Jumaat, 19 Mac 2010

Ku Li Sedia Jadi Orang Tengah...

sumber : Neutral Daily

Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertemuan dengan Neutral Daily rabu lalu mempertahankan pendirian beliau mengenai pemberian isu royalti minyak kepada Kelantan.

Menurut beliau lagi,undang-undang pemberian sebahagian royalti minyak kepada negeri pantai Timur adalah dibuat atas arahan dan amanah Allahyarham Tun Razak kepada beliau ketika menjadi Pengerusi Petronas pada tahun 70-an dahulu semata-mata untuk memajukan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang.

Menurut beliau lagi beliau tidak seharusnya digelar pengkhianat oleh UMNO kerana beliau hanya menjalankan arahan presiden parti pada ketika itu iaitu Allahyarham Tun Razak , tambahan lagi undang-undang berkenaan masih lagi wujud sehingga kini.

Menjawab soalan kenapa kerajaan enggan memberikan sebahagian royalti kepada Kelantan pada ketika ini.Tengku Razaleigh menyifatkan ianya dilakukan kerana faktor politik iaitu tidak mahu memberi royalti kepada negeri yang diperintah di bawah PAS.

Dalam pada itu Tengku Razaleigh melahirkan rasa pelik kenapa satu ketika dahulu kerajaan boleh memberikan royalti minyak kepada Sabah ketika diperintah Pembangkang(Parti Bersatu Sabah) tetapi tidak pula kepada Kelantan.

Justeru itu Tengku Razaleigh mencadangkan penubuhan jawatankuasa bersama di antara pembangkang dan kerajaan dengan beliau sebagai orang tengah untuk memantau perbelanjaan wang royalti jika ia jadi diberikan kepada Kelantan.

Beliau juga membayangkan kerajaan Barisan Nasional di bawah Najib akan kembali popular di kalangan rakyat Kelantan di samping menambahkan sokongan ahli parti sedia ada jika pemberian sebahagian royalti itu berjaya dilaksanakan.

Tengku Razaleigh turut yakin yang pemberian royalti minyak ini turut dimahukan dan disokong di kalangan ahli UMNO di Kelantan.Ini dibuktikan dengan kehadiran ramai ahli UMNO di ceramah royalti minyak bersama PAS tempohari.

Komen

Dalam isu ini penulis melihat bahawa Kerajaan 1Malaysia perlu mengenepikan 'politiking' yang mencengkam dibenak masing-masing. Isunya bukan hamPAS, bukan Ulama Terompah Kayu Nik Najis, bukan Husam Kusam yang belawok konon pergi ke tengah laut sedangkan separuh jalan dah U turn, Isunya ialah duit yang berhak diterima oleh rakyat Kelantan demi pembangunan dan kemajuan negeri serendah sekebun bunga itu.

Saranan Kuli agar ditubuhkan JK bersama bagi mengatasi 'cara' penyaluran wang tersebut perlu lah diterima dengan hati terbuka, tidak peduli apa namanya? sama ada wang royalti, ihsan, sedekah, hadiah atau apa jua kecuali wang untuk pembiayaan pergi mengerjakan umrah.

Demi Melayu dan umat Islam terbanyak serta rakyat Kelantan, hak mereka seperti yang dijelaskan oleh Tun Razak dalam Parlimen pada 12 hb Disember 1975 jangan lah dinafikan pula. Inilah masa kerajaan 1Malaysia membuktikan bahawa Rakyat benar-benar didahulukan serta pencapaian diutamakan!

Sendiri Mau Ingat!!!

2 ulasan:

  1. Ku Li seorang yang kecewa dalam politik. Pendirian tak tenteram sekejap kesana sekejap kesini.

    BalasPadam
  2. salam anon 1710,
    ianya menjadi hak anda untuk melabel Kuli apa dalam politik dan saya menghormatinya, yang jelas bukan kita yang kecewa hehe, namun begitu dalam isu ini penulis melihat Kuli bertindak sebagai pemimpin Melayu/Islam dan anak kelantan yang memperjuangkan hak mereka, kalau benar Kelantan berhak mendapatkan hak mereka hasil daripada minyak yang mereka dakwa, maka bagi penulis ianya perlu diberikan kepada rakyat kelantan, kita tak perlu bermain politik dalam isu ini malah UMNO/BN akan menerima kesan baik jika dapat memenuhi kehendak rakyat kelantan ini.
    Usaha mewujudkan JK bersama juga akan dapat mencegah dari wang tersebut 'dikerjakan' oleh kerajaan hamPAS n.Ajis serta 'hantu-hantu' yang selama ini bersyukur atas pemerintahan kerajaan PAS kerana dapat 'menikmati' durian runtuh melalui kelengkang nya...
    terima kasih

    BalasPadam