Isnin, 2 November 2015

Patut La..!


Apabila perkara yang melibatkan duit..! otak pun jadi tak waras..!

WANG ataupun duit boleh membuatkan seseorang itu melakukan perkara-perkara yang tidak rasional dan merbahaya.

Ada juga di antara kita yang tersilap membuat keputusan dalam urusan atas talian.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku pada fungsi otak kita bila ia melibatkan wang?

Bekas Naib Presiden dalam institusi perbankan terbesar di Amerika Syarikat, JP Morgan, Kabir Sehgal pernah berkongsikan pengalamannya tentang wang dan neurosains.

Pendapatnya itu dikongsikan ke dalam sebuah artikel yang disiar menerusi Harvard Business Review.

Sehgal menulis, pakar neuro mula menggunakan mesin pengimejan resonans magnet yang berfungsi untuk mengimbas kawasan otak yang dirangsang apabila seseorang individu itu berfikir untuk membuat keputusan dalam mengurus kewangan.

Hasil beberapa kajian mendapati wang boleh memuncakkan aktiviti neural pada otak dan ia dibuktikan  menerusi permainan judi yang disertai oleh 12 pemain.

Hasil kajian mendapati aktiviti neural yang memuncak pada otak mereka.

Penyelidik juga membandingkan hasil kajian mereka dengan laporan analisis individu yang ketagih dengan dadah dan hasilnya hampir sama.

“Tidak ada satu pun yang memberi kesan besar kepada manusia melainkan wang,” kata salah seorang penyelidik kajian itu kepada Sehgal.

Kajian juga melaporkan imbasan pada otak mencerminkan amalan pengambilan risiko.

Salah sebuah institut pendidikan dari Stanford melakukan kajian terhadap kesilapan pelabur dalam membuat keputusan.

Menurut penyelidik, berdasarkan imbasan otak yang diterima, mereka dapat meramalkan pilihan subjek sama ada untuk membeli saham yang mana ia merupakan keputusan berisik, atau yang kurang berisiko seperti bon.

Selain itu, kajian juga mendapati wang boleh mewujudkan perasaan ragu-ragu, khuatir dan gelisah dalam urusan melibatkan wang.

Subjek dalam kajian menunjukkan kesedaran diri, mengambil masa untuk seketika atau termenung dan menunjukkan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah kewangan yang kompleks.


Ada yang terasa???

Lu Fikir La Sendiri!!!

17 ulasan:

  1. Kalau buat pengimejan otak pencacai najib, keluar gambar dedak. Banyak sangat melantak dedak sampai otak pun berdedak.

    BalasPadam
  2. Sebab itulah para pecacai pemakan dedak belaan Najib begitu sukar nak menerima kebenaran walaupun kebenaran tu datang berlari-lari kepada mereka, rupa-rupanya virus CASH IS KING sudah menyerang saraf-saraf neuron, dendron, dendrit, akson dalam otak mereka.

    Jika kita masuk blog MYKMU.net, kita akan lihat pecacai tegar Najib seperti Meriam Buluh, sman, System baru, adi, dina, hadi, Memang Terok, dkds, Semangat dato' haron a.k.a. Semangat CASH IS KING begitu berhempas pula merapu itu dan ini hinggakan kita tanya mereka mengenai isu USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion dalam akaun Najib tu, maka mereka akan merapu tak tentu hala ibarat kerasukan hantu raya dan polong kelakuaannya.

    Biarkan golongan yang tak bermaruah yang bila Najib tabur 'dedak' maka berkerumunlah para pecacai tak bermaruah itu mematuk ibarat ayam dan itik ditabur hampas kelapa.

    Ahli-ahli UMNO sekalian (yang menyokong Najib dan jenis tak kisah sahajalah), apakah korang sayangkan parti atau sayangkan Najib yang dah fitnah parti pasal RM 2.63 bilion tu, ke korang ni jenis kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu? Mungkin bila Najib tabur keropok mamee monster dua tiga bungkus, air kotak yeos dua tiga kotak, lempar kain batik dan kain pelikat dua tiga helai, campak ke muka korang dua tiga puluh sen maka tepuk tanganlah menyokong Najib walaupun Najib mengkhianati parti sendiri.

