Selasa, 12 Mei 2009

Bodoh Tak Boleh Diajar..Cerdik Tak Boleh Diikut...


Melihat kepada apa yang berlaku di Perak hari ini, jelas bahawa politik Perak kian parah, parah kerana luka yang kecil dah semakin besar dan bernanah lalu menghambur bau yang begitu memualkan. Sedikit kelakar kerana jawatan MB macam iklan biskut...kejap ada, kejap takde..

Apakah kemelut ini akan ada kesudahannya? Jawapannya tentulah ada cuma masa dan ketika nya sahaja yang belum kunjung tiba tapi rasanya dah semakin senja untuk melabuh kan tirainya... sabar dan terus bersabar.

Kegawatan politik dalam negara kini sebenarnya bermula apabila keluarnya agen Amerika dari Sungai Buloh. Dari situ dirangka pelbagai cara "Grand Design" untuk memenuhi tembolok politik rakus, kejam dan tidak bermoral.

Berpolitik matlamat menghalal kan cara! Apa jua cara dan kaedah perlu dibuat dan di lakukan, yang penting berkuasa, kalau perlu tipu..tipu! kalau perlu bogel..bogel! kalau perlu derhaka..derhaka! dan pelbagai lagi kalau perlu-kalau perlu demi mempastikan kuasa politik warisan PAP untuk me Republik kan negara Melayu yang berdaulat dengan Raja sebagai Payung Rakyat dan Negara sebolehnya dijadikan bahan sejarah dan kajian generasi pada masa depan.

Anwar lah orang yang mula-mula mendendangkan lagu politik lompat dan beliau juga lah yang telah berjaya mencolek Nasa untuk berpaling dari saf BN, namun rancangan tinggal rancangan..apabila bukan sahaja Nasa kembali ke pangkal jalan malah membawa sama 3 orang wakil rakyat yang telah sedar dan insaf untuk turut serta menyokong BN sebagai wakil bebas.

Anwar dan juak-juaknya terlopong, terperanjat lotong, ingatkan untung sekarung rupanya rugi segunung. Maka dari situ lah episod derhaka dan kekurang ajaran bermula dengan gelanggang yang lebih terbuka. PAS yang seronok menjadi kuda tunggangan DAP yang ditarik oleh Anwar untuk menari mengikut rentaknya mula menghalkan apa jua cara asal matlamat terlaksana.

Agak-agak apalah salah dan dosa datuk nenek dan ibu bapa mereka dahulu hingga mereka sanggup melakukan onar mencipta sejarah hitam, mengkhianati bangsa dan menjual agama.

Atau memang tidak ada salahnya keturunan mereka tetapi dek kerana hilangnya bijaksana, jiwa dijajah tidak merdeka, gelapnya hati suka sengketa, si kafir menghina ayat suci demi kelangsungan politik yang Islam bertepuk membenarkannya..

Indonesia sebagai sebuah negara yang baru mengamalkan demokrasi dilihat lebih bertamadun dan bermaruah tapi mereka ini yang telah melalui 12 PRU dilihat semakin rendah akhlak dan jiwa serta semakin hina. Bibik dengan Jebeng lagi pandai politik rupanya dari mereka ini.

Tidakkah boleh mereka merenung sebentar bahawa apa jua yang telah, sedang dan akan berlaku di Perak ini hanya merugikan bangsa Melayu, bangsa yang mendokong Islam sebagai agama, bangsa yang menjadi tuan kepada watan yang tercinta.
Apakah sudah hilang semangat cintakan bangsa, tuntutan sayang kan agama dan rasa bertuah kerana adanya Malaysia sebagai tanah air untuk kita meneruskan hidup yang sementara? Takkan dah hilang semuanya?
Memang ada dikalangan mereka yang miskin pendidikan tapi tak bermakna mesti miskin jiwa dan budi pekerti dan tak kurang juga yang telah berjaya disuap dengan dasar UMNO dan menerima DEB maka kaya pendidikan tapi mereka juga kaya dengan perasaan takbur, bongkak dan sombong diri. Sehingga membenarkan yang batil dan membatilkan yang sememangnya benar...

Bak kata orang tua-tua..bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut, tak heran kalau semuanya kurang ajar yang kalut!!!
Lu fikir la sendiri...

2 ulasan:

  1. ....................................................................................................................BIASALAH PELIWAT KATAKAN. PENGHUNI GUA

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Putra,

    Saya setuju...susah juga bila cerdik tak tahu diuntung dan bodoh tak boleh ditunjuk...

    Semua dilibatkan dari kanak-kanak tadika hingga ke raja melayu...

    POLITIK GAYA TERKINI...asal kuasa di tangan yang buruk atau baik hentam kromoooo!

    thx!

    BalasPadam