Jumaat, 5 November 2010

PM dimasuk ke Hospital...Mari Doakan Kesihatan Beliau...



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.

"Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik," kata Dr Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa hari lagi. - Bernama

Mari kita doakan kesejahteraan YAB Perdana Menteri, mudah mudahan beliau cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa....amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan