Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Mei 2009

Macam-Macam BABI ada...


Macam-macam BABI ada... itu mungkin boleh kita simpulkan apabila menatap gambar yang ada.
Begitulah gambaran pandangan yang berbeza dari manusia yang pelbagai latar belakang budaya dan agama kepada binatang najis muhallazah ini. bagi kita umat Islam jelas bahawa ianya HARAM malah kalau tersentuhnya pun mesti disucikan dengan air yang bercampur dengan tanah.

Masyarakat kita meletakkan babi sebagai binatang yang jijik dan keji, itu sebab kalau di kalangan rakyat kita marah dan bermulut celupar maka perkataan babi terpacul dari mulut sebagai ayat maki. Tentunya perempuan yang mendokong babi itu tidak akan memilih babi sebagai kata-kata maki. Apapun sebagai orang Islam hukum BABI ialah NAJIS dan HARAM bagi kita untuk menikmati dagingnya. Itu jelas...samikna waataqna..InsyaAllah.

Selain dari hukum agama yang menetapkan begitu, babi juga dikenali kerana sifat kotornya, malah dalam diri babi itu sendiri terdapat cacing yang kalau dimasak dengan suhu yang tinggi pun virus itu tidak akan mati. Diberitakan bahawa cacing pita yang terdapat dalam babi itu boleh mendatangkan tidak kurang dari 50 penyakit, selain itu ia juga menyebabkan si pemakan akan mendapat semula penyakit lama yang pernah beliau hidapi mahupun keturunan terdahulu.

Apa yang lebih teruk dari itu, saintis telah membuat penyelidikan bahawa babi melalui kerongkongnya berupaya untuk memproses virus baru untuk menjadikannya wabak bagi menyerang haiwan atau manusia yang lain. Itu sebab wabak Influenza A H1N1 yang menyerang dunia hari ini di kenali sebagai Swine Flu kerana diawalnya ia hanya menyerang babi tetapi telah berjaya diproses menjadi virus baru yang merbahaya hingga menjadi pendemik kepada dunia.

Diberitakan bahawa pendemik yang pertama telah berlaku dalam tahun 1918, apabila wabak yang berpunca dari babi ini dikenali sebagai Spanish flu telah meragut nyawa lebih dari 20 juta manusia di seluruh dunia. Hari ini apa yang kita namakan sebagai Influenza tahap A (nak jaga imej babi) dan bukannya B atau C yang kurang berbahaya, serta H1N1 ini dilaporkan seakan-akan sama dengan wabak yang berlaku dalam tahun 1918 itu. Apa yang membimbangkan WHO dan masyarakat dunia ialah sehingga kini vaksin sebenar bagi membunuh kuman atau virus ini masih belum dapat ditemui, yang ada hanya lah penawar bagi mengurangkan sakit sekiranya belum serius menyerang...Persoalannya pula satu dunia juga tahu bahawa yang menjadi punca kepada pendemik yang menakutkan ini ialah babi tetapi kenapa ianya seolah-olah tidak mahu disentuh dan di kaitkan akan kewujudannya...kenapa? Apa specialnya babi-babi ni...?

Tentulah special kerana dalam dunia ini hanya umat Islam sahaja yang tidak memakannya sedangkan masyarakat dunia begitu menggemari dan 'gian' akan kenikmatan dagingnya. Kesatuan Eropah (25,704 B) dan US (2,823 B) merupakan pengeksport babi terbesar di dunia dengan nilai anggaran dagangan lebih 28 Bilion US Dolar pada tahun 2007 diikuti oleh Kanada dan Mexico. Ini lah yang menjadi sebab kenapa Yahudi begitu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan penternakkan ini wujud dan terus berusaha untuk mewujudkan barang-barang keperluan bagi kegunaan manusia hasil dari produk binatang haram ini. Bagi Yahudi jawapannya mudah kerana tugas untuk menyesat dan merosakkan akidah umat Islam perlu terus mereka jalankan. babi betul lah babi-babi ni...

Semangat babi ni nampaknya tidak hanya berlaku dikalangan Yahudi dan negara luar malah ianya boleh dilihat di dalam negara. Sikap penternak yang membelakangkan undang-undang dengan mewujudkan penternakkan haram binatang haram ini jelas membimbangkan. Sikap peniaga babi yang menjual babi hidup ke Singapura juga perlu dipantau kerana najis-najis yang bertaburan sepanjang lebuh raya dan mencemar alam sekitar selain kotor dan boleh mengundang penyakit perlu diberikan perhatian serius pihak berkuasa.

Semangat babi ini juga nampaknya menyerap ke kalbu dan sanubari pihak penguasa, contohnya Kerajaan PR di Selangor dilihat begitu teruja dan bersemangat dalam menambah biak penternakkan babi. Malah Kajian dan Teknologi terkini akan dibawa masuk. FDI La katakan... Kedah juga tersasul untuk mengikut langkah tetapi mungkin tersedar dek bau busuk dan kotornya binatang ini yang boleh menyebabkan mereka terpalit sama. Nasib baik... Perak dan Negeri sembilan merupakan kubu kuat babi di dalam negara setakat ini. Kalau dibenarkan parti babi wujud rasanya Presiden dan Timbalan Presiden mesti datang dari penternak dan penjual babi dari dua negeri ini. Dah dasar BABI...makan babi, tido babi, hidup babi, nak buat macam mana!

Malah yang lebih teruk dan membimbangkan ialah kewujudan JIWA-JIWA BABI dikalangan rakyat telah mula menular dan membimbangkan. mungkin belum sampai kepada tahap wabak tapi simtom-simtom nya telah mula kelihatan. Dengan kewujudan puak-puak pelampau yang sentiasa membawa penyakit bagi merosak dan memusnahkan perpaduan dalam negara. Puak yang hidup hasil dari dasar baik dan bijaksana BN selama ini akhirnya memproses virus dan menyebar wabak dengan mengatakan nagara ini mengamalkan dasar perkauman dan membunuh etnik. Mengkhianati negara dan menderhaka kepada Raja. Puak yang merasa diri lebih Islam dari orang lain rela dan bersedia menggadai agama untuk ditunggang dan di kuda oleh puak-puak yang semakin terserlah wajah, hati, jiwa, perkataan dan perbuatan komunis.

Ini lah keadaan kita orang Islam dan melayu hari ini, kita di serang dari luar dan dalam sama ada binatang babi itu sendiri, mereka yang mengaut keuntungan lumayan hasil dari perniagaan babi, mereka yang ingin merosakkan akidah umat dengan najis babi atau penternak dan peniaga babi. Apa yang lebih malang ialah kewujudan jiwa-jiwa babi yang menjadi perosak kepada agama, bangsa dan negara. Dan lebih dikesalkan ianya diterajui oleh mereka yang mengakui bahawa BABI itu NAJIS dan HARAM tetapi menyuburkannya dalam hidup seharian....

Fikir-fikir lah...

Selasa, 12 Mei 2009

Bodoh Tak Boleh Diajar..Cerdik Tak Boleh Diikut...


Melihat kepada apa yang berlaku di Perak hari ini, jelas bahawa politik Perak kian parah, parah kerana luka yang kecil dah semakin besar dan bernanah lalu menghambur bau yang begitu memualkan. Sedikit kelakar kerana jawatan MB macam iklan biskut...kejap ada, kejap takde..

Apakah kemelut ini akan ada kesudahannya? Jawapannya tentulah ada cuma masa dan ketika nya sahaja yang belum kunjung tiba tapi rasanya dah semakin senja untuk melabuh kan tirainya... sabar dan terus bersabar.

Kegawatan politik dalam negara kini sebenarnya bermula apabila keluarnya agen Amerika dari Sungai Buloh. Dari situ dirangka pelbagai cara "Grand Design" untuk memenuhi tembolok politik rakus, kejam dan tidak bermoral.

Berpolitik matlamat menghalal kan cara! Apa jua cara dan kaedah perlu dibuat dan di lakukan, yang penting berkuasa, kalau perlu tipu..tipu! kalau perlu bogel..bogel! kalau perlu derhaka..derhaka! dan pelbagai lagi kalau perlu-kalau perlu demi mempastikan kuasa politik warisan PAP untuk me Republik kan negara Melayu yang berdaulat dengan Raja sebagai Payung Rakyat dan Negara sebolehnya dijadikan bahan sejarah dan kajian generasi pada masa depan.

Anwar lah orang yang mula-mula mendendangkan lagu politik lompat dan beliau juga lah yang telah berjaya mencolek Nasa untuk berpaling dari saf BN, namun rancangan tinggal rancangan..apabila bukan sahaja Nasa kembali ke pangkal jalan malah membawa sama 3 orang wakil rakyat yang telah sedar dan insaf untuk turut serta menyokong BN sebagai wakil bebas.

Anwar dan juak-juaknya terlopong, terperanjat lotong, ingatkan untung sekarung rupanya rugi segunung. Maka dari situ lah episod derhaka dan kekurang ajaran bermula dengan gelanggang yang lebih terbuka. PAS yang seronok menjadi kuda tunggangan DAP yang ditarik oleh Anwar untuk menari mengikut rentaknya mula menghalkan apa jua cara asal matlamat terlaksana.

Agak-agak apalah salah dan dosa datuk nenek dan ibu bapa mereka dahulu hingga mereka sanggup melakukan onar mencipta sejarah hitam, mengkhianati bangsa dan menjual agama.

Atau memang tidak ada salahnya keturunan mereka tetapi dek kerana hilangnya bijaksana, jiwa dijajah tidak merdeka, gelapnya hati suka sengketa, si kafir menghina ayat suci demi kelangsungan politik yang Islam bertepuk membenarkannya..

Indonesia sebagai sebuah negara yang baru mengamalkan demokrasi dilihat lebih bertamadun dan bermaruah tapi mereka ini yang telah melalui 12 PRU dilihat semakin rendah akhlak dan jiwa serta semakin hina. Bibik dengan Jebeng lagi pandai politik rupanya dari mereka ini.

Tidakkah boleh mereka merenung sebentar bahawa apa jua yang telah, sedang dan akan berlaku di Perak ini hanya merugikan bangsa Melayu, bangsa yang mendokong Islam sebagai agama, bangsa yang menjadi tuan kepada watan yang tercinta.
Apakah sudah hilang semangat cintakan bangsa, tuntutan sayang kan agama dan rasa bertuah kerana adanya Malaysia sebagai tanah air untuk kita meneruskan hidup yang sementara? Takkan dah hilang semuanya?
Memang ada dikalangan mereka yang miskin pendidikan tapi tak bermakna mesti miskin jiwa dan budi pekerti dan tak kurang juga yang telah berjaya disuap dengan dasar UMNO dan menerima DEB maka kaya pendidikan tapi mereka juga kaya dengan perasaan takbur, bongkak dan sombong diri. Sehingga membenarkan yang batil dan membatilkan yang sememangnya benar...

Bak kata orang tua-tua..bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut, tak heran kalau semuanya kurang ajar yang kalut!!!
Lu fikir la sendiri...

Ahad, 10 Mei 2009

Berhentilah Berperangai Iblis & Binatang..!!!

Sesungguhnya manusia dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian, selain jasad ia dibekalkan dengan akal dan hati bagi membentuk sikap manusiawi yang penuh beradab dengan ketamadunan yang tinggi.

Itu sebab banyak sejarah dunia menceritakan akan ketinggian budi dan kehebatan akal fikiran manusia yang berjaya telah membentuk tamadun yang hebat, begitu juga lah sebaliknya sejarah menceritakan betapa rosak dan hina sesuatu tamadun dan hilangnya nilai budaya dan akal budi apabila manusia gagal mengimbangi anugerah kejadian yang dipinjamkan kepadanya oleh yang Maha Pencipta.

Didalam diri manusia ada nilai dan ciri-ciri asas seperti sifat malaikat yang tunduk sujud kepada kebesaran ilahi dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Selain itu didalam diri manusia juga ada sifat haiwan yang diberikan kepada manusia bagi memenuhi tuntutan syahwat untuk menentukan kewujudan umat manusia dapat terus berlaku, selain memenuhi tembolok yang perlu diisi. Manakala sifat iblis dan syaitan yang terjelma di dalam diri manusia apabila sifat sombong, bongkak, takbur dan engkar begitu menguasai diri.
Ini semua perlu diimbangi dengan adanya akal yang penuh terisi dengan ilmu yang kita pelajari serta hati yang berdasar kepada agama yang kita imani. Selain adab budaya bangsa yang kita warisi.

Persoalannya sejauh mana kita mampu mengimbangi akan sifat-sifat yang ada dalam diri bagi menjadikan diri kita manusia yang baik dan berguna. Menjadikan diri baik dan berguna bukan sahaja kepada diri sendiri malah keluarga, masyarakat, agama, bangsa, negara bahkan seluruh alam.

Namun apabila melihat kepada senario politik tanah air hari ini, dan yang terbaru melihat suasana pembukaan Dewan Undangan Negeri Perak 7hb yang lalu mungkin boleh kita simpulkan bahawa manusia baik yang digariskan tadi telah hilang atau larut dek kerana nafsu politik yang bertunjangkan kekuasaan menjadi keutamaan dalam langkah dan pertimbangan.

Hilangnya akal budi, hilangnya kewarasan pemikiran, hilangnya adab budaya bangsa dan lebih menyedihkan ianya menjadi tontonan anak-anak yang melihat contoh buruk yang dihidangkan oleh mereka yang bergelar wakil rakyat, pemimpin yang turun bertemu dan bercakap kepada seluruh rakyat akan pembentukkan negara yang bertamadun, akal yang terisi dan hati yang suci.

Apabila bertuhankan kekuasaan maka seluruh kewajaran yang tidak berpihak kepada mereka akan dinafikan, ini lah nilai ahli politik hari ini. Sifat kebinatangan dan Iblis yang merasuk kedalam diri telah menenggelamkan kewarasan pemikiran sihat walau pun kesan nya amat malu untuk mereka sendiri terima dan akui.

Apabila Allah mengkehendakkan sesebuah negara itu baik, maka akan dikirimkan kepada negara itu pemimpin yang baik begitu juga lah sebaliknya. Tentunya kita sebagai rakyat perlu menolak akan kewujudan pemimpin-pemimpin rosak akhlak dan merosakkan khalayak ini dari terus memimpin.

Kepada pemimpin pembangkang PKR, DAP, dan PAS ingat lah bahawa kuasa yang ada dan sedikit ini hanya sementara kerana saya percaya masih ada orang alim dan baik yang makbul doanya untuk meghindari negara ini dari rosak dan binasa. Apa yang lebih malang ialah pemimpin melayu yang beragama Islam didalam PR seolah-olah tidak mahu beriman kepada Qada' dan Qadar.

Kalau kita yakin bahawa apa jua yang kita lakukan akan dinilai oleh rakyat dan kita berusaha untuk menarik sokongannya, maka kita juga yakin dan percaya bahawa apa jua yang kita lakukan akan di nilai dan diberikan pengadilan yang seadil adilnya di akhirat kelak. Itu pun kalau kita nak percaya kepada rukun Iman yang ke 5 tu.. sebab di akhir zaman ini, ramai yang dilihat Islam tapi perbuatan dan perkataannya tak de bezanya dengan orang kafir.

Itu sebab kita dituntut untuk menjadi manusia yang baik dan berguna, kita memang tak boleh menjadi Malaikat tapi mengikuti sifat terpuji para malaikat itu merupakan amalan yang amat berguna sebagai tiket untuk lebih aman dan bahagia di sana kelak,InsyaAllah.

Sementara mereka yang lebih mengutamakan sifat binatang akhirnya akan lesu, tidak bermaya, lemah dan menderita, lebih malang apabila menjadikan sifat Iblis sebagai panduan di dalam hidup yang akhirnya menjadi pengikut setianya apabila berdepan dengan yang Maha Esa.
Dah lah rosak dan sesat malah merosak dan menyesatkan...Nauzubillah!
Insaf lah...

Sabtu, 9 Mei 2009

Hishammuddin...Lembik Yang Di Keraskan..?


