Selasa, 23 Mac 2010

Hadi Menyalak Lagi!!!


Hadi cadang Rukun Negara yang pertama dipinda

KUALA LUMPUR 22 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mencadangkan supaya Rukun Negara yang pertama dipinda selepas kalimah Allah semakin diterima pakai oleh penganut bukan Islam.

“Saya meminta kerajaan untuk mengubah Rukun Negara pertama daripada percaya kepada Tuhan kepada percaya kepada Allah.

“Kita menerima secara positif, apa yang ditunjukkan bukan Islam walaupun terdapat kekeliruan terhadap orang bukan Islam. Tanggungjawab kita ialah menerangkan kekeliruan yang timbul itu,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata Al-Quran tidak menghalang penganut agama lain untuk menggunakan kalimah Allah.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam bagi memberi penjelasan kepada penganut bukan Islam tentang makna penggunaan kalimah Allah tanpa memaksa mereka memeluk Islam.

“Mereka (penganut bukan Islam) menyebut nama Allah tanpa mengganggu kita. Kenapa kita tidak menerima secara positif pengguna bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah,” katanya. - Bernama

Malaysiakini melaporkan

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas. Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif. (Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik. Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan. Saya minta supaya kerajaan meminda Rukunegara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah. Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan."

Komen

Inilah standart Presiden PAS, semua kenyataan hanya bermatlamat politik! cara beliau melontarkan cadangan itu semata-mata nak mengutuk kerajaan BN dan mengambil hati puak-puak jahiliah dikalangan pembangkang terutama tuhan politik PAS iaitu DAPig.

Kebijaksanaan pemimpin terdahulu...siapa? pemimpin UMNO lah yang menggariskan Rukunegara yang pertama iaitu Kepecayaan kepada Tuhan itu bermaksud bahawa setiap warga negara berhak untuk menganuti setiap ajaran agama yang mereka yakini.

Dalam melatakkan Islam sebagai agama rasmi, pemimpin terdahulu dengan bijaksana telah menetapkan akan kebebasan beragama kepada warga yang bukan beragama Islam. Ini bermakna kesucian Islam perlu dipelihara dengan menggariskan syarat-syarat yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh siapa jua.

Maka Hadi tak payah nak menjadi jaguh kesederhanaan kepada semua bangsa dan agama dalam negara, semua orang tahu bahawa PAS sanggup untuk menggadai agama hanya kerana secubit kuasa, walhal amanat beliau di bonggol paradong yang menjadi azimat Ibrahim Libya dan pengikutnya jelas menampakkan betapa ekstrimnya hadi dan PAS suatu ketika dahulu.

Bagi PAS hari ini perkara itu telah menjadi sejarah, malah kewujudan negara Islam pun sudah menjadi sejarah, membangun bersama ulama sudah menjadi sejarah, hukum hudud sudah menjadi sejarah, UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA sudah menjadi sejarah, sembahyang 2 imam sudah menjadi sejarah, tidak halal makan sembelihan orang UMNO sudah menjadi sejarah dan banyak lagi punca kepada perpecahan sesama islam dan kesatuan bangsa yang gagal bertaut sehingga kini.

Sebenarnya Hadi sedang ber 'dongeng' untuk memperlihatkan kepada sekutu kafir beliau bahawa dirinya dan PAS memang sudah taubat nasuha dan bersedia memeluk semua orang kafir bukan sahaja kit siang dan karpal singh yang bau tenggiling itu bagi jaminan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PM ( Peliwat Malang ) berjaya menakluki Putrajaya.

Ini kerana beliau begitu tersinggung apabila didalam suatu majlis dialog apabila ada peserta dialog yang bertanya kepada Nuar Jubor bahawa siapa yang bakal dilantik sebagai TPM dan jawapan nuar ialah kit siang sedangkan beliau turut ada didalam majlis yang sama. Itu sebab timbul isu kerajaan perpaduan kerana hadi nak 'test market' dikalangan puak-puak mereka.

Jadi berbalik kepada isu Rukunegara diatas, hadi sekali lagi sedang cuba melontarkan sesuatu yang difikirkan menguntungkan politik beliau, dikalangan kuda belang PAS hadi akan dilihat amirul mukminin yang menebarkan ajaran agama kesetiap kafir dalam negara untuk menerima Allah sebagai Tuhan, sementara disudut gelap yang lain hadi dilihat menerima akan penggunaan kalimah suci tersebut diherdik, dihina dan bakal dimanupulasikan oleh puak-puak gereja didalam ajaran agama mereka...

Jadi Hadi tak payah menyalak lah!!!

4 ulasan:

  1. Aku sokong, penyataan presedin PAS tu, tapi alang-alang nak tukar, tukarkan kepada

    "Kesaksian Kepada Keesaan Allah yg tiada sekutu baginya dan Muhammad Itu Pesuruh Allah"

    Setakat tukar percaya kepada Allah, Abu Jahal dan Abu Lahab pun percaya kepada Allah.

    Ada berani kah Presiden PAS itu agaknya ?

    BalasPadam
  2. kenapalah bengongnya bahlul2 pas ni....memang tepat sekali ditahap wali selipar....hadi aji no moto tolonglah jgn di heret kesucian Allah bergelumang dengan bangsa2 kafirun itu!!!!....sepatutnya aji no moto ini mengambil peluang utn mengislamkan seberapa ramai orang2 kafir ini kalau mereka2 ini betul2 iklas menerima serta menghayati keagungan Allah yg sebenarnya....memang tak dinafikan ramai bangsa2 lain di malaysia ini pandai mengucap duakalimasahadah....tapi ini tak bermakna mereka itu sudah menerima islam dalam dirinya....mereka ini ibarat burung tiong hari2 dengar tuan nya ucap asalamualaiku...lam2 tiong pun pandai cakap 'asalamualaikum'....macamtulah juga kawan2 wali selipar dan rakan2 hadi haji no moto ni.....

    BalasPadam
  3. salam J3bat,
    Pas hanya memperalatkan agama demi serakah politik...mana berani!!!
    terima kasih

    BalasPadam
  4. salam anon 1336,
    setuju...PAS mana ada dakwah, jauh sekali nak menarik kafir memeluk Islam, tapi cuba tengok kerajaan UMNO, sudah berapa ramai manusia yang di islam kan? UMNO buat kerja! cakap serupa bikin! bukan macam PAS! agama menjadi alat!
    terima kasih

    BalasPadam