Isnin, 24 Jun 2013

89 Lawan 133...Mana Boleh Menang..!


Kecoh hampir 35 minit bagi memilih Speaker Dewan Rakyat...

Sumber dari KL POS

Sesi pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat bermula dengan kekecohan apabila pembangkang cuba menimbulkan prvokasi dengan undian bersurat yang ingin dijalankan.
 
Undian bersurat perlu dilakukan kerana terdapat lebih daripada seorang calon yang dicadangkan untuk memegang jawatan tersebut.
 
Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan disokong Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) manakala  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak - PKR) mencadangkan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan disokong Karpal Singh (Bukit Gelugor).
 
Keadaan bertukar kecoh apabila ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, bangun memulakan bantahan berikutan kertas undi itu memerlukan ahli Parlimen menulis nama.
 
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut bangun membacakan peraturan 4 itu yang sepatutnya undi dibuat secara rahsia.
 
Keadaan dewan semakin gamat apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa tindakan itu berikutan ketidakpercayaan Perdana Menteri terhadap ahli parlimen BN.
 
Dewan turut diselangi gelak tawa apabila ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangkit menyelar tindakan ahli parlimen PR itu.
 
"Apa masalah tulis nama?" katanya dengan nada jenaka.
 
Keputusan menyaksikan Pandikar kekal menjadi speaker Dewan Rakyat dengan majoriti undian sebanyak 133 manakala Abdul Kadir memperolehi 89 undian.

Selepas itu sessi memilih Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang mengekalkan YB Dato Ronald Kiandee Ahli Parlimen Beluran dan Dewan memilih Ahli Parlimen Kuala Krau Dato Ismail Mohamad Siad sebagai Timbalan Speaker yang baru.

Sessi mengangkat sumpah berjalan lancar dengan Pekan memulakan sumpah diikuti Pagoh sementara di pihak pembangkang pula ketua pembangkang Ahli Parlimen Permatang Pauh mengetuai majlis angkat sumpah tersebut...


Tak kecoh pun..! kesian kuda belang kat luar yang meroyan tertelan jerebu ditipu Anwar dan pemimpin mereka..!

Majlis hari ini sekaligus membuktikan bahawa pihak pembangkang sendiri telah pun mengiktiraf keputusan pilihanraya ke 13 yang lalu. 

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan: