Selasa, 28 Mei 2013

Demi Kelangsungan Mutu Sukan Badminton...!


Kita mungkin boleh bersetuju dengan pandangan orang kuat BAM yang mengatakan...

PERUBAHAN kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bukan jaminan kegemilangan arena badminton tanah air dapat dikembalikan, kata Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.
 
Sebaliknya ia bergantung kepada diri pemain untuk meletakkan nama Malaysia
 gah di persada badminton dunia, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Sebagai badan induk badminton negara, beliau berkata BAM hanya memberi
 perkhidmatan sokongan dengan menyediakan kemudahan latihan dan jurulatih berwibawa kepada pemain untuk meraih kejayaan.
 
"Jika kepimpinan BAM bertukar, badminton negara akan menghadapi tiga
 kemungkinan sama ada terus maju, berada di takuk sama atau mungkin lebih teruk dari sekarang.
 
"Terpulang kepada pemain itu sendiri untuk kembalikan kegemilangan pasukan
 Malaysia," kata Nadzmi yang dilaporkan tidak berhasrat mempertahan jawatannya pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, Julai depan.

Memang tak boleh dinafi bahawa dengan menukar kepimpinan BAM tidak menjamin mampu menyelesaikan masaalah yang melanda prestasi sukan badminton negara TAPI kita kena yakin dan percaya bahawa dengan menukar pucuk pimpinan BAM juga merupakan langkah awal untuk menyelesaikan masaalah yang sedia melanda...!

Perubahan perlu...dan perubahan mestilah bersifat dan bermatlamat positif demi sukan badminton itu sendiri. Kata kita orang sukan..! orang badminton..! mesti kita semua mahukan yang terbaik dalam sukan yang kita sayang..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Dr Subra Lawan G..!


Dr Subra Bakal Cabar Palanivel Untuk Jawatan Tertinggi MIC
G. Palanivel (kiri) dan Dr S. Subramaniam.
KUALA LUMPUR: Selepas kira-kira 20 tahun "tiada pertandingan' bagi jawatan presiden MIC, penyandang Datuk Seri G. Palanivel dijangka menghadapi cabaran sukar untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan yang dijadual dalam tempoh lapan atau sembilan bulan lagi.
Kali terakhir parti berusia 67 tahun tersebut mengadakan pemilihan jawatan presiden ialah pada 1993, apabila Presiden MIC ketika itu Datuk Seri S. Samy Vellu dicabar S. Subramaniam yang lebih dikenali sebagai 'Jumbo Maniam'. Samy Vellu bagaimanapun menang.
Seorang veteran MIC yang tidak mahu identitinya didedahkan, berkata TimbalanPresiden, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dilihat merancang untuk menandingi jawatanitu.
Dikenali sebagai Dr Subra dalam kalangan anggota MIC, beliau mempunyai masa yang suntuk bagi meraih sokongan pengerusi cawangan kerana pada masa yang samaperlu melaksanakan tugas barunya sebagai Menteri Kesihatan.
Beliau baru-baru ini membayangkan hasratnya untuk menandingi jawatan itu kepada Samy Vellu bagi mendapat restu bekas pemimpin MIC berkenaan.
"Beliau (Samy Vellu) telah beri lampu hijau," kata sumber itu kepada Bernamasambil menyatakan hasrat Dr Subramaniam selari dengan perlembagaan parti yangdemokratik.
Sebagai pemimpin paling lama dalam MIC sehinggalah beliau melepaskan jawatan itu pada 2010, Samy Vellu dikatakan asih "mengawal" lebih 45 peratus daripada3,700 pengerusi cawangan yang bertanggungjawab memilih memilih presiden baru.
Dr Subramaniam, 60, merupakan pakar dermatologi dan menjadi Anggota ParlimenSegamat sejak 2004. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha ParlimenKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 2004 hingga 2008 sebelum dilantik Menteri Sumber Manusia selepas pilihan raya umum ke-12.
Palanivel, 64 merupakan bekas wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan pernah menjadi pembantu Samy Vellu pada satu ketika.
Kali terakhir pemilihan presiden diadakan ialah pada Mac 2009 untuk penggal selama tiga tahun dan Samy Vellu menang tanpa ditandingi.
Samy Vellu menyerahkan jawatan berkenaan kepada Palanivel yang merupakan Timbalannya pada masa itu.
Pemilihan MIC pada semua peringkat akan diadakan pada suku pertama tahun depan, demikian putus jawatankuasa kerja pusat (CWC) baru-baru ini.
Pemilihan presiden akan diadakan tiga bulan sebelum pemilihan untuk jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota CWC.
Memandangkan Dr Subramaniam sudah menyatakan hasrat untuk menandingi jawatanpresiden, soalan seterusnya ialah siapa yang mahu mengisi kerusi timbalan presiden.
Sumber dalaman memberitahu Bernama, Naib Presiden Datuk M. Saravanan dilihat berminat untuk menandingi jawatan nombor dua parti itu dan dipercayai mengadakanperbincangan dengan Palanivel serta Dr Subramaniam bagi menentukan dengan siapabeliau patut bekerjasama.
Saravanan yang dikenali sebagai pemimpin muda dan berkebolehan, mahu memanfaatkan gelombang kebangkitan generasi teknologi baharu dalam kepimpinan MIC.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dipercayai tidak akan menghadapi masalah mendapat restu Samy Vellu memandangkan beliau penyokong setia bekas pemimpin berusia 77 tahun terbabit yang jelas masih berpengaruh dalam parti. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 27 Mei 2013

Strategi Salah Para Penasihat@Punahsihat - Tun Daim...!


Biarkan Anwar dengan caranya dan kita tak perlu mengikutinya..! Anwar penghibur politik..! bukan pejuang politik..! 

Kita berdepan dengan pilihanraya umum, bukan pilihanraya Presiden..!

Antara petikan kata kata Tun Daim Zainudin dalam wawancaranya di dalam china press..

Para penasihat@punahsihat agak agak baca, faham dan mengerti ke apa yang dimaksudkan oleh Tun?

Keluh kesah Tun itu ada benarnya, terima la walaupun pahit kerana yang pahit selalunya ubat..!

Dipetik dari blog Dato Kadir Jasin...

TWICE the Finance Minster of Malaysia and now a sought after political commentator, Tun Daim Zainuddin, attributed the Barisan Nasional’s poor showing at the May 5 general polls to incorrect strategy.

He told the China Press newspaper that Malaysia’ general elections is a parliamentary election and not a presidential election, adding that Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak’s advisors should be sacked.

“If you associate a vote for BN as a vote for him (Mohd Najib), then BN’s poorer results reflect on him too.

“This is a parliamentary election, not a presidential election. The PM's advisors should be sacked.” he said.

And is Mohd Najib a lame duck Prime Minister and Umno President?

The following is the English transcript of the interview, which covered a wide variety of issues surrounding the outcome of the 13th GE, made available to this blog. I record my appreciation to the China Press for its superb effort and to Tun Daim’s office.

The Day After

1. Tun, what was first in your mind when you first received the full election result? Did you expect it?

I wasn't surprised.  At around 12noon the feedback I got was that - BN 141, DAP 38 butmy own assessment was BN between 125 and 135 only.

2. Do you think this election was a fair one? Opposition parties and NGOs still accused BN of misuse the government facilities, and the problematic integrity of the electoral roll.

Of course it is fair. If its not fair how come in Penang and Selangor Pakatan improved on majorities and Federal BN get only 133. These accusations are not new. They said all these even before the elections. I’ve said earlier that they will be saying all these because they know they can't get to Putrajaya.

Read my interviews before this, I said they will be proclaiming to  the world they would win and that if they don’t its because they have been robbed and therefore entitled to protest, incite people which is what they are doing now and they want people to go to streets. They want FRUs, water cannons and teargas then CNN, Al Jazeera etc will be back and they are back in the news.

Anwar and Kit Siang are inviting police to arrest them. They want to be arrested. They are totally irresponsible. If you see the recent rallies and that majority of the participants are Chinese, what do you think will happen if one hot-headed Malay organisation wants to organise a counter rally? But Anwar and Kit Siang don't mind, if there is another interracial incident, they would blame BN.  If you are willing to sacrifice peace and stability for your ends, what kind of leadership is this?

They say they should be the rightful leaders of this country, yet they defy laws, defy the police, and they have no respect for, and undermine every institutions of government which they say they should helm. What kind of leadership promotes lawlessness and anarchy? What message do you send and what lessons do you teach the young and the impressionable? Leadership comes with responsibility.

There are laws in this country. Go to court, of course, they say courts are not fair, yet these same courts have acquitted Anwar. Again when it’s convenient to them they go to the courts to sue and silence their detractors. They accept where they won and reject where they lost.  They are selective. Karpal practices and appeals before this same Court.

Be brave and honest. Accept the results. Karpal says he is happy with the results. PAS has accepted. Azmin is critical of Anwar’s refusal to accept the results and doing these rallies, but don't read too much into his statements. It’s like an old married couple’s quarrel, one party merajuk (sulks) but in the end they are still together.

Anwar is already up to his tricks - putting out feelers to Barisan MPs. He is waiting after the Cabinet appointments for another round of his Sept 16.


Reasons for Poor BN Performance


3. As expected in our last interview, BN managed to retain Putrajaya but couldn't regain the two-third majority. What are the main reasons?

Really you should ask BN. But in my opinion, it’s the wrong strategy. As I’ve said before, this is a parliamentary election, not a presidential election. The PM's advisors should be sacked. If you associate a vote for BN as a vote for him, then BN poorer results reflects on him too.  I kept reminding them that those huge numbers at BN’s ceramahs do not translate into votes. You don’t try to fight his (Anwar’s) numbers with your even bigger numbers. Let Anwar be the entertainer (borrowing from The Financial Times). We are not entertainers, we don’t know how to sing, dance and tell jokes. It’s a serious business electing a government, so lets leave this clown’s strategy alone and not play to his game.

 If I know, then surely BN knows that the Chinese majority areas were gone. Why waste time and money? As a strategy, you should concentrate on those areas where you lost by slim majorities in 2008 and strengthen the seats you won in 2008. There was also the question of choice of candidates, and for example in Pandan, why be petty?

Many people disputed that there was a Chinese tsunami.  But there was, in the sense that Chinese voters voted en block whilst non-Chinese votes were split; but this is their right. This is democracy.

What was disturbing was the reason for the en block votes. Pakatan preached hatred for BN particularly UMNO. DAP have always told the Chinese that they are victims, marginalised; that the cup they have is always half empty; that this is the time to teach MCA and Gerakan a lesson for being under UMNO’s control, that UMNO (and by extension the Malays) were dominant, and this was a Malay-led government, and the Chinese by voting out all the Chinese parties in BN is saying that they have had enough of being bullied by UMNO/ Malays. If this is not racist, I don’t know what is.

Their cybertroopers were at work, 24 hours a day, sending misinformation, spins, rumours, lies, untruths etc. Where were the Banglas? Where was the blackout? How many peoplewhose ink washed off, voted twice? Tun M flew away in a private jet? Lies and lies and the Chinese believe in "ubah" and "Ini kali lah".

I told you if the Chinese rejected Najib's leadership, the rural votes will swing to BN. DAP benefited the most. PAS, I do not know how it is going to reorganise itself. PKR we know practice nepotism, ask Azmin.

As for the Indian votes, only some Indians votes came back to BN. Koh Tsu Koon has announced his retirement. Chua Soi Lek is not seeking re-election. In the West you lose, you retire. Brown retired. Here they are not morally strong to quit. Anwar stays on, Kit Siang stays on, Hadi stays on. Let me remind you, Anwar said he would retire if he failed to get to Putrajaya. Anwar does not keep to his word. He will never retire, until the day he is on his deathbed he would still want to be PM.

Let’s recognize that nowhere in the world is it easy to get a two-third majority. Urban voters everywhere in the world are anti-government. BN's strength lies in the rural areas. Yet too much time and money were wasted in urban areas where the results were almost certain.

4. Chinese votes for opposition even reached over 90%, why? From your observation, why MCA and Gerakan rejected by the Chinese? We still remember in 2004 the situation was totally different.

I have explained at length in the answer above. Chinese votes for the Pakatan reached 90% because they believed in Pakatan’s propaganda. This is at last the chance to reject the Malay-led BN.  We saw on polling day many Chinese came out in droves believing that Pakatan was going to win. They were all misled. Pakatan knew that they were not going to get the numbers. Imagine Chinese voting for PAS, when they have seen what was happening in Kedah and Kelantan. Chinese voters were taken for a ride that they were going to make the difference. 

If Hindraf can affect the 2008 results, imagine what the Chinese with their bigger number can do? This was the line given and they swallowed it. In 2004, Chinese gave the then PM with his clean image a chance but that got to BN’s head and 2008 was the result. In 2013, Pakatan tapped into the Chinese and urban psyche. The Chinese are practical people and if they felt that the votes could go either way, they would not take a chance and choose stability over change; but if they believed that they can change the Government and win, then they did what you see in GE13. But Chinese normally bet on minority horse.

5. By analysing the results, we can see DAP won more seats this time and seats won by PKR and PAS also close to their numbers in 2008. Does it mean Malay votes still split? How about Indian votes?

Malay votes split 4 ways. UMNO, PAS, Keadilan and fence sitters. Lucky for BN, this time most went to UMNO. Less than 50% of Indian voters voted BN.

People’s Real Concerns

6. Why the 1Malaysia plans, ETP, transformation plans did not work and caused BN a bigger loss?

I don't think people reject 1Malaysia, ETP etc. The issues were not these. In all my earlier interviews I had listed the rakyat’s concern. These were and still are 1) corruption 2) good governance 3) security 4) education 5) inflation 6) urban poor 7) young graduates. Government instead focused on giving handouts. You give dinner once, people thank you. Give them five times and they think you are trying to buy their votes.

7. Even though you have given your warning, but the so-called Chinese Tsunami was so big to be stopped. But, is it fair to blame the Chinese for BN's not so good victory?

I have explained the Chinese tsunami. Of course, Pakatan have to say it is not Chinese tsunami, otherwise they will be held responsible for this racial divide. Are they denying the Chinese voted en block and Malay votes were split? No one is blaming the Chinese, but this what it is.  As I said they were misled and they voted Pakatan but again it is their right to buy into that argument and voted to kick the BN out.

8. How to change their minds or should BN given up Chinese by promoting the Ketuanan Melayu sprit to rely more on the support of Malays?

You can always try and you must try to change their minds. You cannot give up on nearly 30% of your fellow citizens. But you have to address issues as in my answer to Question 6.

Ketuanan Melayu was when the Malays fought against Malayan Union. Ketuanan Melayu was in the Federation of Malaya Agreement of 1948.  After 1957 and later in 1963, there is constitutional Malaysia. All races have accepted the Constitution. It is a fine and well-balanced document.  Sabah, Sarawak and Singapore too had accepted this document. The Constitution protects all citizens. We are all Malaysians. As I said, I'm born a Malay, you are born a Chinese. We don't chose to be Malay or Chinese, but you and I choose to be Malaysians. That is our choice. If I don't like to be a Malaysian, I can choose to be something else also. So let us stay united and work hard and sincerely and make sure the country continues to prosper in peace.

9. Najib has offered a “reconciliation" plan. How serious is he? In addition, if this plan is necessary, how should Najib deal with it?

I am glad he offered reconciliation. He must be serious. You don't make statements you don't mean. You are a leader. But I read Pakatan has rejected his overtures, they talk about unity but do not practice it. Instead they offer preset conditions.  Are they sincere?  As leaders, the country must come first.

10. How is this so-called process of reconciliation ever going to take place when chauvinists and radicals still there to give their provoking remarks?

We, the rakyat must reject the chauvinists and the radicals. Government must take action against them. Rakyat must show support against these people. Country must come first. Whatever you may think about the Malays, they have shown that they reject extremists. They rejected Perkasa, Ibrahim Ali and Zulkifly Nordin.

Najib A Lame Duck PM?

11. Some people say Najib is a lame duck Prime Minister, he has not only has to think of how to regain the support of non-Malays but has to guard against the wolves in his party. Will he encounter any problem when party election takes place this year?

I have retired. I don't know the mood is in the party. He has to explain to party members what went wrong. Is he going to be a lame duck PM? Cameron in UK, Gilliard in Australia, Mohan Singh in India so far are ok even though in their cases they are ruling on razor thin majority.

UMNO has to remain united if it wants to get the support of Malays. Strengthen your rural support and the rest of the Malays will respect UMNO. If he explains to UMNO what went wrong then I think UMNO will accept and offer their support. It will take a bit of time with the Divisions and he has to make sure they continue to support him and he has to tell UMNO members that only UMNO is their saviour. 

I believe UMNO members will give him another chance. Those disloyal, you must punish them. But prove with evidence.  You have the Opposition to deal with you don’t need enemies in the blanket.  You don’t need over 3 millions members if they did not work or vote for you. It is better to have a smaller but committed membership who love the party and want what is best of it. For far too long, UMNO has had members who placed self-interest above the party.

12. Please analyse the result for Selangor. Far from what we expected, BN lost more seats and more popular votes this time despite of thousand good efforts had been put?

Selangor was a disaster. When I got feedback on the problems on the ground, I sent many messages to the leadership. I spoke to Zain (Mohd Zain Mohamed, the BN Selangor Election Director). He assured me of victory, totally ignoring the voices on the ground. His own Ketua Pemuda stood against him and so many ketua bahagians campaigned against him.


I think Zain was a wrong  choice. He was dropped from Cabinet by Najib because obviously he didn’t think much of his ability and then you appoint him as Selangor UMNO Secretary. I don't understand Najib’s logic. When you all asked me at the last interview, I said there were problems of wrong candidates. Ketua Bahagians’ were not happy. Among UMNO (members) sabotage was everywhere. I told Zain a list of state seats that were in trouble. Zain said yes a bit of problem but BN would win. In all those seats that were in my list, BN lost. With wrong candidates not going to the ground, ignoring divisional chiefs, not visiting your members and voters, sabotage, you couldn't win.


When I was in Negeri Sembilan campaigning on Friday night, I got a message that Bukit Selambau state seat under the Merbok Parlimentary seat was in trouble.  I got back to KL at 2 am and a few hours later, early on Saturday morning, I flew to Kedah. They were still quarrelling about the state candidate, even when it’s one day before polling. I told them they were crazy. Just vote BN. Told them they had half a day left to campaign and go together and campaign and be seen to be united. They lost by 500 votes because they closed their pondok panas by 4pm, confident that they had won. I smsed you by noon that BN won Merbok but the Indians there have to quarrel even at the last minute about candidates and we lost. We are our own worst enemies.

13. As well as in Penang. Before 5 May, BN seemed to have some hope as the 1Malaysia welfare group had organized many free dinners around Penang and free concert. They tried to attract the voters with money and presents. But, all effort proved useless. Why?

These people are amateurs. They are silly people. They think they are clever and throw money around. Better give to charity. Why BN allowed stupid events like these? People are insulted because they knew you thought they could be bought with money, concerts and dinners.  So they came to relax, have free makan and  be entertained. This is an election. It’s a serious matter. Let Anwar be the entertainer.


(China Press)

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jenis Ni..Melayu Pun Tak Ingin..!

rupanya ini kualiti kepimpinan yang airasia ada..! huhuhu
Patut ler berdegar degar bercakap..! rupanya sejak menjadi barua didalam Air Asia mamat ni dah jauh berubah..jenis macam ni kita kata..pinggan tak retak, nasi tak dingin..dia tak nak..! Kita pun tak ingin..faham? tak hingin...!!!!

Baca lanjut di the unspinners disini

Kesian mak bapak dia ni, kesian anak bini dia!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Anak Lajim Didakwa Tipu Projek Jalan..


Bapak borek anak rintik..! sesuai ke perumpamaan tu? tapi baca ajer la kat bawah ni..!

Seorang anak bekas Timbalan Menteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor. 

Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg. Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad" yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 



Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd. 



Anak kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra dekat sini pada 3.40 petang, 8 Ogos 2012. 


Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mamat@Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu berprofil tinggi selain memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah. 


Peguam Datuk K. Kumarendran yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana anak guamnya itu memberi kerjasama penuh kepada SPRM sejak kesnya disiasat pada Ogos tahun lepas. 

Beliau turut memaklumkan anak guamnya itu datang secara sukarela ke mahkamah pada hari ini. 


Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pengurusan kes. - BERNAMA



Lu Fikir La Sendiri!!!

Melayu Mesti Baca Apa Cina Ni Kata..!


Baca apa yang cina ni nukilkan seikhlasnya...


Ketegasan Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju.

Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan.

Isu pendidikan Cina acapkali dan telah lama dibangkitkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya yang lain seperti seperti Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong dan berbagai Zong lagi. Nasihat saya, tidak perlu layan permintaan mereka lagi. Sudahlah. Kita sudah beri lebih daripada mencukupi. Apa balasannya?

Tidak keterlaluan saya katakan, selagi kita tidak penuhi permintaan mereka, sehingga kucing bertandukpun mereka akan terus desak dan tuntut. Segelintir Cina tidak akan berpuas hati selagi mana kita tidak memenuhi segala tuntutan kecinaannya. Mungkin tulisan ini terlalu ekstrem, tetapi inilah hakikatnya untuk  memahami budaya politik Cina.

Kita selalu mengajak orang lain keluar daripada kepompong rasis. Persoalannya, adakah orang Melayu sahaja yang perlu keluar dari sikap rasis? Kalau Melayu tidak fikir untuk Melayu, adakah orang lain yang diharapkan berfikir untuk masa depan Melayu. Adakah kita mengharapkan orang Cina berfikir untuk Melayu? Jika ada Alhamdulillah. Ia baik untuk pembinaan negara bangsa.

Realiti yang ada, pantang ada sedikit dikaitkan dengan Melayu, akan ditentang habis. Jika diasimilasikan atau diassociatekan dengan orang putih, tidak mengapa? Dengan Melayu pantang sekali. Inilah sikap rasis ultra kiasu.

Sebab itulah, ketika majlis angkat sumpah exco, pembukaan sidang parlimen atau DUN, atau apa jua majlis rasmi yang melibatkan raja, tidak ada seorangpun yang memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu). Rata-ratanya memakaikan blazerdan tali leher. Sehingga pakai songkokpun mereka tidak mahu.

Seolah-olah memakai pakaian kebangsaan ini satu penghinaan. Wal hal, apa salah, ‘berkorban’ seketika, bukannya tiap-tiap hari, lima tahun sekali atau mungkin setiap kali penggal persidangan parlimen atau DUN.  Hina sangatkah memakai pakaian ini? Sudah sampainya kita wajibkan pemakaian tersebut. Jangan terlalu memberi kebebasan atas nama demokrasi, kita juga yang akan rugi nanti.

Bayangkan jika pakaian etnik masing-masing dibenarkan dalam majlis-majlis sebegini, maka meriahlah, berwarna-warnilah majlis rasmi tersebut seolah-olah pesta pakaian, bukan majlis rasmi. Tidak ada seorangpun kalangan mereka yang akan memakai pakaian kebangsaan. Sedangkan pakaian kebangsaan adalah untuk semua, bukan untuk orang Melayu. Samalah juga pemahaman sekolah kebangsaan untuk semua, bukan untuk orang Melayu.

Saya yakin selepas ini, untuk meraikan orang lain atau memastikan lebih ramai bukan Melayu menyertai, sekolah kebangsaan akan menjadi lebih liberal dan terbuka. Tidak mustahil, ada identiti penting Melayu akan tercabut.

Ini tidak termasuk menunaikan janji-janji PRU13 baru-baru ini untuk menambah sekolah, memberikan tanah dan banyak lagi tawaran sebagai alasan untuk memancing undi mereka kononnya.

Apakah akan berlaku suatu hari ini, demi untuk meraikan semua, kita yang berubah menjadi mereka, bukannya mereka yang sepatutnya berubah menjadi kita. Semua dasar mesti disesuaikan untuk mereka, bukan mereka menyesuaikan dengan sesuatu dasar kebangsaan.

Kita mempunyai dasar yang baik, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Bila tiba kepada perlaksanaan, selagi sesuatu bangsa itu tidak diraikan, selagi itulah dasar tersebut tidak diterima.

Ultra kiasu selalu berhujah, UEC telah diiktiraf di seluruh dunia, kenapa tidak di Malaysia? Jawapannya, kerana diiktiraf dunialah, menjadikan perangai mereka sanggup menterbalikkan jalur gemilang sebagai protes kepada kemenangan UMNO BN dalam PRU13 baru-baru ini. Kebanyakan mereka adalah lulusan UEC. Apakah jenis manusia sebegini yang ingin kita lahirkan.