    Saya bukannya nak hina, tapi nilailah diri anda semua.

    Fikir-fikiranlah ye.

    Sedarlah semua.

    Salam Perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. En bakar, bila masanya najib lempar mamee monster, air kotak, kain batik, kain pelekat, hatta dedak kpd para penyokong dia? En bakar ni ada bukti ke utk semua tuduhan tu. Tuduh najib kes lain, yg saya tak puas hati kerana menuduh org lain yg tak benci najib dgn tuduhan hina memakan dedak. Tak benci najib bukan bermaksud setuju dgn apa yg najib buat. Tidak adakah hak utk sebahagian rakyat berlapang dada dgn tidak meletakkan diri dlm situasi membenci sesuatu yg belum dibuktikan betul2 kesalahan? Tun mahathirpun hanya melontarkan soalan demi soalan, bukan bukti sahih yg boleh mengheret najib ke mahkamah...

      Padam
    2. "Tak benci najib bukan bermaksud setuju dgn apa yg najib buat. "

      Ini asia selatan bollywood or kollywood mari punya statement. Hancur malaysia disebabkan oleh punahsihat najib ni.

      Padam
    3. Anon 6:49
      Sy dr dulu pertikaikan perjuangan A Ba Ta abu bakar ni.
      Dia perjuangkan ABC sebenarnya.

      Padam
  3. KERAJAAN TOLONGLAH JGGN BAWA LAGI PEKERJA ASING BANGLADESH MASUK MALAYSIA INI, MALAYSIA DH SESAK DGN PENDATANG,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib nak buat CSR untuk dapatkan pujian dari Perdana Menteri Bangladesh, mungkin lepas ni Najib dan Zahid akan diberikan pingat-pingat dari Bangladesh, bukan satu, tapi mungkin 100 pingat, penuh baju.

      Semoga Najib boleh buat perkampungan tersusun untuk para bangla, nepal, myanmar, indon, berikan segala kemudahan, lepas tu rakyat sendiri biarkan merempat, nanti nak mengundi jumpalah dengan para pendatang asing tu, suruhlah mereka mengundi Najib dan kuncu-kuncu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  4. Ketua-ketua cawangan UMNO bila nak adakan mesyuarat dengan ahli-ahli UMNO peringkat cawangan untuk buat memorandum mendesak Najib meletak jawatan atau Najib dipecat dari parti jika enggan meletak jawatan? Buat sekali perhimpunan di hadapan pejabat bahagian, bawa sepanduk, bawa kain rentang desak Najib supaya letak jawatan di berhadapan dengan tindakan mahkamah serta jika enggan desak parti pecat Najib, Najib dah khianati parti, Najib dah fitnah UMNO pasal USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion tu, apa lagi nak ditunggu, nak tunggu parti karam dan lingkup dalam PRU 14 kelak?

    Ketua-ketua bahagian tu ada yang dah dapat habuan, macam Shahrir Samad, senang-senang saja, jadi barua belaan Najib, dapat RM 1 juta dalam bentuk cek, ada dia beri kepada ketua-ketua cawangan di dalam Bahagian Johor Bahru ke? Ke dia melantak seorang diri?

    Begitu juga dengan Ahmad Maslan, setakat timbalan ketua bahagian sahaja, dapat cek RM 2 juta, ketua bahagian Ir Hasni pun tak dapat macam tu, istimewa betul si Mat Maslan ni di pandangan Najib, ketua bahagian tak dapat apa, timbalan dapat RM 2 juta, ada masuk dalam akaun parti ke akaun peribadi Mat Maslan?

    Mas Ermiyati dapat cek RM 50 ribu, ada masuk dalam akaun puteri bahagian Masjid Tanah ke atau masuk akaun sendiri?