BERITA BAIK!!! berita yang amat dinanti-nantikan oleh sebilangan rakyat Malaysia. Pembebasan tahanan ISA yang terbaru dalam tempoh sebulan kesemua tahanan Hindraf telah diberitakan tidak lagi membawa ancaman dan kemudaratan kepada negara. Bagi anggota keselamatan yang cedera dalam pertempuran dengan puak-puak hindraf akhir tahun 2007 lalu dan kerosakkan harta benda awam serta kerosakan moral kepada rakyat dan negara jelas telah terbayar apabila pemimpin-pemimpin Hindraf ini telah pun taubat nasoha dengan sebenar-benar taubat.

Rakyat yang merasakan hak asasi rakyat selama ini dicengkam dan dinafikan tentunya bersorak sorai gembira akan keputusan 'bijak' kerajaan 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan... manakala bagi rakyat yang risau dan gelisah dengan kebiadapan dan kekurangajaran puak hindraf ini, yang menyatakan bahawa melayu UMNO merupakan musuh bagi mereka kerana menindas dan menafikan hak mereka bernegara selama ini tentunya perlu menerima dengan sabar dan berlapang dada dan yang lebih penting berjiwa 'besar' sesuai dengan pelbagai dasar liberalisasi oleh kerajaan 'bijak' 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan..

Persoalan yang bermain di fikiran sekarang ini, apakah keputusan ini dibuat dengan penuh penelitian dan bertanggungjawab atau ianya hanya satu lagi keputusan yang bersifat populis demi survival politik semata-mata? Apakah benar pihak polis yang selama ini di labelkan dengan pelbagai jolokan yang hina telah menyerahkan laporan yang lengkap dan adil bahawa mereka yang ditahan ini benar-benar sedar akan kesan keamanan dari kesalahan yang mereka lakukan dan bersedia untuk membetulkan segala fitnah, penyelewengan fakta, perasaan benci yang di suburkan di kalangan orang india dan penganut hindu dalam negara.

Apakah pula tindakan sivil yang boleh diambil kepada mereka yang pergi ke luar negara mengutuk dan mencaci negara sendiri dan apakah tidak boleh mereka ini dibicarakan di mahkamah terbuka atas kesalahan mendatangkan kecederaan keatas penjawat awam, merosakkan harta benda awam dan mendatangkan suasana yang tidak harmoni ke dalam masyarakat?

Atau apakah ada udang di sebalik batu dengan melepaskan mereka ini terutama manoharan, mampu untuk mengelakkan ADUN yang gagal berfungsi ini dari meletakkan jawatan? Kalau ini menjadi sandaran kepada pembebasannya maka jelas kerajaan dilihat lebih mengutamakan survival politik dari menjaga dan menjamin keselamatan rakyat dan ketenteraman negara...

Apapun cakap-cakap yang berlegar di pelusuk negara ini harus diberikan penjelasan yang sebenar-benar agar rakyat tidak terus dilambakkan dengan keputusan-keputusan populis sedangkan masaalah sebenar tidak pernah selesai malah makin terus terbelit...

Apakah benar bahawa kuasa melayu di dalam kerajaan hari ini semakin terhakis??? Atau pemimpin melayu sendiri yang menjualnya dengan harga yang cukup murah apabila kedudukan dan kekuasaan berada diambang jurang??? Apakah pemimpin melayu hanya 'keras' apabila berpidato di halamanya sendiri tetapi 'lembik' dan tidak bermaya apabila berada di gelanggang yang lebih luas dan terbuka???

Tapi percaya lah bahawa kuasa melayu ini akan tetap dipertahankan oleh ramai lagi PEJUANG PEJUANG BANGSA biar pun kami terpaksa membayar harga yang amat mahal...

Salam Perjuangan !!!

Sabtu, 2 Mei 2009

Betul ke JJ sekarang sekadar di pinggiran?

Sebut sahaja nama Dato jamaludin jarjis semua orang kenal, malah sampai ke bulan pun tau siapa JJ. Sebagai anak melayu yang menjadi pendorong dan penggerak utama dalam memastikan negara berjaya melakar sejarah untuk menghantar angkasawan pertama negara ke ISS. dunia pun tau...

malah semua orang tahu yang JJ merupakan orang kuat najib yang menjadi Manager kempen najib apabila ada pertandingan dalam parti. disebabkan hubungan rapat antara JJ dan najib maka ramai la yang tumpang berteduh dan bergantung di dahan rendang ini. Kalau ada yang lebih rapat pun cuma leman taha itu pun dalam isu yang hanya mereka jer yang tahu.

ramai yang menelah dan menjangka yang JJ akan dibawa masuk ke dalam kabinet sebagai menteri yang menjaga EPU malah JJ juga di katakan akan diberi tanggung jawab sebagai bendahari UMNO. apapun cakap cakap tinggal cakap cakap, ada yang marah, terperanjat beruk dan berteka teki musykil kenapa pemimpin pujaan mereka ini tertinggal di dalam arus perdana politik tanah air.

ada cerita mengatakan bahawa najib lebih mendengar kepada 2 orang setpol nya, ada pulak mengatakan bahawa group d elis lebih kuat dan berpengaruh, selain kebanyakkan pemimpin UMNO pahang yang dikatakan tidak berapa menyenangi cara dan pendekatan ketua bahagian rompin itu. apapun ceritanya nampak dilihat bahawa JJ seolah olah tidak digemari oleh puak yang dilihat boleh mempengaruhi najib. kalau betul la begitu malap la politik JJ. ini kerana najib begitu menyusun orang orangnya baik dalam kabinet mahupun dalam MT dan faktor sejarah dalam pemuda serta faktor kesetiaan begitu diambil kira.

khabarnya JJ akan dijadikan duta bertaraf menteri ke UN, tapi tentulah tak sama dengan jawatan menteri yang di sandang oleh jamil khir, husni dan lain lain lagi. tentunya peranan ahmad maslan sebagai ketua penerangan juga amat besar dan berpengaruh berbanding JJ yang hanya menjadi MT sedangkan peranan yang dimainkan JJ di dalam pru b gantang baru baru ini seakan akan beliau akan menyandang jawatan tersebut.

JJ sebagai orang lama berpolitik tentunya masak dan lebih maklum akan keputusan yang dibuat oleh najib, sebagai panglima kepada najib beliau tentunya ada peranan khusus yang diberikan oleh bos nya itu. dimana pun diletakkan JJ akan tetap melaksanakan tugasnya biarpun sekadar dipinggiran selagi tidak di pinggirkan....

Khamis, 9 April 2009

kabinet baru najib....

persoalan siapa yg akan mengisi saf kabinet PM DS Najib akan terjawab secara muktamad setelah mengadap SPB pd jam 11 pg ini dan akan di umum kan pada jam 3 petang ini...

soal siapa yang terkeluar dan masuk akan terjawab setelah teka teki yang bermain ini cukup menyesakkan kepala mereka-mereka yang layak, memikir diri layak serta yang tidak layak sama sekali menganggotai angota jemaah menteri yang bertangungjawab mempastikan negara terus dipacu dengan sejahtera serta dapat bersama sama PM untuk mengharungi tempoh sukar keadaan ekonomi dunia hari ini serta mengharmonikan keadaan politik negara yang serba serabut hari ini.

apa pun yang akan berlaku nanti bukan sahaja siapa yang bakal di lantik malah isu yang lebih utama dan penting ialah mereka yang bakal menggalas tanggungjawab nanti mestilah terdiri daripada mereka yang benar benar insaf dan sedar akan amanah besar yang di letakkan di bahu mereka untuk menentukan hala tuju negara kekal berada di landasan yang tepat dan betul serta sentiasa mendepani isu-isu nasional dan global

kepada umno dan party komponen yang sebelum ini berbuih menyatakan bahawa pemilihan barisan kabinet ini adalah hak mutlak PM mesti lah mengotakan apa yang di kata dengan menerima secara berlapang dada apa jua keputusan DS Najib. ini penting bagi mempastikan barisan yang bakal dibentuk nanti terhindar dari serangan di kalangan 'ahli keluarga' UMNO dan BN sendiri.

kepada yang berjaya tahniah dan semoga akan berjaya membuktikan bahawa pemilihan yang dibuat oleh PM adalah benar dan tepat sementara bagi yang terkeluar atau tidak terpilih maka ini lah waktunya untuk mereka ini membuktikan kepada rakyat dan penyokong 'tegar' mereka bahawa mereka tetap boleh berjuang walau dimana jua kedudukan dan jawatan yang mereka miliki....

salam perjuangan...