Sabtu, 22 Mei 2010

Musuh Islam Tidak Akan Sunyi...

Ribuan rakyat Pakistan protes Facebook hina Nabi Muhammad

LAHORE 21 Mei - Beribu-ribu rakyat Pakistan dijangka membanjiri jalan-jalan raya hari ini bagi meluahkan kemarahan terhadap Facebook dan Barat berhubung penyebaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang dianggap mencabul Islam.

Ia berikutan tindakan seorang pengguna Facebook yang menganjurkan satu pertandingan ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’ yang kononnya bertujuan ‘menggalakkan kebebasan bersuara’, yang diilhamkan oleh seorang kartunis Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun tindakan itu menimbulkan reaksi kemarahan hebat di negara Islam tersebut yang dihuni 170 juta penduduk.

Islam melarang sebarang lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W dan menganggapnya sebagai kufur.

Perselisihan terbaru itu turut membangkitkan perbandingan dengan bantahan-bantahan di seluruh dunia Islam berhubung penerbitan kartun yang menyindir Nabi Muhammad dalam akhbar-akhbar Eropah pada 2006. -AFP

Komen

Dunia akhir zaman!!! kebiadapan dan kekurangajaran semakin menghimpit! musuh agama terus menerus menghina! musuh bangsa terus menggasak! musuh negara semakin galak! musuh politik semakin hilang akal budi!

Umat Islam sedang berada dilandasan tuntutan iman yang tinggi! Agama menuntut kita menegur dan menentang musuh ini dengan tangan yakni kuasa! atau dengan kata-kata dan yang paling rendah imannya cukup dengan hati!!!

Didalam negara pula puak penentang ini tidak menyeru orang ramai untuk melukis karikatur! cukup bagi mereka menghina Allah dan rasulnya dengan memperjudikan agama demi kelangsungan politik sempit tidak bermaruah!

Puak-puak haram ini juga tidak perlu mengadakan pertandingan di Facebook tetapi memadai dengan melantik agen mereka untuk menghalalkan kalimah Allah di gereja! Meruntuhkan Institusi Raja-Raja yang menjadi payung mahkota rakyat menerajui kesucian agama Islam dalam negara!

Puak-Puak ini tidak perlu mengikuti rakan karib mereka di German atau mengikut jejak salman rusdie yang menulis satanic verses, tapi cukup menjadi anjing jinak belaan DAPig untuk menghidupkan roh komunis bagi meruntuhkan kesucian dan syiar Islam dengan bersungguh-sungguh meruntuhkan benteng kukuh dan teguh bangsa Melayu yang menerajui pemerintahan selama ini...

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. PAS pula tak pernah bersuara pun tentang penghinaan terhadap terhadap Nabi junjungan kita ni.

    Other questions

    BalasPadam
  2. Malaysia negara Islam tapi tak berani nak haramkan facebook, seolah olah merelakan musuh Islam menghina nabi SAW.....

    BalasPadam