Isnin, 8 November 2010

Berterima Kasih & Bersyukur lah...


Apakah perlu kita berterima kasih kepada pemimpin? Jika perlu menjadi jawapan, maka tentunya pemimpin yang bagaimana harus kita mengungkapkan rasa penghargaan dan terima kasih?

Seorang ahli kongsi gelap pasti akan berterima kasih kepada ketua atau pemimpinnya yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk turut serta menyertai kongsi gelap yang umum tahu banyak melakukan kerja kerja kotor dan melanggar undang undang.

Jika penyamun tahu dan reti berterima kasih kepada ketuanya, tentunya kita sebagai ahli parti pasti akan lebih berterima kasih kepada barisan pemimpin yang telah berjasa membangun dan memakmurkan negara demi agama dan bangsa.

Menyingkap kepada PRK Galas yang baru berlalu, serta PRK Bagan Pinang pada 12 Oktober 2009 yang lalu jelas menggambarkan kepada kita suatu hak dan kenyataan bahawa kewibawaan seseorang pemimpin begitu menjadi faktor penentu dalam mempertahan imej parti, menjulang maruah BN seterusnya menyelamatkan kerusi Dewan Undangan Negeri dari ditawan oleh parti lawan.

Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah telah membuktikan kepada kita bahawa diri mereka tetap dominan, berpengaruh serta mampu menegakkan panji panji parti terus utuh dan kukuh di kawasan masing masing dengan mempastikan rakyat dan pengundi dikawasan mereka terus berdiri teguh menyokong UMNO dan kerajaan BN.

Biar siapa pun latar belakang mereka berdua! biar apapun kisah yang telah mereka lalui didalam parti! Hari ini Di Galas dan Bagan Pinang mereka merupakan tunjang kepada kemenangan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional. Untuk itu rasanya perlu bagi kita ahli dan penyokong parti berterima kasih kepada kedua dua tokoh tersohor ini.

Keupayaan mereka dalam mengemudi jentera pilihanraya mengecap kemenangan telah menolak bahasa sinis yang memandang tokoh tokoh ini sebagai sudah tidak relevan serta out dated dalam perjuangan politik tanahair. Lebih malang apabila adanya ahli dan penyokong parti yang dari awal lagi bermulut jahat mengatakan bahawa pencalonan dan penglibatan mereka dalam PRK akan hanya menyebabkan UMNO/BN ditolak.

Tidak sahaja kepada mereka berdua, sebenarnya cakap cakap ini mula berkumandang di peringkat bahagian bahagian UMNO diseluruh negara. Sesetengah pemimpin muda yang gelojoh dan tidak sabar telah mula menabur benih kebencian dikalangan ahli UMNO kononnya pemimpin ini sudah lama, pemimpin itu sudah tidak popular, walhal pemimpin yang dikatakan lama ini masih aktif dan diterima baik bukan sahaja oleh ahli UMNO malah komponen BN dan ada juga yang diterima oleh ahli parti lawan.
Pendek kata 'rakyat mahukan mereka'!!!

Begitu lah halnya kepada UMNO, Parti keramat Orang Melayu ini sebenarnya bukan berdepan dengan musuh diluar yang kuat atau terlalu kuat! Tapi ianya dilemahkan oleh si kitol dan pengkhianat parti yang kononnya berjuang demi parti walhal lebih kepada perjuangan peribadi!

Bagi puak perosak parti ini, kerja parti akan benar benar terlaksana dengan jayanya jika nama mereka terpahat di poster poster pilihanraya! Bagi puak perosak ini kerja parti akan diutamakan bila mereka telah dinamakan sebagai calon wakil rakyat! Patutlah YAB Presiden Parti sinis menyindir puak puak ini yang giat melobi diri untuk dijadikan calon dalam PRU 13 nanti.

YAB Presiden Parti telah mengingatkan kepada kita semua bahawa hanya mereka yang bekerja keras memenangi hati rakyat dengan turun bekerja, bertemu dan menyelesaikan masaalah rakyat akan dipilih sebagai calon. Bekerjalah...! Berbaktilah...! kerana kita hanya akan menuai atas apa yang kita tanam...Niat lah apa jua yag kita lakukan kerana Allah! mudah mudahan beroleh pahala atas apa yang kita lakukan.

Berusaha lah dengan lebih keras lagi, kalau pemimpin di Bahagian kita lemah, tentunya apa yang kita lakukan akan dipandang orang. Kalau pemimpin di Bahagian kita cergas dan bertenaga, berusahalah untuk melakukan yang lebih baik darinya. Jangan sesekali menjadi duri dalam daging, menjadi gunting didalam lipatan, lurus diluar rencong didalam!!! tak baik!!!

Jadikanlah Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Tengku Razaleigh contoh pemimpin lama yang terus malar segar berbunga dihati rakyat dan pengundi, kemenangan mereka tempoh hari tidak sesekali menjadikan mereka lupa dan bangga diri, mereka sebenarnya merupakan tiang tiang kepada kekukuhan parti, jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cuba mengadu domba kita sesama ahli. Jangan dihina pemimpin hanya kerana kita dangkal dan terus bermimpi.

Jadilah kita ahli yang tahu berterima kasih kepada parti dan bersyukur kehadrat ilahi, berterima kasih kepada parti adalah taat kepada saranan dan amanat Presiden yang dibekalkan kepada kita tempoh hari.

Yang Merah Itu Saga,
Yang Lorek Itu Kendi,
Yang Molek Itu Bahasa,
Yang Indah Itu Budi...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan