BERITA BAIK!!! berita yang amat dinanti-nantikan oleh sebilangan rakyat Malaysia. Pembebasan tahanan ISA yang terbaru dalam tempoh sebulan kesemua tahanan Hindraf telah diberitakan tidak lagi membawa ancaman dan kemudaratan kepada negara. Bagi anggota keselamatan yang cedera dalam pertempuran dengan puak-puak hindraf akhir tahun 2007 lalu dan kerosakkan harta benda awam serta kerosakan moral kepada rakyat dan negara jelas telah terbayar apabila pemimpin-pemimpin Hindraf ini telah pun taubat nasoha dengan sebenar-benar taubat.
Rakyat yang merasakan hak asasi rakyat selama ini dicengkam dan dinafikan tentunya bersorak sorai gembira akan keputusan 'bijak' kerajaan 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan... manakala bagi rakyat yang risau dan gelisah dengan kebiadapan dan kekurangajaran puak hindraf ini, yang menyatakan bahawa melayu UMNO merupakan musuh bagi mereka kerana menindas dan menafikan hak mereka bernegara selama ini tentunya perlu menerima dengan sabar dan berlapang dada dan yang lebih penting berjiwa 'besar' sesuai dengan pelbagai dasar liberalisasi oleh kerajaan 'bijak' 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan..
Persoalan yang bermain di fikiran sekarang ini, apakah keputusan ini dibuat dengan penuh penelitian dan bertanggungjawab atau ianya hanya satu lagi keputusan yang bersifat populis demi survival politik semata-mata? Apakah benar pihak polis yang selama ini di labelkan dengan pelbagai jolokan yang hina telah menyerahkan laporan yang lengkap dan adil bahawa mereka yang ditahan ini benar-benar sedar akan kesan keamanan dari kesalahan yang mereka lakukan dan bersedia untuk membetulkan segala fitnah, penyelewengan fakta, perasaan benci yang di suburkan di kalangan orang india dan penganut hindu dalam negara.
Apakah pula tindakan sivil yang boleh diambil kepada mereka yang pergi ke luar negara mengutuk dan mencaci negara sendiri dan apakah tidak boleh mereka ini dibicarakan di mahkamah terbuka atas kesalahan mendatangkan kecederaan keatas penjawat awam, merosakkan harta benda awam dan mendatangkan suasana yang tidak harmoni ke dalam masyarakat?
Atau apakah ada udang di sebalik batu dengan melepaskan mereka ini terutama manoharan, mampu untuk mengelakkan ADUN yang gagal berfungsi ini dari meletakkan jawatan? Kalau ini menjadi sandaran kepada pembebasannya maka jelas kerajaan dilihat lebih mengutamakan survival politik dari menjaga dan menjamin keselamatan rakyat dan ketenteraman negara...
Apapun cakap-cakap yang berlegar di pelusuk negara ini harus diberikan penjelasan yang sebenar-benar agar rakyat tidak terus dilambakkan dengan keputusan-keputusan populis sedangkan masaalah sebenar tidak pernah selesai malah makin terus terbelit...
Apakah benar bahawa kuasa melayu di dalam kerajaan hari ini semakin terhakis??? Atau pemimpin melayu sendiri yang menjualnya dengan harga yang cukup murah apabila kedudukan dan kekuasaan berada diambang jurang??? Apakah pemimpin melayu hanya 'keras' apabila berpidato di halamanya sendiri tetapi 'lembik' dan tidak bermaya apabila berada di gelanggang yang lebih luas dan terbuka???
Tapi percaya lah bahawa kuasa melayu ini akan tetap dipertahankan oleh ramai lagi PEJUANG PEJUANG BANGSA biar pun kami terpaksa membayar harga yang amat mahal...
Salam Perjuangan !!!
TERLEPAS PANDANG BLOG TUAN. TULISANNY AMAT BAIK. IA AKAN MENJADI CONTOH DALAM TULISAN SAYA DI MASA DEPAN. TAHNIAH ATAS TULISAN KESELURUHAN BLOG ANDA. AMAT BAIK SEKALI.
BalasPadamterima kasih PG
BalasPadam