Banyak negara lain yang tidak tahu berbahasa Cina, negara tersebut tetap maju dan urusan dengan negara China berjalan seperti biasa. Pendek kata, isu bahasa bukan isu hidup mati kemajuan sesebuah negara. Iran begitu aktif berhubung dengan negara China, tidak pula kedengaran, kerajaan Iran mewajibkan rakyat belajar bahasa Cina.

Sebelum PRU13, Perdana Menteri buat pertama kalinya dalam sejarah telah menjemput Dong Zong untuk berbincang tentang pengiktirafan UEC. PM menyarankan keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA. Tawaran sebeginipun sukar diterima? Apa lagi yang Cina mahu? Saya fikir persoalan ini tidak keterlaluan. Ketika kerajaan mula berlembut, adakah budi dibalas?

Permintaan PM ini terlampau kecil jika dilihat kelulusan membenarkan sekolah vernacular beroperasi secina-cinanya. Kenapa tidak dihargai toleransi ini? Mereka tetap bersangka buruk. Pada mereka, jika diberikan penekanan kepada BM, ia akan meninggalkan kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran bahsa Cina. Pendek kata, mereka mahu penguasaan mandarin secina-cinanya.

Kehendak mereka tidak mengapa gagal BM, asalnya lulus mata pelajaran lain yang semua diajar dalam mandarin sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA.

Sekarang inipun, kesan daripada sekolah vernakular, berlaku polarisasi di kampus yang amat ketara. Pergilah ke IPTA. Jangan banding dengan IPTS, kerana majoriti mereka begitu ramai. Pergilah melihat Kolej New Era Kajang yang dipunyai sendiri oleh Dong Jiao Zong dan lulusan UEC mereka. Itupun kerajaan dalam kempen baru-baru ini mahu memberikan pengiktirafan sebagai Universiti penuh beberapa kolej Cina di Pulau Pinang. Dengan tawaran ini, adakah mereka simpati dengan kerajaan?

Saya mohon kepada kerajaan sebelum memberikan apa jua kelulusan kepada sekolah atau universiti perkauman ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Beri kami geran untuk membuat kajian seperti ini. Ini tidak, sudah kajian tidak dibuat, asyik menyerang orang lain.

Misalnya, kontroversi kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, menyeru kerajaan agar menghapuskan sekolah vernakular atas alasan ia menggugat perpaduan dan punca sokongan kepada pembangkang meningkat, harus dilihat secara positif. Kedua tokoh ini bersependapat sekolah vernakular menjadi punca perkauman semakin meluas di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara. Mereka turut mencadangkan kerajaan mengikut langkah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka.

Sehingga kini, parti pembangkang dan ultra kiasu tidak habis-habis mengecam kenyataan yang dikatakan tidak bertanggungjawab kedua-dua tokoh tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

Kenapa harus mangsakan tokoh ini? Buatlah penyelidikan terlebih dahulu untuk melihat kebenarannya. Fikirkan agenda nasional, daripada agenda bangsa. Ultra kiasu menyuruh kita berhenti bercakap soal rasis. Tindak-tanduk mereka lebih rasis daripada orang rasis.

Tidakkah kita sedar kerajaan telah membantu SJKC sehingga menenggelamkan sekolah agama. Persoalannya, adakah guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN? SJKC sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang.

Ingatan saya kepada orang Melayu, jangan menjadi terlalu liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu. Misalnya, pendirian Ketua Pegawai Eksekutif Melayu yang telah digula-gula dengan jawatan tinggidi syarikat penerbangan murah. Beliau dengan lantang berkata "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah ini. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam. Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada paramugari Melayu di syarikat penerbangan murah ini.

Baru-baru ini saya naik muak melihat layanan mereka terhadap Sir Richard Branson, pengasas/pengerusi Virgin Group), yang terpaksa berpakaian paramugari perempuan, anjuran syarikat penerbangan tersebut. Paramugari Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya tanya saya ke mana hala tuju anak-anak Melayu yang bekerja di sini. Apakah mereka akan menjadi Melayu atau apa..? Sebahagian paramugari Melayu disuruh berlakon seperti kartun mencalup rambut dengan warna putih dan berpakaian seksi semata-mata meraikan orang putih tersebut. Nasihat saya kepada Melayu celup ini, selamatkanlah Melayu-melayu di sini daripada hancur dan hilang identiti. Majlis tersebut diakhiri dengan mandi arak. Cuba lihat you tube mereka.

Saya menyeru agar orang PAS menonton sama, kerana dalam harakah online, saya terbaca PAS begitu memuji Melayu celup ini hanya kerana bermusuh dengan Utusan dan UMNO BN. Nasihat saya kepada PAS, berhati-hati, nanti makan diri. Sokong seseorang bukan kerana marah kepada UMNO. Sokongan hendaklah berasaskan kepada apa yang benar, apa yang salah. Itu baru nama perjuangan Islam. Jika tidak, PAS ini sama sahaja dengan yang lain.

Ingatlah! tatkala orang lain semakin kuat Cina (Indianya), adakah orang Melayu perlu menjadi semakin menjadi liberal atau cair bagi menunjukkan bahawa kita tidak rasis.  Jika ini berlaku, Melayu tidak berlaku adil kepada bangsanya sendiri. Melayu telah menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Jangan biarkan hati Melayu mati kerana terlalu meraikan orang lain.  

Prof Madya dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Program
Progra Pengajian Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan
Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Lu Fikir La Sendiri!!!

MIC Punya Susu, Hindraf Dapat Nama...!


Nampaknya kaum india yang diketuai sejak dari kemerdekaan lagi oleh parti MIC sedang membuat perhitungan besar dengan mencadangkan idea pengabungan diantara MIC, PPP, IPF dan Makkal Sakthi.

Tindakan ini dilihat sesuatu yang sihat lagi positif dalam mempastikan kepentingan politik kaum india didalam negara terus berada di pundak mereka yang benar benar memahami erti perjuangan membangun dan memajukan bangsa bersama kaum utama dalam negara iaitu Bangsa Melayu dan Bumiputera.

Menurut Presiden MIC, G Palanivel..

MIC akan duduk semeja dengan parti-parti politik mewakili kaum India atau mempunyai ramai anggota dari kaum itu seperti Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan Makkal Sakthi dalam waktu terdekat untuk membincangkan kemungkinan kesemua parti berkenaan bergabung.
Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata penggabungan tersebut bertujuan membolehkan kerjasama terjalin di antara kesemua parti politik yang terlibat demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di Malaysia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Cadangan untuk menggabungkan kesemua parti ini dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Jumaat lalu.
"Cadangan berkenaan akan saya kongsi bersama parti politik mewakili kaum India yang lain dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Tamil Malaysia Ke-51 di sini, Ahad.
Selain dapat memperkukuhkan hubungan dan perpaduan sesama kaum india, pastinya langkah MIC ini merupakan langkah berani dalam menentukan survival politik kaum india terus terjamin dan terpelihara sekaligus memperkuat dan memperteguh sokongan kaum tersebut kepada Barisan Nasional.
Mereka yang benar benar berjuang membela nasib kaum india wajar diberikan tempat oleh kepimpinan negara.
Tak macam sekor yang dilantik menjadi Timbalan Menteri tu..tak payah berjuang membela nasib bangsanya, tak perlu bertanding, tak payah melalui cabaran dan dugaan sebagai orang politik boleh bergelar YB Timbalan Menteri.
Cukup sekadar membentuk beberapa ekor ngo's biadap dan kurang ajar menyerang majlis rumah terbuka hari raya, cukup dengan mengoyakkan passport antarabangsa, cukup dengan memijak bendera negara, cukup pernah menjadi pengkhianat dengan mengata dan memburukkan negara diluar negara...tup tup jadi YB..! tup tup..jadi senator...tup tup jadi Timbalan Menteri.
Khabarnya antara bidang tugas yang bakal digalas oleh Timbalan Menteri ni ialah menjaga bidang kuasa SPRM... wohoho..mesti meriahkan!!!
Mungkin lepas ni ramai/banyak lagi manusia berekor ni yang bakal menjejak cara begini kerana dengan cara begini ajer mereka akan didengar dan dipelihara...!
Nasihat siapa pulak yang Najib ikut ni..??? Tapi ini kan hak mutlak seorang PM..dah ada pun jawapannya..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!