Isnin, 22 Mac 2010

Anwar Bakal Dirujuk Ke J/K Hak & Kebebasan Parlimen

Kecoh...hampir setengah jam Dewan Rakyat kecoh dengan gelagat Ahli Ahli Dewan apabila Ahli Parlimen Kota Belud membangkitkan peraturan mesyuarat 36.12 dan 37.1 yang mengatakan bahawa Anwar selaku Ahli Permatang Pauh memesongkan Dewan dalam ucapan membahasakan Titah Seri Padukan Baginda Yang DiPertuan Agong.

Anwar yang membuat tuduhan bahawa Gagasan 1Malaysia yang diperkenal oleh YAB Perdana Menteri adalah cetusan dan idea yang diberi oleh APCO adalah suatu pembohongan. APCO sendiri telah menafikan tuduhan jahat Anwar itu.

Sementara itu Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bangkit mengatakan bahawa pihak kerajaan memberikan tempoh kepada Anwar selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh SEMINGGU untuk membetulkan fakta sonsang tersebut. Jika Anwar gagal membetulkan kenyataan sonsang beliau itu maka pihak Kerajaan berhak untuk mengusulkan kepada Dewan Rakyat agar Anwar dihadapkan ke J/K Hak & Kebebasan Parlimen.

Panas...Dato Ibrahim Ali Ahli Pasir Mas sehingga 12,10 minit masih belum lagi menyambung ucapan beliau...tunggu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan