti, nama mereka telah dihantar ke UMNO Pusat untuk tindakan disiplin, bukannya UMNO Pusat nak datang dan berbincang apakah yang perlu diperbuat untuk perbaiki UMNO dengan kepimpinan cawangan di Telok Kemang itu, tapi ugut itu dan ini pula.

      Tan Sri Muhyiddin kini pun tak boleh bertindak agresif kerana telah dirancang beberapa rancangan untuk memecat beliau dari parti dengan alasan menghasut dan memecah belahkan parti.

      Sekarang ni ahli-ahli UMNO peringkat cawangan perlu berhimpun di hadapan ibu pejabat bahagian masing-masing, bawa sepanduk, bawa kain rentang, sediakan memorandum yang sama di seluruh bahagian, serahkan kepada ketua bahagian. Kita bukannya nak merusuh di depan pejabat parti, kita cuma nak nyatakan pendirian, penyamun seperti Najib tak layak jadi Presiden UMNO, dia hanya layak berada dalam penjara satu penjara dengan Anwar sahajalah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    7. Pemimpin besar ramai yang dah diberi makan dedak kenyang-kenyang, yang ikhlas jujur ditindas dengan berbagai penindasan.

      Padam
    8. Dah dinyatakan banyak cara lain tadi. Melalui mesyuarat, penulisan, boikot dan pelbagai saluran yang serupa. Syed Saifuddin menunjukkan salah satu saluran protes itu dengan membuka platform untuk Tun M bersuara. Sudah pasti beliau mengeluarkan modal sendiri atau ada pihak yang sudi menaja. Sepatutnya platform serupa dirintis oleh pemimpin atasan parti sendiri. Pemecatan dah berlaku lebih tiga bulan. Tiada tindakan diambil ke atas Muhyiddin dan Shafie dalam tempoh berkenaan. Apa pula tindakan Muhyiddin dan Shafie yang berkait dengan penyediaan platform untuk akar umbi menyuarakan pandangan. Kita bukan berharap Muhyiddin mengadakan roadshow ala Anwar. Namun sebagai pemimpin no 2 parti, Muhyiddin patut lebih tegas mempertahankan parti dengan menjadi saluran untuk suara akar umbi. Bila pemimpin no 1 dah tak boleh diharap, pemimpin no 2 pun buat tak tahu, masakan ahli biasa mahu ke depan.

      Padam
    9. Saudara berasiam, kalau pemimpin tak mahu ke depan, maka ahli perlu ke hadapan, lepas tu tendang semua pemimpin keparat tu keluar dari parti, humban ke penjara.

      Kalau naik kapal, kalau nakhoda pun bengong, takkan penumpang nak duduk diam dan terus karam bersama nakhoda bengong tersebut?

      Ahli perlu tegas, kalau di zaman Malayan Union dahulu pemimpin menggerakan ahli untuk bersatu menentang Malayan Union, kini pemimpin peringkat cawangan perlu bersatu bersama ahli-ahli masing untuk menggerakan perhimpunan aman di hadapan ibu pejabat bahagian untuk mendesak Najib meletak jawatan dan Najib didakwa di mahkamah atas tuduhan penyelewengan dan buat saman malu kerana Najib telah fitnah UMNO.

      Sampai bila ahli UMNO semua nak biarkan diri diperbodohkan oleh pemimpin yang kita angkat ke puncak kuasa, tapi bila dah berkuasa mereka perbodohkan kita semua, mereka khianati parti, orang macam itu bukan pemimpin, tapi pengkhiana jenis bangsat sekor-sekor haram jadah yang tak guna.

      Selamatkan UMNO, selamatkan Barisan Nasional, gerakan ahli akar UMNO sebagai wadah perjuangan parti, pemimpin atasan dah tak boleh diharap sebab dah dirasuah dedak oleh Najib.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    10. Umno ada perlembagaan. Sebarang tindakan perlu berasaskan Perlembagaan. Ada yang jelas boleh, ada yang dilarang, ada yang samar2. Macam kes Anina itu masih dianggap samar2 kerana beliau tidak mempunyai saluran dalam parti untuk mengetengahkan soalan berkaitan sumbangan 2.6 bilion itu. Maka itulah Anina membawa kes berkenaan ke mahkamah. Maka sebarang tindakan perlulah berasaskan Perlembagaan. Jika dah teruk sangat tindakan para pemimpin, bukan sahaja pemimpinnya kena buang, kapalnya mungkin perlu dibiarkan karam. Layar dikembang, sauh dilabuh, memang tak akan bergerak ke mana. Perkiraan sekarang, keramatkah umno itu hingga perlu dipertahankan begitu sekali walaupun telah jelas busuknya?

      Padam
    11. Perlembagaan apa lagi? Kalau pasukan penyiasat yang sedang menyiasat wang USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib yang mana Najib telah fitnah kata wang wang itu derma untuk UMNO sedangkan satu sen pun wang itu tak diserahkan kepada UMNO, pasukan penyiasat yang sedang menyiasat kes itu telah ditangkap, rumah mereka digeledah, barangan siasatan mereka dirampas, mereka diheret ke pejabat polis pada jam 1 pagi, Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara pecacai tegar Najib kata sekadar ambil keterangan, tak boleh tunggu esokkah? Lihatlah kalau undang-undang negara pun sanggup dipermainkan oleh Najib, apatah lagi sekadar perlembagaan UMNO, Najib buat lap kaki sahajalah perlembagaan UMNO tu, UMNO pun Najib sanggup fitnah sebagai penerima derma sebanyak USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion yang ada dalam akaun peribadi Najib tu, satu sen pun tak diserahkan kepada UMNO dijoli sesuka hati oleh Najib, dilarikan baki ke Singapura, kalau UMNO pun Najib sanggup fitnah sedemikian rupa, apalah sangat dengan perlembagaan UMNO tu, hanya kertas buruk yang dibuat lap hingus Najib sahajalah pada pandangan Najib.

      Sedarlah semua. Adakan perhimpunan di pejabat bahagian masing-masing, bawa sepanduk, bawa kain rentang, bawa memorandum, ahli-ahlu UMNO perlu buat pilihan, hendak selamatkan parti atau hendak membodohkan diri menjadi penyokong Najib untuk Najib hancurkan UMNO demi kepentingan peribadinya itu.

      Sedarlah semua.

      Salam Perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    12. Abu bakar. Dah berapa lama A Ba Ta ni kau perjuangkan? Mcm baru je.
      Kalo dh lama... zmn tun dulu kena berjuang jugak lah. 22Tahun, mcm2 perkara boleh diperjuangkan. Jgn berjuang pilih2 pulak...itu A B C namanya

      Padam
    13. Tanpa Nama1 November 2015 4:33 PTG, zaman Tun Dr. Mahathir dahulu, beliau bersama-sama ahli-ahli UMNO memperjuangkan A Ba Ta, buktikan kedudukan orang-orang Melayu adalah kukuh di zaman pentadbiran beliau, ekonomi orang Melayu yang begitu rendah ketika beliau mula ambil alih jawatan Perdana Menteri dahulu, lihatlah dengan begitu pantas beliau usahakan bermacam perancangan dan usaha untuk jayakan bangsa bumiputera yang berjaya bukan setakat dalam bidang ekonomi, tetapi pendidikan dan bidang-bidang teknologi pun orang bumiputera maju dengan mendadak menguasainya melalui polisi pentadbiran beliau yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa, dan tanah air, malahan orang bukan bumiputera pun mendapat kemakmuran bersama, tidak dianaktirikan oleh Tun Dr. Mahathir, buktinya sokongan kuat masyarakat bukan bumiputera memberi sokongan yang jitu terutama dalam PRU 1999 yang mana Barisan Nasional masih menang bergaya lebih 2/3 kerusi parlimen dan menguasai lebih kurang 56% undi popular.

      Kau tu yang mungkin baru berjinak dengan politik, tak tahu hujung pangkal, merapu tak tentu hala.

      Sila jawab pasal isu RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta dalam akaun peribadi Najib tu, derma kepada UMNO ke atau derma kepada kerajaan? Tapi saya yakini bahawa wang itu bukan derma kepada UMNO atau derma kepada kerajaan, tetapi wang songlap, wang pengubahan haram yang dibuat oleh Najib, bila dah terbongkar, jadikan UMNO dan kerajaan sebagai kambing hitam, difitnahkan UMNO dan kerajaan kononnya wang itu derma kepada UMNO dan kerajaan, tapi haram satu sen pun tak pernah diserahkan kepada UMNO atau kerajaan.


      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  2. ტ ვჰ ლარის მოგვბეზრდა ...ნლიაწგ ნიგფ ტტჰვფ..გტფპჟბლლ..? ProOO00ootTt

    BalasPadam
  3. Selepas tengok prinsip umno.....aku dah buat rumusan....Umno Is Not Relevan Anymore. Daripada the 7 warriors buang masa nak tukar umno yg membusuk......adalah lebih baik mereka form parti baru. Aku pasti ramai yg akan beralih ke parti baru tu. Ada masa 2 tahun lg untuk buat persiapan. Lg mudah sbb rakyat dah kenal.....siapa musang berbulu ayam sekarang ni. Percayalah....ini yg dinantikan rakyat.

    BalasPadam
  4. Umno rosak kerana najib,najib rosak kerana rosmah,ahli rosak kerana dedak,menteri rosak kerana wang/pangkat,MT rosak kerana juta juta.Semua perosak negara

    BalasPadam
  5. Abu bakar. DEB tu 30% pegangan bumiputera mmg smpai target tp berapa ramai org melayu didalam 30% tu? Kroni saje yg menikmati dan kayaraya. Tu sbb DEB dimansuhkan supaya 30% tu dpt di bahagikan samarata. Taknak ungkit ke psl perkara ni? Jgn bg alasan waktu tu rakyat xsusah spt skrg. Skrg masalah ekonomi adalah masalah global. Dah akhir zaman. Kalo awak pejuang A Ba Ta yg sbnr, awk akan fhm dan tau mana satu yg perlu diperjuangkan.

    BalasPadam