    Tengoklah ketua-ketua cawangan sekalian, itu baru tiga orang yang kita tahu kerana terdedah, berkemungkinan ada lebih dari 100 orang lagi ketua bahagian yang dah dapat habuan masing-masing dan berjoli sesuka hati, ketua bahagian berilah sisa-sisa, ketua bahagian dapat beratus ribu ringgit, maka diberilah kepada cawangan-cawangan dua tiga ratus ringgit sahaja, yang lain dipelahap sesuka hati oleh ketua-ketua bahagian, ambil teladan Najib yang rembat RM 2.63 bilion masuk akaun sendiri, bila dah terdedah tuduh kata wang derma untuk UMNO, tapi satu sen pun tak diserahkan kepada akaun parti, dijoli sesuka hati oleh Najib, malahan larikan bakinya ke Singapura.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  5. PATUT LA CASH IS KING................

    BalasPadam
  6. Haiwan pun ada otak. Gelombang otak yang aktif bila melibatkan persoalan kewangan mungkin lebih kepada nafsu. Haiwan pun ada nafsu. Jika bandingkan imejan otak manusia yang menghadap persoalan wang dengan imej otak haiwan yang menghadap mangsa mungkin ada persamaan. Apa yang membezakan manusia dan haiwan ialah akal. Manusia yang masih waras akalnya tidak akan menerima cash is king. Hanya yang dikuasai nafsu sahaja menerima dan mempertahankan bahawa cash is king. Samalah macam haiwan yang berotak tapi tidak berakal.

    BalasPadam
  7. Kajian itu bagus nilainya tetapi tidak lengkap kalau tidak memasukkan analisis tambahan: apa yang berbeza antara otak yang terlopong dengan poket kembong?

    BalasPadam
  8. Bagaimana pulak otak yang hanya jadi pak turut mantan PM?

    Mungkin keluar gambar YTL gamaknya.. bestarinyeeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yg menurut mantan PM?
      Ko?

      Tu sebab admin keluar pos ttg otak.

      Allah bagi otak suruh fikir.
      Ko masuk FB Najib.
      Tengok sendiri, yg menyumpah2, maki hamun tu sebab dengar cakap mantan PM ke?

      Tengok apa isu yg buat mereka benci dan marah kpd Najib.

      Gunakan otak. !!!!

      Padam
    2. Tanpa Nama2 November 2015 6:41 PTG

      selain yang hang sebutkan itu, akan keluar gelombang HAMPA, RAJUK DAN BEBAI, kah, kah, kah.

      Padam
    3. Skrip dah selaras dengan arul kanda semua. Mesti wajib sebut mantan pm yang kecohkan keadaan 1mdb. Asal boleh bayar hutang aja kira selesai masalah. Kata aset yang dibeli dari hutang tu bukan main untung. Tapi nak bayar hutang pun kena buat hutang lain, penyudahnya terpaksa jual aset, mana untungnya. Lepas tu tak habis2 sebut tun m yang buat kecoh. Arul tak payah buat scanning otak, cukup dengan buat ujian pembohongan aja. Masa debat dengan tony pua nanti elok dua2 disambungkan kepada alat menentukan pembohongan. Tengok corak gelombang otak masing2 macam mana. Alang2 debat secara langsung, biar penonton saksikan juga sejauh mana jujurnya mereka.

      Padam
  9. Bagaimana untuk mengenalpasti pemakan dedak?
    Mukaddimahnya bermula dengan makian dan akhirnya dengan labelan.

    Akhir akhir ini pula, kerap sangat ucapan diselit maksud Hadith dan Al Quran menasihati rakyat. Baguslah kalau sudah rasa bersalah dan ingin nampak bagus. Tetapi itu bukanlah jalan pintas menutup kezaliman dan bangkai gajah.



    BalasPadam
  10. Sapa la bodoh sangat percaya hasil kajian ni

    BalasPadam