Selasa, 16 Mac 2010

Jawapan Menteri Pertahanan Di Parlimen


Soalan Kit Siang berkenaan kehilangan enjin pesawat F5E...

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, kes kehilangan enjin pesawat F5E adalah dibawah siasatan pihak PDRM dan dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara bagi proses perundangan. Disamping itu juga kes ini telah disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan menunggu dibentangkan di dewan ini. Kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan dengan rapi dan telus supaya penjenayah akan menerima hukuman yang setimpal.

Kes kehilangan dua buah enjin pesawat F5E adalah perbuatan mencuri yang dilakukan oleh anggota bawahan. Kejadian tersebut dilakukan tanpa pengetahuan dan penglibatan daripada mana-mana pegawai atasan Kementerian Pertahanan. Laporan kejadian kehilangan kehilangan enjin berkenaan telah dilaporkan kepada pihak PDRM pada bulan Ogos 2008 iaitu tempoh masa 7 bulan dari tarikh kehilangan enjin diketahui, dan bukan mengambil masa selama 18 bulan sebagaimana yang didakwa oleh YB Ipoh Timur. Kehilangan enjin telah disedari setelah 4 bulan berlaku dan seterusnya TUDM melakukan siasatan dalaman yang mengambil masa 3 bulan lagi sebelum memutuskan membuat laporan polis.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kehilangan enjin pesawat berkenaan adalah disebabkan oleh kecuaian beberapa individu dan peraturan keselamatan sedia ada. Pada masa kejadian pihak TUDM sedang melaksanakan proses pemantapan sistem perkomputeran yang sedia ada. Manakala mengenai kos pula, perolehan enjin berkenaan dilakukan dalam tahun 1972 pada ketika itu berharga USD 121.4 ribu ( RM303.5Ribu ) sebuah.
Berkaitan kedudukan enjin pesawat F5E berkenaan telah dijumpai berada di Amerika Selatan ianya dibawah bidang kuasa Pejabat Peguam Negara dan pejabat tersebut sedang mengusahakan untuk membawanya balik ke Malaysia.

Bagi mengatasi kelemahan tersebut dan mengelakkan kejadian sedemikian berulang, TUDM telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan ke tahap yang lebih tinggi dan memastikan semua arahan dan prosuder keselamatan dikemaskini supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi. Kementerian juga berpendapat bahawa tiada keperluan bagi mengeluarkan Kertas Putih mengenai isu kehilangan enjin berkenaan kerana Kementerian telah memberi penjelasan yang cukup melalui media massa. Kementerian percaya rakyat masih berkeyakinan tinggi terhadap keupayaan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) di dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Secara amnya ATM sentiasa berusaha menjamin keselamatan negara supaya berada ditahap tinggi. Kehilangan dua buah enjin pesawat F5E berkenaan tidak sedikit pun menjejaskan keupayaan TUDM dalam menjalankan tanggungjawabnya memandang pesawat F5E bukannya merupakan pesawat tempur barisan hadapan.

Tak kena mengena dengan Dato Najib pun...jadi tak payah buat dosa kering!
Lu Fikir La Sendiri...

4 ulasan:

  1. Cakap la macam mana pun. Terang p la macam mana pun. depa ni tetap dok salah Ds Najib juga la..

    BalasPadam
  2. Selagi UMNO pegang kuasa, takkan ada penyiasatan yang profesional dan selagi tu lah tak akan jumpa pesalah sebenar, sama macam kes Altantuya. Hanya bila UMNO hilang kuasa dan semua institusi dineutralkan kembali, maka akan terbongkarlah segala rahsia.

    BalasPadam
  3. salam kembara putih,
    ko tengok la PAS di Kelantan, belum lagi nik najis mati turun tahta, dah terbongkar macam-macam penyelewengan, yang terbaru kroni dalam tender balak...balak..bala!
    tq

    BalasPadam